hover animation preload

Aku Tetap Aku
by Hazim Azhar in , ,

(Entry kali ini hanya sekadar perkongsian pengalaman, tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak. Jadi, ana memohon kemaafan sekiranya menyentuh sensitiviti individu tertentu)

Sekiranya blog ini mempunyai pembaca setia, saya ucapkan berbanyak kemaafan kerana telah lama tidak menulis. Mungkin kerana kesibukan belajar, program dan tugasan-tugasan lain membuatkan masa menjadi suntuk untuk menaip sesuatu. Meskipun terlalu banyak perkara yang saya ingin kongsiakan dengan para pembaca.

Baiklah, sejak akhir-akhir ini saya dilanda pelbagai masalah. Ada yang begitu menyakitkan hati dan menguji tahap keimanan. Ada juga masalah yang datang dari kelemahan diri sendiri. Apa-apapun kita semua hanya manusia biasa yang takka terlepas dari melakukan kesalahan. Sebuah pengalaman yang amat berharga ingin saya kongsikan dalam 'entry' kali ini. Antara kebencian, dan keredaan.

Perkara yang paling perit ialah kita berkawan dengan orang yang dengki dengan kita, apatah lagi menjadi sahabat baik dengan mereka. Hari-hari yang kita tempuh ibarat berjalan di atas kaca yang melukakan kita bukan sekali dua. Kita mungkin tidak menyedari isi hatinya yang begitu jahat, lalu kita pun menganggapnya sahabat baik seumur hidup. Susah senang kita bersama. Sehinggalah di suatu masa, topeng kebaikan itu dibukanya, barulah kita mengerti bahwa kawan boleh menjadi lawan.

Orang yang dengki tidak akan senang dengan nikmat yang kita dapat. Kelebihan yang diberi oleh Allah kepada kita dianggapnya satu sumber kebencian yang semakin marak menyala. Orang sebegini tidak boleh lihat kawannya mendapat sedikit kelebihan. Sekiranya kawannya mendapat biasiswa lebih, maka ia seboleh-bolehnya menghilangkan nikmat itu. Maka diciptalah pelbagai alasan yang baik, bagi menyembunyikan niat buruknya yang tidak senang dengan kelebihan tersebut. Dikatanya ingin menegakkan keadilan dan kesamarataan. Ia pun mula membuka mulutnya mengadukan perkara tersebut kepada pihak atasan agar dikurangkan biasiswa kawannya. Dalam tindakannya yang penuh kebencian, ia merasakan dia telah menegakkan keadilan.

Alangkah meluatnya kita melihat tindakan manusia-manusia dengki yang tidak boleh senang dengan nikmat orang lain. Ia beruasaha dengan bersungguh-sungguh memuaskan hatinya, menggunakan segala tenaga, harta serta masa untuk menunaikan niat buruk tersebut. Muka penuh dengan garis-garis kebencian, namun apabila bertemu sahabatnya itu, tahu pula ia tersenyum lebar. Seolah-olah tiada apa yang tersembunyi dalam hati. Inilah yang dikatakan talam dua muka.

Sekiranya ada yang terasa dengan kata-kata ini, saya tidak perlu meminta maaf. Hanya orang yang makan cili terasa pedas. Dan setelah pedas, pandai-pandailah sendiri mencari gula atau air sejuk. Jangan disalahkan orang lain. Memang menguji kesabaran dan kematangan dalam menghadapi isu sebegini. Perit sungguh, jika anda pernah menghadapinya barulah anda tahu bagaimana sakitnya berkawan dengan orang yang dengki.

Pengalaman perit sebegini mengajar saya erti kehidupan yang tidak sentiasa mudah. Saya hampir-hampir hilang kesabaran melayan kerenah manusia sebegini. Namun akhirnya saya memilih untuk bangkit sendiri. Biarlah segalanya hilang dari genggaman, Allah tetap menanti di sana. Segala kemarahan yang terbit dari fitrah manusia di hati, saya simpan sebagai catatan pengalaman yang membuatkan saya lebih matang dalam pergaulan.

