hover animation preload

Adakah Perempuan Layak menjadi Pemimpin?
by Hazim Azhar in ,

Persoalan seperti ini adakalanya mengundang kemarahan pihak tertentu kerana seolah-olah mempertikaikan hak kebebasan seorang wanita. Lebih-lebih lagi mereka yang mengibarkan panji-panji perjuangan 'hak asasi' sama ada yang berbau agama mahupun kemanusiaan.

Saya pernah terlibat dalam satu debat siswa yang diadakan di Rumah Negeri Sembilan, Kaherah. Isu yang diperdebatkan ialah "hak perempuan adakah sama dengan lelaki?", lebih kurang beginilah isunya, tajuknya saya dah lupa. Pertandingan tu hanya kecil, lagipun saya tidaklah hebat sangat berhujah. Disertai 3 wakil mahasiswi dan 3 wakil mahasiswa. Pada mulanya tidaklah sengit sangat, namun setelah 5 minit sahaja berlangsung, dewan menjadi 'panas' seolah-olah 2 pihak hendak berperang. Yang lelaki salahkan perempuan, yang perempuan marahkan lelaki. "Apa kami ini hanya layak duduk di dapur sahaja?". Alahai..


Sampai giliran saya berhujah.


"Pertamanya sebelum saya memulakan kata, saya ingin memohon agar kita semua bertenang. Jangan marah-marah. Emosi hanya membina tembok pemisah antara kita dan realiti sebenar. Dan kata-kata yang berbaur kemarahan akan membuatkan kita tidak adil dan menolak segala hujah yang bertentangan dengan pendapat peribadi kita."


Lalu saya teruskan dengan hujah dan kata-kata yang lemah lembut, kerana saya tahu jika terkasar sedikit, nanti pihak perempuan ambil hati. Bukan begitu?


"Dalam islam memang tidak diwajibkan perempuan duduk di rumah sepenuh masa, hanya kemas rumah, basuh pinggan, cuci lantai, dan uruskan anak sahaja. Bukan begitu, dan siapa yang berpandangan begitu ialah orang yang berfikiran sempit dan jumud. Dan tidak juga disuruh agar perempuan-perempuan meninggalkan rumah, asyik keluar sehingga rumah terabai, kesihatan anak tidak terurus dan kebersihan rumah tidak terpelihara. Ini bermaksud perempuan ada pilihan sebagaimana lelaki."


Saya sempat menjeling kepada moderator program.


"Namun di sini bukanlah persoalan 'hak kebebasan' yang perlu diperhatikan. Tetapi tugas dan tanggungjawab serta kasih sayang seorang perempuan terhadap rumahtangganya. Andainya dia seorang ibu kepada anak yang masih kecil, adakah dia sanggup membiarkan anaknya di rumah tanpa diurus hanya kerana ingin berkerja? Atau keluar bebas sesuka hati, bila-bila masa yang diinginkan atas tiket kebebasan hak asasi?"


"Saya kira, di sinilah peranan musuh-musuh islam dalam mengapi-apikan perempuan-perempuan muslim agar melupakan peranan dan tanggungjawab terhadap rumahnya. Mereka sengaja membawa isu kesamarataan hak perempuan dan lelaki. Mereka melaung-laungkan seruan-seruan yang bertopengkan kebebasan, kemajuan dan kemanusiaan. Akhirnya perempuan-perempuan tidak segansilu membuka aurat, bergaul bebas, dan berpacaran di tepi jalan." Jika lelaki boleh, mengapa kita wanita tidak boleh?" Itu kata mereka. Tempias slogan-slogan palsu itu membawa mendung kepada budaya timur yang penuh dengan adab dan tatasusila, apatah lagi kita ini yang beragama Islam". Saya menambah lagi.



Tiba-tiba bangun seorang mahasiswi sambil mengangkat tangan. "Izin laluan yang berhormat".


Saya mempesilakannya.


"Adakah ini bermaksud perempuan-perempuan tidak boleh berkerja, hanya duduk di rumah tanpa membantu para suami dalam meningkatkan taraf ekonomi rumahtangga? Jika begitu, apa faedahnya ijazah yang diperoleh?" Katanya sedikit mempertikai.


Saya menjawab.


"Saya tidak katakan tidak boleh berkerja. Berkerjalah jika keadaan memerlukan. Isunya bukan berkerja atau tidak, tetapi pengurusan rumahtangga. Seorang perempuan yang tersusun hidupnya mampu membahagikan waktu antara tugasan luaran seperti kerja dan tugasan suri rumah. Namun bagi pandangan saya, adalah lebih baik jika perempuan memfokuskan untuk mendidik anak dan mengurus rumah andainya para suami bergaji besar."


" Memadailah dengan seorang sahaja berkerja kerana anak memerlukan 'tangan' ibu untuk merasai kasih sayang daripadanya. Kebersamaan ibu dalam siri-siri kehidupan anak mewujudkan ikatan yang kuat dan persefahaman yang melahirkan anak-anak yang mudah dibentuk. Kita semua tahu, bahawa institusi kekeluargaan adalah paling penting dalam mencorakkan peribadi anak-anak. Tentang ijazah yang telah dimiliki.. bagi saya bukan semua bahan berharga perlu kita gunakan, andai jika kita menggunakannya mengundang malapetaka. Simpanlah ia sebagai tanda kita seorang ilmuan"


Keadaan dewan semakin terkawal. Ada yang setuju, ada yang tidak. Tidak mengapa lah, saya akui manusia itu berbeza. Saya memerhatikan tiap-tiap mata yang merenung saya dengan khusyuk.


"lelaki dilahirkan daripada tanah yang bersifat keras dan kehidupannya berkaitan dengan tanah iaitu bercucuk tanam, berkerja keras dan mencari nafkah kewangan. Perempuan pula diciptakan daripada jiwa seorang lelaki dan kehidupannya berkait rapat dengan kejiwaan, lemah lembut, teliti, halus dan penyayang. Ini adalah sifat terbaik bagi seorang pendidik anak."


Saya tamatkan kata-kata dengan memohon maaf andai tersilap kata dan menegaskan sekali lagi bahawa, kita semua adalah sama- lelaki dan perempuan, namun jiwa kita berbeza, sifat kita berbeza. Lantas mengapa perlu kita berebut satu tempat atau ruangan yang sempit sedangkan kita telah mempunyai ruangan khas untuk kita duduki, untuk kita pelihara? Iaitu lelaki ada tugasan yang khas sesuai dengan sifat semula jadinya, begitu juga perempuan.


Jadi, adakah perempuan berhak menjadi pemimpin?

15 comments:

danialarief said...

terpengaruh ngan blok pemikiran aminah wadud n sister in islam mungkin?hehehhe

Hazim Azhar said...

Hm.. mungkin gak. =)

mohd hazwan bin mohd salleh said...

seronok juga baca debat2 ni.

haha.

Anonymous said...

salam..

kalau tanya pada saya (seorang perempuan) saya akan kata seorang perempuan tak layak utk jadi pemimpin besar.

bukan tak meyakini kebolehan perempuan masa kini, tapi pada saya, sampai bila2 pun perempuan tak akan sama dengan lelaki.
Allah cipta kita berbeza fitrahnya, beza peranannya, tapi yan pastinya, semestinya adil pembahagian ini, sbb Allah tu maha adil.
tak perlu bangkitkan isu perempuan mesti setara dgn lelaki.

bukanlah semestinya ada ijazah mesti kerja, sbb ijazah tu tanda kita punya ilmu, bukan mewajibkan kita utk bekerja..

rasanya kalau suatu masa nnt suami saya mampu utk tanggung nafkah seluruh isirumah, saya rela utk duduk di rumah walau saya ada PhD sekali pun, perhaps.

wallahualam.
salam ziarah~

Hazim Azhar said...

Thanks 4 your nice comment.

Cam same sket ngan pendapat sy. Ape2 pun kite sume pemimpin~

hizbul alifi MD NOR said...

salam..
suke bace hujah ko berbahas..
dah rindu nak berbahas balik..
selame 2 tahun kat kyuem, x dek peluang nak debat bahase melayu..
asyek2 bahase inggeris..
hu3..kalau nka berdebat skang nie, mesti terbelit lidah..
=( ape2 pon..bagus care ko sampaikan hujah..x terlalu nak kecilkan skop dgn tajuk bahas tue..kirenye, kau sangat2 pandai nak memuaskan hati kedua2 pihak..
(kalau aku hakim,,aku confirm dgn ko..soal ijazzah tue, x bermaksud kite sia2 kan dgn hanye duduk di rumah..yg penting ilmu yang kite cedok..)
wallahualam..

=)

Hazim Azhar said...

salam bul..

heh, thanks my fren. Tp ape2 pun x ko lg power dr daku budak forum ini.

Ye ke bul.. jangan sampai x bole cakap Bahase Melayu dah la ye, marah cikgu Rosiah nanti. haha.

