hover animation preload

Muhasabah Cuti
by Hazim Azhar in ,

Apa khabar rakan-rakan pembaca blog?

Bagaimana cuti tahun ini, meriah? atau sekadar saja?

Harap-harapnya dalam kemeriahan dan kegembiraan itu semakin mendekatkan kita kepada tuhan.

Cuti 3 bulan telah tamat, ada rakan-rakan (perubatan mesir) yang telah pulang ke Mesir, juga sesetengah yang masih bercuti di Malaysia. Saya sekarang masih berada di tanah air, menghabiskan sisa-sisa cuti seoptimim mungkin.

Jadi sekarang ini hanya menghitung waktu untuk pulang ke bumi anbia' sebagai seorang pelajar. Dan saya ingin berkongsi cerita tentang aktiviti yang telah saya terlibat secara langsung, hanya bertujuan sebagai pembakar semangat dan pendorong kepada rakan-rakan semua, khususnya sahabat seperjuangan.

12 Ogos 09

Egypt-Singapore-Malaysia

14 Ogos 09
Melawat adik-adik sekolah

15 Ogos 09

"The Future Doctor" di INTEC untuk bakal junior di Mesir


22 Ogos 09
Gerai ISMA N9 di Paroi

26 Ogos 09
Iftar PEMBINA

28 Ogos 09
Program Semarak Ramadhan

31 Ogos 09
Pertandingan Tilawan dan Hafazan Remaja


11 September 09
Iftar Medic Muslim

Sedikit perkongsian daripada aktiviti-aktiviti ketika cuti ini. Sebenarnya, banyak lagi untuk dimuatkan dalam ruangan kecil ini. Memadailah sekadar ini.

Adakalanya kita sering merasakan sempit dengan aktiviti orang lain, kewujudannya memberi persaingan kepada kita. Lalu, ada sesetengah pihak menghentam dan menentang pihak lain walaupun kedua-duanya memegang bendera dakwah. Alangkah sempit dunia ini, apabila kita menganggap hanya kita sahaj yang layak memperjuangkan agama ini. Dan juga merasakan kewujudan orang lain sebagai pemecah belah umat.

Sedangkan hakikat manusia ini sentiasa berbeza. Jika sesetengah faham begini, maka segelintir faham begitu. Ini fitrah yang tidak boleh dihalang. Persatuan bukanlah bermaksud menghimpun seluruh manusia dalam satu jemaah, tetapi kita bersatu dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada atas perkara yang berbeza.

Ada manusia yang sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, untuk dihebohkan kepada semua telinga-telinga yang ingin mendengar. Tidak kira mereka memakai 'name tag' agama atau persatuan umat. Sedangkan apa yang saya lihat, medan di Malaysia ini terlalu luas dan lebar sehingga tidak terdaya oleh mereka sahaja untuk menguruskannya.

Dan di sinilah kepelbagaian jemaah menjadi rahmat. Saya melihat sendiri, bagaimana begitu banyak jiwa-jiwa suci yang mencari-cari jalan dakwah yang sebenar, tapi mereka tidak menemui orang memimpin mereka. Lalu ini semua kerja siapa? jika bukan kita yang memahami islam dan dakwah khususnya.

Maafkan saya kerana mungkin kata-kata ini hanya difahami oleh mereka yang tertentu, khususnya mahasiswa-mahasiswi mesir. Cukuplah saya berkata melalui amal perbuatan, tidak perlu berbalah-balah melawan kata tajam menusuk kalbu. Hakikatnya, yang suci itu jelas kelihtan suci biarpun ada yang mati-mati mengatakannya kotor. Biarlah realiti yang membuktikan segalanya.

Bersabarlah wahai sahabat seperjuanganku~

4 comments:

saif said...

wei.... tak aci!!!!!....

nak balik laaa gak klu mcm ni....

bagi org jeles......

Hazim Azhar said...

haha.. rileks la saif.

Taun lepas kan nta da balik, kali ni turn ana plak~

akupemerhati said...

~sekadar pemerhati~

seringkali menjadi pemerhati,ana menilai.erm kadang2 ana malu,mereka yang memegang 'title2' yang mulia...masyaAllah..perkataannya..sungguh malu!

lalu ana search pihak lagi satu..ana cari ape balasan mereka..mencari kutukan balas mereka..tapi..ana tak jumpe..ana igt ade sorg kwn ana penah kate.."bagusnye budak2 ****..tak balas balik pon.."

sungguh!walaupon ana tak terlibat..sekadar org luar yang tak join mane2 pihak..tapi dr pemerhatian..ana nampak..

benar!kite tak bisa menilai ape niat org..tp..bukankah ape dr hati tu dizahirkan melalui perbuatan?
~lukisan rahsia hati~

wallahualam

Hazim Azhar said...

Ya memang benar kita tak layak menilai niat insan, apatah lagi menghukum mereka sebagai pemecah belah umat.

Tahniah, apa yang anda lihat itulah realitinya. Apa yang dilatih ialah tidak menghiraukan perkara yang tidak bermanfaat. Apakah ada faedahnya mengata dan mencaci muslim seakidah? Ataupun membalas kata-kata yang berpaksikan emosi semata2?

Tidak sama sekali.

Tugasan kita terlalu banyak dan besar untuk kita 'melayan' perkara2 kecil sebegini.

Biarlah mereka hanya berkata, dan kita akan berkerja, tetap berkerja dan terus berkerja.

Pesan saya, jadilah pemerhati yang berpaksikan islam semata2. Menilailah mengikut neraca islam, pasti anda akan melihat kebenaran.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com