hover animation preload

Sakitnya apabila tidak dipercayai
by Hazim Azhar in ,


Tidak mempercayai seseorang adalah senjata tajam yang boleh melukakan hati. Apatah lagi jika seseorang itu adalah layak untuk ia dipercayai serta mempunyai kebolehan tertentu. Mungkin tak nampak di mata tentang betapa kejamnya tindakan itu, tetapi bagi sesiapa yang pernah menghadapinya pasti tahu betapa pedih dan perit apabila tidak dipercayai. Ia ibarat jenayah yang boleh melenyapkan sifat percaya mempercayai dan saling kasih mengasihi.

Saya cuba menerangkan melalui pengalaman saya serta orang lain yang saya terima daripada pembacaan dan pendengaran. Kerana pengalaman adalah sebaik-baik guru dalam seseuatu perkara. Dan tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, hanya sekadar coretan saya di malam hari untuk menaip bisikan hati yang terkenang sebuah kisah. Moga ia bermakna dan diambil pengajaran.

"Kepercayaan" adalah satu tenaga yang mengalir dalam diri seseorang ataupun dalam ikatan perhubungan sesama manusia tidak kira persahabatan, keluarga dan sebagainya. Ia adalah sumber kekuatan dalaman iaitu percaya kepada diri sendiri ataupun dalam istilah bahasa inggeris ; self-esteem. Percaya kepada diri sendiri amat penting. Tanpanya kita adalah golongan manusia yang pengecut dan tidak bermaruah. Juga ia adalah langkah pertama dalam kita menjana peribadi proaktif.

Percaya kepada diri sendiri adalah asas dan naluri kemanusiaan. Tetapi ia boleh hilang daripada jiwa manusia jika tidak dipelihara serta dijaga. Ataupun ia menjadi tumpul serta tidak terkawal yang menyebabkan bercambahnya sifat-sfat negatif dalam diri manusia. Apabila berkurangnya "kepercayaan" dalam hati, maka kita menjadi kaum yang lemah dan tidak mampu mempertahankan maruah. Apabila berlebihan pula, kita menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Juga kepercayaan kepada diri sendiri adalah langkah pertama dalam kita mendapat kepercayaan manusia lain. Mana mungkin seseorang yang tidak percaya diri sendiri mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat sekeliling. Tidak mungkin sama sekali kerana hakikatnya dia tiada jati diri.


Saling mempercayai adalah prasyarat dalam sesuatu perhubungan. Sahabat dengan sahabat, guru dengan murid, ibu bapa dengan anak-anak, suami dengan isteri dan sebagainya. Tanpa ikatan saling mempercayai, sesuatu perhubungan adalah satu topeng palsu dan penuh dengan buruk sangka. Oleh itu awas, apabila kita mula menyemai bibit-bibit 'tidak percaya' sesama teman kita, mungkin ia akan bercambah menjadi masalah yang meretakkan perhubungan itu.

Buruk sangka adalah antara contoh yang sesuai bagi kita menggambarkan hilang kepercayaan kepada seseorang. Juga jika kita memandang rendah kebolehan sesorang serta sengaja melelapkan mata daripada melihat bakatnya. Mungkin itu semua berpunca dari rasa iri hati dan cemburu - wallahua'lam. Kebencian mula terasa walaupun puas dilindung dengan senyuman manis di bibir. Di hati tetap pahit. Itulah tanda-tandanya hilangnya kepercayaan sesama insan.


Alangkah pedih apabila kita tidak dipercayai. Bukan ingin mengangkat diri sendiri ke makam yang tinggi. Namun jika perkara tersebut adalah sangat rapat dengan kita, tiba-tiba saja kita dilupakan. Seolah-olah tidak pernah wujud. Mungkin hati kita yang masih dibaluti iman akan berkata, "Tidak mengapa.." Namun sakitnya tidak dapat kita nafikan.

Adakalanya kita perlu menjadikan limau masam yang dicampakkan kepada kita menjadi air limau manis yang menyegarkan. Usah terasa, usah bermasam muka sekiranya kita tidak dipercayai. Marilah duduk sejenak, kita muhasabah kembali. Mungkin kita yang bersalah dan perlu berubah. Maka pedulikanlah apa kata manusia. Sungguh, mulut manusia takkan berhenti berkata. Mari kita jadikan ketidak pedulian yang dilontarkan kepada kita sebagai pembakar semangat untuk kita bangkit.

Biarlah seluruh insan tidak mempercayai diri kita, bakat yang kita punyai. Kerana hakikatnya kita mempunyai hidup sendiri untuk kita pandu. Maka layarkanlah kepada jalan yang betul. Mereka semua mengetepikan kita, tidak mengapa. Mari kita berdiri atas diri sendiri dan bangkit menginggalkan mereka semua.

Biarlah seluruh manusia tidak mempercayai kita..

Tetapi pastikan kita sentiasa mempercayai diri sendiri..

Apabila mereka melupakan kita..Katakan dalam hati,

"Aku boleh!!"

6 comments:

ummi sha said...

Usah gelisah apabila dibenci dan tak dipercayai manusia kerana masih ramai yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Anonymous said...

adkh anda pernah hilang kpercayaan thdap insan lain
atau
adkh anda pernah, kpercayaan anda dkhianati.

Hazim Azhar said...

To Ummi Shaniza:
thank u.


To Anonymous:
(tgh pelik) apsal soklan awk macam ade udang di sebalik mee.

hehe.

Of course la pernah. Im not perfect. Selalu gak hilang kepercayaan kpd org lain. Sebenarnya sy banyak bergantung kpd diri sendiri utk wat sesuatu. Tapi ape2 pun i really care to others.

Kepercayaan sy dikhianati?? Pernah. Tapi selalunya bukan dari org yg hampir dalam hidup.

Anonymous said...

udng d sblik mee??
hahaha
oh ye ke
bkn dr org yg hmpr dlm hdp anda.
jika ada d sbliknye.
nk guna katana ke?
hahahaha

Hazim Azhar said...

hehe.. boleh gak gune katana. macam biase, nak potong ayam utk wat gulai.

biase la hilang kepercayaan tu. yg penting jgn hilang kepercayaan kpd diri sendiri.

Anonymous said...

yup
kpcayaan pada dri sndri lagi pnting
thanks
wassalam

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com