hover animation preload

Rilekslah..
by Hazim Azhar in ,

"Life is about managing our anxiety"

Saya membaca sepotong ayat ringkas ini dengan sangat lama, mendalam meneliti isi yang sangat besar dan kuat. Buku "Learning from the heart" karangan Danial Gottlieb itu saya renung lama, menembusi bait-bait kata yang terlakar di atas helaian kertas itu. Dan akhirnya saya tersenyum tanpa saya sedari. Ya, inilah dia kehidupan. Kata-kata itu sangat memahami kehidupanku dan sangat praktikal.

"Anxiety" secara mudahnya kita fahami dengan perkataan "kerisauan". Cuba anda perhatikan, kenapa kita malu untuk berdiri di atas pentas dan bercakap lantang mengatakan pandangan kita? Mengapa kita tidak senang duduk jika kita ditimpa masalah yang menyebabkan kerugian yang besar? Mengapa ibu bapa risau jika anaknya tidak fokus kepada pelajaran?

Semua masalah yang menimpa kita, ada satu perasaan yang sama ; RISAU. