hover animation preload

Kronologi sebuah kehidupan
by Hazim Azhar in


Tika tiupan bayu dosa semalam menyapa lesu
Manik-manik jernih air mata mengalir pilu
Terkenang diri yang hina
Penuh dosa dan noda

Oh tuhan, masihkan ada sinar untukku?

Malam itu kulayarkan bahtera keinsafan kepada tuhan
Lantaran kaki penuh hitam kotor melangkah di titian alpa
Cahaya yang menerangi masih menghanyutkan aku ke daerah fantasi
Petunjuk yang hadir masih membiarkan aku sesat entah ke mana

Kulihat awan putih di langit senja
Lalu cuba kucapai sedayanya
tiba-tiba awan putih itu sirna di sebalik jari-jemariku
Dan cahaya mentari indah itu membakar tubuh lesu
Tidak dapat kuungkap dengan kata, hanya air mata mengalir laju
Terkesima semua yang indah itu hanyalah ilusi
Dunia fantasi

Apabila teguran Allah datang menimpa
hati tersentak, jiwa terhenyak
Terasa bagai diri dipijak-pijak

Kulihat mereka menghulurkan tangan
Lalu kucapai penuh syukur
"Mari bersama kami"
Dan aku pun bangkit dari tidur
Melangkah ke sana, daerah yang pasti
Biar betapa banyak onak dan duri
Biar dihina dan dicaci maki
Biar dipenjara, disiksa jasad dan hati
Tetap jua kaki ini melangkah bersama mereka
Kerana kupasti jalan itu yang paling suci

Memori lalu membangkitkan rasa kasih tidak bertepi
Kepada mereka yang pernah menghulurkan tangan
membangkit jiwa perjuangan
Menyemai benih kefahaman
Tentang jalan dakwah penuh dugaan

Lalu kumasih tersenyum tatkala dihina
Kumasih bersabar ketika dicabar
Kumasih merasa lapang tatkala dunia disempitkan
Kerana aku dan mereka adalah jiwa yang merdeka
Yang hanya menginginkan reda ilahi
Dan mengamalkan agama yang suci
Tidak ternoda oleh kata-kata keji
Biarpun bertopeng perjuangan hakiki

Dan inilah aku
akan tetap bersama mereka
Moga selamanya
Hingga ke syurga





2 comments:

masshah said...

Dunia medan ujian untuk kita..semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan dan beramal..Syurga menanti.

Hazim Azhar said...

Terima kasih ustaz.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com