hover animation preload

Alahai artis Melayu~
by Hazim Azhar in , ,

Petang tadi sedang jalan-jalan raya ke rumah kenalan keluarga, saya terlihat satu iklan dalam televisyen; "memori idola", satu rancangan khas menampilkan artis-artis yang berjasa besar dalam arena seni di persada nasional. Saya hanya melihat, tiada respon dan membuang pandangan saya ke luar jendela.

Terkenang "Malaysian Idol". Dan dalam masa beberapa detik itu lakaran memori lalu menyerbu benak fikiranku. Tiba-tiba hati kecilku berbisik, "mengapa artis seringkali dijadikan idola?"

Puas saya berfikir, di mana nilainya seorang artis yang terkinja-kinja di atas pentas. Di mana baiknya artis yang kehidupannya berkiblatkan Barat. Mempromosikan pakaian mendedahkan aurat, akhlak murahan yang gedik tidak bertempat, kisah-kisah cinta jalanan yang tidak layak disandarkan kepada cinta yang suci.

Memang meluat melihat adengan-adengan filem Melayu(khususnya) yang tiada nilai di sisi agama. Apakah tidak ada lagi rasa malu dalam hati, sehingga sanggup bergurau senda, bertepuk bahu, bersentuh tangan dengan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim? Kononnya hanya berlakon atas tiket kebebasan asasi dan kemajuan, tetapi inilah sebenarnya yang dikatakan dengan kehancuran. Entah di mana hilangnya maruah, sehingga sanggup melelongkan harga diri di televisyen-televisyen, akhbar-akhbar dan majalah-majalah.

Sekadar gambar hiasan

Setelah bosan menonton TV, saya ambil pula sebuah akhbar tempatan di bawah meja tetamu. Saya selak satu per satu mukasurat, satu per satu gambar-gambar artis Melayu terpampang di laman kertas tersebut. Seorang lelaki dengan rambut berwarna perang, panjang mencecah bahu menunjukkan gaya 'otai' sambil memakai baju melayu bersongket. Di sebelahnya ada seorang perempuan turut sama bergaya. Dalam mukasurat lain pula, kelihatan manusia-manusia gedik bersalaman lelaki dan perempuan sambil mengucapkan ucapan hari raya dan kemaafan.

"Inilah gaya hidup yang ingin diterapkan dalam masyarakat aku", saya bermonolog sendirian. Terfikir, sedangkan isu-isu kebejatan akhlak semakin membinasa merosak institusi kemasyarakatan, dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh banyak pihak termasuk pemimpin negara dalam ucapan-ucapannya. Dalam masa yang sama racun terus dihidang kepada pesakit-pesakit kronik.

Bukan ingin mengangkat martabat diri, mengatakan akulah yang paling soleh dan baik. Bukan juga ingin mengatakan diri ini sempurna dan tidak ada cacat cela. Namun jiwa ini sedih melihat masyarakat melayu tercinta hidup dipimpin Barat yang binasa dan membinasakan. Apa dikata putih, maka putihlah ia, biarpun pada hakikatnya ia hitam legam. Semakin buta daripada melihat keindahan islam.

Sekiranya idola itu bermaksud 'berhala' semata-mata, maka saya setuju artis ialah idola. Dan sebagai seorang muslim, kita hidup tidak menjadikan berhala sebagai ikutan dan contoh tauladan. Qudwah hasanah atau contoh yang baik letaknya pada orang beriman, khususnya lelaki pemimpin sekalian umat - rasulullah SAW. Akhlaknya sempurna, peribadinya menawan hati, bersifat halus, sensitif, berani, gagah, tegas, berhikmah dan segala sifat baik. Inilah yang harus kita jadikan contoh ikutan, bukan manusia-manusia duta Barat yang mempromosikan gaya hidup kotor dan hina.

Manusia beriman harus dijadikan ikutan

Apabila ini tidak jelas, alhasil dilihatnya muda mudi tersalah tafsir erti cinta yang sebenar. Cinta murahan tidak berharga. Sekadar bertemu ketika menunggu bas, berkenalan, saling behubung, sering keluar bersama, makan bersama, pegang tangan, jalan sama-sama,"Rindu awak, love you", datang orang ketiga terjadi cinta tiga segi, dan akhirnya berkahwin. Hasilnya, pergaduhan, tidak sefahaman, cintanya luput dihakis dosa-dosa silam yang masih digalas hingga kini. Kesian.. kesian.

Ha.. inilah 'kemajuan' yang dilaung-laung oleh Barat. Nak ikut?


*******

Suatu petang, seorang nenek yang rabun bertanya kepada cucunya, "Cu, siapa dalam TV yang menyanyi-nyanyi, terlompat-lompat, 'tak pakai' baju tu?", sambil jarinya terketar-ketar menuding ke arah televisyen. Cucunya dengan tenang menjawab...

"Oh.. itulah artis nek"

5 comments:

PaTZzI@mIsTy said...

ha...betul 3x...meluat btol..semua pun nak jadi artis.tah ape yg seronoknye tah..asyik nak hiburan jea..boring tol life mcm tue,,mcm tin kosong..nothing inside!kesian betol..hhmmm...
nice post!keep it up!!!

ahmad ibrahim yahaya said...

sbenanye sume manusia nk menonjol sebab mereka nak diri mereka berbeza...

tapi mereka lupa tanya diri mereka sendiri satu soalan paling penting...

"apa beza kita(manusia) dengan haiwan??"

haiwan makan kita makan, haiwan berseronok kita seronok, haiwan x pakai baju kita pon sama x pakai baju, haiwan dok rilek kita dok rilek, haiwan buat seks kita buat seks,...apa sebenarnye beza kita ngan haiwan??

itulah iman, taqwa, akal & ilmu..

Hazim Azhar said...

to PaTZzi MIsTy,
Ya memang kehidupan yang jauh dari hidayah amat membosankan dan kosong.

to Ibrahim Yahaya,
Setuju dengan nta Baim, akal yang dipimpin hidayah Allah hanya mengangkat darjat manusia daripada sekalian hidupan di dunia. Kalau tak, manusia=kambing, kambing=manusia. =P

masshah said...

Detik-detik akhir zaman semakin hari semakin terserlah,tapi masih ramai insan alpa dan leka..ramai artis di puja-puji yang tak memberi syafaat kepada kita.moga kita tidak termasuk dari golongan alpa dan leka..

aireensamirah said...

salam..

sangat setuju..
apalah hebatnya artis utk dijadikan idola..
tak faham betul..

artis diagung2kan..
ilmuwan dilupakan..
konon berkempen sopan dan budi bahasa,
tapi orang yang so-called 'idola malaysia' ni tak dibetulkan pula akhlaknya..

haish..
tanda2 kiamat makin hampir~

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com