Setelah memerhati dari aspek yang luas, saya rasakan kemarahan itu hanya menlenyapkan kebahagiaan dalam hidup. Biarlah apa pun yang berlaku, kita tetap diri kita. kekuatan yang kita punyai tetap tersemat rapi di jiwa. Maka satu perkara yang saya pelajari dalam pengalaman perit ini ; berdiri atas kaki sendiri. Seandainya kita kehilangan sesuatu, maka kita perlu menciptanya. Sekiranya sesuatu nikmat telah tiada, jadi ciptalah ia dengan usaha dan tawakkal kepada Allah.

Memang benar, apabila manusia diberikan kenikmatan ia akan terlupa. Maka atas kealpaan yang pernah membelengu diri, Allah menegur dengan menarik sesuatu nikmat. Dan ketahuilah bahawa teguran Allah itu amat pedih. Ajarannya boleh menyentak hati kita. Maka hendaklah kita menerima segala ketentuan ilahi dengan hati terbuka. Jangan menyalahkan takdir. Berhentilah membenci dan berdiri atas kaki sendiri. Sekiranya kewangan kita makin surut, berusahalah untuk mencari lubang rezeki.

Kini saya lebih memahami perangai manusia yang pelbagai. Ada yang baik, ada yang buruk. Dan apa yang lebih penting bukanlah kita berusaha sedaya upaya mengubah diri mereka semua. Tetapi lebih penting kita mengubah diri sendiri. Dan atas sikap positif ini kita akan rasai sendiri kebahagiaan hidup biarpun kita sendirian. Ramai berkata yang sifat 'keakuan' itu negatif, tetapi jika kita aplikasikannya untuk membangkitkan potensi diri, maka di sini saya mencatatkan bahawa sifat 'keakuan' itulah kekuatan untuk kita berdikari, tidak bergantung kepada manusia lain dan mencipta sejarah dengan tangan sendiri.

Biar apapun yang berlaku, "Aku tetap Aku!"

16 comments:

Humaira Salahudin said...

Salam...

tue perkara biase terjadi zaman sekarg nie.
pendek kata,xleh percayakn kwn sgt.
byk yg nk m'rosakkn drpd same2 beri kebaikan...
so,sabar jea bile jumpe org2 mcm nie.
lagi bgus kalo jauhkn diri dri org2 mcm nie...
just pndpt sye..all the best..!

Anonymous said...

Sepanjang rantau kehidupan ini sudah pastinya kita bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Kita lah penentu kehidupan kita sendiri. Saya amat tertarik sekali dengan gambaran rakan yang menjadi musuh dalam selimut ini. Amat jelas dan tepat apa yang saudara kemukakan. Siapa pun yang kita temui dalam perjalanan hidup kita, selalulah muhasabah diri kita dan memohon petunjuk dari NYA agar kita tahu membezakan antara kawan dan lawan. Sahabat yang baik tentunya membawa kita kearah mengingati suruhan Tuhan dan menghidari kemungkaran. Jadi tepat sekali jika kita berjumpa dengan rakan yang merosakkan, kita perlu menjauhi mereka agar kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. Wallahualam.

Hazim Azhar said...

Terima kasih yg tidak terhingga atas komen yg membina.

To Syafinaz Razak :
Ya, saya setuju kita tak perlu lagi mempercayakan org2 yang telah terbukti dengki dengan kita. Hiduplah dalam kehidupan kita.

To Anonymous :
Benar, kitalah penentu kehidupan kita sendiri. Thanks atas ingatan dan kata2 semangat.

zulaikha said...

salam..
teringat kata-kata ustaz khairul nizam..
penting untuk kita mencari sahabat soleh..
yang bila kita pandangnya kita ingat akhirat..

mak pun selalu berpesan..
kawanlah dengan semua orang..
tapi jangan ikut perangai mereka..
{macam xberkaitan je..:)}

ske aku ttp aku..
krn akhirat ttp tgl..
aku hanya aku..

