hover animation preload

Siapa diri saya ya?
by Hazim Azhar in ,

Agak lama saya tidak menulis. Jari jemari ini terasa sedikit kaku dan kekok. Memang benar, sentiasa konsisten dalam sesuatu tidaklah semudah yang disangka. Setelah berbulan-bulan berhenti menulis, saya hidangkan kepada anda semua satu entry ringkas "Mengenali diri sendiri"

**********

Dalam pergaulan seharian, antara sedar atau tidak memperkenalkan diri adalah permulaan kepada segalanya. Dua orang yang bersahabat baik, menjadi rapat kerana perkenalan. Dua orang kekasih (suami isteri ya) menjadi intim kerana perkenalan. Sekumpulan kawan menjadi 'kamcheng' kerana perkenalan. Mengenali sesuatu menjadi faktor kasih sayang, cinta dan bahagia. Tepat benar pepatah orang lama-lama, "Tak kenal, maka tak cinta".


Mengenali kekuatan diri sendiri

Begitu jugalah kita dengan diri kita sendiri, mengenali diri sendiri membuatkan cinta, kasih dan sayang kepadanya. Memahami tuntutan dan keinginannya, memberikan apa yang terbaik kepadanya dan menjauhkan keburukan darinya. Menggunakan kekuatan yang ada padanya, dan memperbaikai kelemahannya.

Mengenali bakat terpendam adalah tanda kita mengenali diri. Bakat adalah sesuatu yang dipupuk berdasarkan minat kita. Ia bukan semua jadi terpancar dari dalam diri, tapi ia perlu digilap dan diasah untuk menjadi berkilat. Sehingga pancaran kilauannya memberikan cahaya kepada keyakinan diri, dan menjadikan diri kita manusia produktif.


Mengenali diri dengan sentiasa berfikiran baik, berani mencuba dan tidak pernah putus asa. Sifat putus asa membawa kita kepada jurang kehancuran. Apa saja yang dibuatnya, tidak menjadi. Akhirnya kecewa dengan diri sendiri dan menyalahkan takdir Allah, dalam masa yang sama lupa bahawa ia adalah kesalahan diri sendiri.

Orang yang mengenali diri sendiri tidak pernah berasa hilang keyakinan, tidak pernah menghina diri sendiri di hapadan manusia. Mereka berasa dirinya bernilai, daripada terjebak dengan kekotoran dunia dan maksiat. Andai ia didasari dengan keimanan mendalam kepada tuhan, lantas jadilah ia manusia terbaik yang mengajak jiwa-jiwa insan mengenali penciptanya.

Masihkan anda ingat bagaimana anda berkenalan dengan sahabat baik anda?

Begitu jugalah anda perlu 'berkenalan' dengan diri anda sendiri. Cuba memahami, bertolak ansur, memberikan peluang dan galakan. Menasihatkannya andai terlupa, membetulkanya adai tersalah. Kenalilah ia dengan menggarap pengalaman sebanyak mungkin dan menggilap bakat seboleh mungkin. Kenalilah diri anda, anda akan dapati tugasan kita adalah khalifah di muka bumi Allah. Engkau dan aku, kita ada tugasan yang lebih agung daripada terikat dengan kenikmatan dunia.

"Adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"

0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com