hover animation preload

Itu lebih baik daripada aku punya
by Hazim Azhar in ,


Seorang perempuan berjumpa dengan seorang kaunselor menceritakan masalah hidupnya yang tidak bahagia.

"Saya seorang pendaki gunung yang berjaya, namun setelah sampai ke puncaknya, saya dapati saya telah mendaki gunung yang salah."

Dia merujuk gunung adalah pilihan hidupnya, iaitu suaminya, kerjanya dan lain-lain. Walaupun dia telah berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan yang terbaik, namun tetap pilihannya salah. Walaupun dia sangat cemerlang dalam kerjaya dan setiap pencapaiannya, hidupnya masih bermasalah kerana seolah-olah setiap pilihan yang dibuatnya tetap tidak tepat. Tidak pernah tepat.

Membanding-bandingkan. Inilah sebabnya mengapa keadaan ini berlaku. Selagi mana kita tidak berhenti membanding-bandingkan apa yang kita punyai dengan milik orang lain, selagi itulah kebahagiaan tidak akan subur dalam diri. Sifat ini kadangkala tidak disedari oleh kita, ia seolah-olah satu reflex yang berlaku tanpa disedari. Jika kita mendapat hadiah yang murah, kita tiba-tiba berfikir betapa untungnya kawan-kawan lain mendapat hadiah yang mahal. Begitulah ia.

Berbeza tak semestinya salah

Dan yang lebih bahayanya, jika perbandingan itu dibuat kepada individu. Amat menyakitkan apabila seorang suami membanding-bandingkan paras rupa, penampilan, sifat dan sikap isterinya dengan perempuan lain. Sangat memedihkan, dan boleh membawa kepada konflik yang lebih besar. Samalah keadaanya membeza-bezakan kawan baik kita dengan orang lain. Ia seoalah-olah menghapuskan kepercayaan, membina tembok pemisah antara 2 orang. Menghancurkan kasih sayang dalam perhubungan.

Beginilah apa yang berlaku dalam kes perempuan tadi. Dia seorang yang hebat dalam kerjayanya, dapat mencapai kehidupan yang baik. Namun disebabkan sifatnya yang suka mencari sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ia punyai, dia terlupa untuk mensyukuri dan menghayati kebahagiaannya. Dia tidak henti-henti mencari.. kemudian mencari.. dan terus mencari sesuatu yang lebih baik.

Tak perlu membandingkan, kita semua berbeza-beza.


Biarpun ia telah memiliki yang baik, namun tiada perkara sempurna dalam dunia. Akhirnya ia temui lagi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ia telah punyai. Dan keadaan ini berlangsung sebegitu dalam setiap aspek kehidupannya. Motto hidupnya 'seeking for perfection'. Dan kerana ia tidak temui kesempurnaan, maka ia tidak juga rasai kebahagiaan.

Setelah persoalan itu ditimbulkan kepada kaunselor tersebut, dengan ringkasnya ia menjawab dengan satu soalan lain,

"Apa tujuan kamu memanjat gunung itu?"

Itu saja jawapannya, ringkas. Padat dan tajam. Perempuan tersebut tidak puas hati dengan jawapan itu, dan bila ia pulang. Dan cuba memikirkan maksudnya, baru ia faham. Bahawa untuk mendapat kebahagiaan, hidup ini bukan untuk mencari sesuatu yang sempurna, tapi untuk disyukuri dan dirasai dari dalam hati.

Akhirnya dia berhenti 'memanjat gunung', membanding-bandingkan apa yang ia punyai dan berhenti mencari yang lebih baik. Dan mula menghayati kehidupannya dan segala apa yang dimilikinya. Biarpun suaminya tidak sempurna, biarpun anaknya tidak sehebat yang disangka dan biarpun hartanya tidak sebanyak mana. Namun ia mula menerima hakikat, tiada apa sempurna dalam hidup ini.


Berhentilah membanding-bandingkan untuk bahagia.




0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com