Hazim Azhar said...

syukran.. ya di akhirat hanya kita sendirian. Di dunia ini ramai yg merungut jika bersendiri, tapi bagi kita yg memahami - Sendirian itu nikmat, agar kita mempunyai masa mengingati tuhan.

FahmiAA~ said...

hehe.. cili api negeri sembilan memang pedas rasanya..

Senyum..

Hazim Azhar said...

haha..

Ahmad Nordinie said...

sabar je la hazim..
hidup xslalu indah..
cume jgn terlampau membenci..
mana tau satu hari nanti kita memerlukan die jugak.
huhu..
aku pun pnah kene kes macam ni..

Hazim Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ni bursi ni..

jim, mak dah jumpe dah ajim punyer surat perjanjian pinjaman yg ori punyer..hehe

dlm surat tu kate x buleh dikurangkan.. tapi klu perlu, tambah bleh...

Dlm setiap m/s ase tnda tgn ajim, ayah n pak lang...

klu nak ...saman pon boleh...
nnti mak pergi MAINS balik n bincang..
surat ni dah berstem...klu langgar perjanjian boleh ambil tindakan...

tu jelah..jim jgn risau n jage diri bebaik tau..
salam..

Hazim Azhar said...

Ok miji, tenkiu bebanyak. Ajim dah kol mak dah, dah tau. So.. settlelah. Dah x de masalah.

*happy yang tak terjangka~

Hazim Azhar said...

To bro dinie,
Yep, tgh sabar la ni. Ala, hal kecik, tak ada apa2 la~ =)

Anonymous said...

kenapa ni doctor..??
duit x cukup ke..??

Hazim Azhar said...

doctor?? siape doctor? =P

Duit cukup je~

Akh said...

Ya akhi kareem ,

Dalam buku bahtera penyelamat ade sebut cabaran daie-muslim yg dengki padanya....

Tp kne ingt....
kdg2 org x berniat dengki,cume melakukn sesuatu tp hasilnya kte yg menunding jari mengata org dengki....


Bila salah paham b'laku n zhon timbul maka melonjak gembiralah syaitan n kuncunya.....


Seorg shbt dijanjikn syurga atas sbb sifat pemaafnya....

Ape pon hazim,
trs trg pd empunya diri lbh baik,

1 dugaan tu klu kte x lps,kte x akn naik level lg di sisi Allah,dan kte stil akn diuji dgn p'kara sama lps2 ni.
Rezeki tgn di Allah,maybe 1 pengajaran untk kte blj b'syukur dgn apa yg ada,

Percayalah...
Tarbiah dari Allah utk kte....

Rabbunayusahhil....
Rabunama'ak.....

Dari akhi yg menyintaimu atas jalan dakwah ini.

Hazim Azhar said...

Syukran akhi. Ana amat menghargai komen nta walaupun ana tak pasti siapa nta.

Ya, memang perlu berterus terang kpd yang terlibat. Sekarang dah ok, mungkin dia silap kerana tidak berbincang dengan ana utk buat tindakan. Dan ana juga silap kerana terlalu emosi.

Entri ini ditulis ketika ana sedang benar2 marah. Mungkin sebab itu agak 'pedas' sikit. Tapi ana tak edit kerana sebagai catatan pengalaman dalam kehidupan ini. Biarlah ia sebagaimana ia.

Ana dah maafkan sesiapa yang terlibat. Lagipun ana memang cepat marah dan begitu mudah maafkan org. Ana terima hakikat semua manusia tidak sempurna.

Terima kasih sekali lagi akhi, memang benar ikhwah sentiasa hadir ketika ana sedang lapang dan sempit. Ketika senang dan susah. Hanya ana rasakan 'ikhwah' datang menghulur tangan, ketika yang lain tidak peduli.

Terima kasih sekali lagi. Manusia-manusia yang menggelarkan dirinya 'akhi' amat istimewa dalam hidup ana. Sejak dulu, membimbing dan menunjukkan jalan.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com