(sebenarnye time ak berdebat aritu x la camtu ayat die, hu3)

Mukmin bin Mohd Khairi said...

ana setuju dgn enta..
isu ni pernah timbul..

ada yang backup lelaki dgn hujah2 drpd Quran,, antara yang menarik..
1. kuasa talak diberi pada kaum lelaki.
2. Ke atas wanita, lelaki ada lebih darjat.(hadis?quran?)
3. Kata ganti diri Anta(berbaris atas pada huruf hujung) menunjukkan darjah aliah berbanding Anti.. hehe mcm2.

Yang permpuan mana xmarah..

Tp igtlah, ke atas lelaki tu byl tanggunjwab..

dan tangunggjawab tidak meninggikan Darjat!..

Hazim Azhar said...

ha.. betul2. sokong mukmin. yeah~

creamyfiodesi said...

itu je ke isi dlm debat?
tulis la full,huhu..
ape resultnya?

well, perempuan boleh je jadi pemimpin, tapi dengan golongan permpuan jelah...=D

my honestly opinion...

creamyfiodesi said...

oh ye...
debat selalu gado2 bila masing-masing suka cari pasal...
yang laki suka guna dalil AQ and hadis untuk menguatkan hujah mereka yang laki lebih hebat la mantap la daripada perempuan...
dah confirm-confirm la betul kalo gune dalil naqli...
dah, perempuan nak jawab apa kalo x bengang?
pakai dalil aqli je la, itupun mana dpt fight dalil naqli yang bertunjangkan firman Tuhan and sabda Nabi...

hehe...lebey2 lak, sori tuan tanah!

Hazim Azhar said...

huhu, x pe sis. Biase la tu, "arrijalu qawwamuna a'la nisa'" selalu jadi dalil bagi lelaki yang anggap mereka yang paling utama. (padehal, kalo nilai mengikut cara majoritinya, sikit je yang boleh pakai)

Nak tulis sampai habis??

Hm, x pe la rasenye, saje nak bawa cerita yang membuatkan orang berfikir sendiri. Kalah atau menang bukan penentu utama, yang penting kita dapat isinya, kan?

Perempuan of course la bole jadi pemimpin, kan dalam hadith ade sebut; semua daripada kita adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap perkara yang dipimpinnya. So, kalau perempuan itu manusia, maka ia adalah pemimpin.

ape2pun.. selamat hari raya~ (tiba2)

ahmad ibrahim yahaya said...

salam..

lambat nk komen.

patamenye, pompuan layak & mmg kena jadi pemimpin ikut hadith Nabi...tapi pemimpin kepada siapa? pemimpin apa? tu yg kena selesaikan...

kedue, slogan yg dilaungkan golongan2 seperti sisters in islam iaitu 'kesamarataan laki n pompuan'...slogan tu dah salah
apa yg sepatutnya kita perjuangkan adalah 'keadilan laki n pompuan'.
kena kita bezakan antara sama rata dengan adil. Islam itu sentiasa adil dan tak bleh dipertikaikan dalam hal berkaitan laki dan pompuan.

mana tidaknya, secara fizikalnya pun, kita tanya kpd sisters in islam, adakah laki n pompuan sama? fizikal pompuan ada yg kurang n ada yg lbeh dr lelaki..gitu gak sebaliknya...tu baru fizikal, blom lain2 lg, medically, volume darah, lemak, penggunaan tenaga, muscularity,dll...
adakah Allah tidak adil menciptakan laki n pompuan cmtu??
Allah Maha Adil, sebab tulah Allah mencipta laki n pompuan TAK SAMA...

ana selalu kena komen n bebel dri adik p0ompuan ana, yg dia kena kemas dapur, masak2, bla2..dll...tapi ana dok rilek je...
hehe..ana jawab, ok, bg abang dok masak n kemas dapur, awak pegi cangkul rumput, mesin rumput, cuci longkang, amek n hanta adik tuisyen, angkat barang berat2, g bayar bil letrik, g beli tu,beli ni...dll..tros senyap..hihi

mengambil kata-kata Ben Parker kepada Peter Parker dlm Spiderman, "with great power, comes great responsibilities"

yg penting kita adil, iaitu meletakkan sesuatu PADA TEMPATNYA..

wassalam

Hazim Azhar said...

hehe.. "with great power, comes great responsibility"

ya, setuju. Islam itu tidak jumud, tidak zalim dan tidak memperkecilkan sesuatu. Semuanya kene PADA TEMPATNYA. (pinjam ayat eh baim~)

Alia Ramley said...

post nie ngan sume comnet kat atas best2 arr..
haha..

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com