hover animation preload

Harapan setinggi langit, tapi tiada sayap~
by Hazim Azhar in ,

Pernahkah anda kecewa dalam kehidupan? Atau mendapat sesuatu yang tidak anda harapkan? Mari sama-sama kita baca entry kali ini.

Setelah bertemu dengan pelbagai ragam manusia, kadang-kadang saya terjumpa dengan orang yang harapannya sentiasa tinggi melangit. Nun jauh ke sana. Tinggi betul.


Harapan yang terlalu tinggi membuatkannya sentiasa menginginkan yang terbaik untuk dirinya. Ia meletakkan kriteria-kriteria yang tertentu untuk keselesaannya, demi menjalani kehidupan yang sempurna. Baginya itu sangat penting, sebagai satu fokus dan target agar kita hidup terpandu dan mempunyai matlamat yang khusus. Contohnya, seorang pelajar yang akan menyambung pelajaran ke sebuah negara asing. Ia terlalu mengharapkan kehidupan yang baik-baik belaka. Rumah sewa 'air-cond', makan steak tiap hari, ada kereta dan sebagainya...

Ataupun contoh yang lebih dekat, terlalu mengimpikan teman hidup yang sempurna. Harapan tinggi itu adakalanya bukan sekadar keinginan, tetapi satu kemestian baginya. Satu keperluan. Lalu ia pun mulalah berangan-angan mengimpikan sesuatu yang belum pasti. Tersenyum seorang diri, kadangkala ketawa kecil. Isk, seram betul tengok orang macam ni!

Lalu masa terus berjalan membuktikan semua impian itu satu ilusi, mimpi di siang hari. Permata yang diharapkan, batu kotor pula dimiliki. Kemudian orang sebegini pun mula kecewa dengan diri sendiri. Kekecewaan yang membawanya satu aura hitam dalam siri-siri kehidupan yang akan datang. Harinya penuh dengan kebencian, salah-menyalahkan serta tidak keruan. Kasihan...kasihan..

Teori kehidupan ini mengajar saya tentang sesuatu -yang ingin saya kongsikan hari ini- iaitu tentang sikap kita terlalu memilih dan meninggikan kriteria-kriteria tertentu dalam semua aspek. Ia akan menjadi satu halangan untuk mendapatkan satu kehidupan yang luas dan bebas merdeka serta bahagia.

Saya ingin mengambil contoh mudah, agar cepat difahami, -seorang lelaki yang terlalu meninggikan kriteria calon isterinya. Ia mengharapkan seorang perempuan cantik yang solehah, hidung mancung, mata biru, betis macam buting padi, leher jinjang, pinggang macam kerengga (haha). Cop, belum habis... bijak, pandai, cermat, mempunyai Phd, muda dan berbagai lagi.(tak reti nak tulis apa lagi).

Lalu ia telah menyusahkan dirinya untuk mendapat teman sesempurna itu. Bujanglah ia sehingga umur menjangkau 40an. Saya teringat satu kata-kata, jangan impikan teman sebaik Khadijah andai diri tidak sesempurna Muhammad. Tapi kawan kita seorang ini, mengimpikan teman lebih sempurna daripada Khadijah sedangkan dirinya jauh daripada peribadi Muhammad. Akhirnya, ia pun menghadapi kesukaran mendapatkan isteri terbaik, kerana hakikatnya.. tiada manusia sesempurna itu!

Hamster ni tengah gembira


Sekiranya kita lihat dari aspek kehidupan yang lebih luas, maka kita akan nampak solusi untuk segala kekecewaan. Jalanilah kehidupan ini seadanya, bergembiralah dengan apa yang menjadi milikmu. Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila kita bergembira dengan apa yang telah ada di genggaman kita, biarpun ia tidaklah secantik kepunyaan orang. Berhentilah daripada merungut dan membanding-banding sesuatu kerana ia hanya kunci kepada kemurungan.

Berbahagialah wahai sahabatku, walau kita hanya mempunyai kehidupan yang sederhana. Tanamlah sifat qana'ah(berasa cukup) dalam hati, nescaya ia akan menumbuhkan pohon-pohon bahagia yang akan menjadi taman syurga. Berhentilah daripada mengharapkan awanan indah di atas sana kerana hakikatnya kita hanya manusia yang tidak mempunyai sayap.


Jangan tiru aksi ini

Ingat tau, jangan cuba untuk terbang... kita tak ada sayap.

8 comments:

sinar mentari said...

salam'alyk...salam ziarah...kriteria isteri kat ats nie kriteria isteri idaman ko eh:)

Hazim Azhar said...

salam.. haha. bukanla~ aku nak kate ko sebenarnye. ahaks~

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

cukup la tu zim, masa awak tak sampai lagi. sampai masa nanti terbang la sama-sama. jgn dok sorang2, pastu termenung panjang. nanti setan kacau. sabor je la yop! (ada masa dtg le kenduri..hehe)

Hazim Azhar said...

haha... ok2, ustz Os tak lame lagi nak terbang 2 org~ x boleh la ana nak join lg nta nanti.

Insyaallah, kalau ana boleh terbang ke malaysia, ana pg. =P

[amiza a.malik] said...

its not a crime to dream kan?

manusia memang panjang angan.

tapi tak salah rasanya nak mengharap yang terbaik.

aim for the sky, at least when u fall u can reach the clouds.

jika tak punya sayap, tapi masih mahu terbang, kapal terbang, belon panas kan ada. now everyone can fly. haha

salam alaik. all d best, kencang nampak

Hazim Azhar said...

Yup, its not a crime.

Betu la, tak salah kite nak berangan sesuatu yg 'out of the box' tapi semua itu perlu realistik dan disusuli oleh usaha keras.

Jangan jadi mat jenin sudah la~

Thanks, tapi tak la sekencang ko.

Anonymous said...

salam
nie mstie ciri2 isteri idaman ko ni
ye la
selalunye orang pandai nie dia msti akan cari yang setaraf dengan dia
btol x
hahahha

Hazim Azhar said...

mana ada..

mungkin sebahagian ciri daripadanya tapi mustahil la semua. mana ada manusia sempurna.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com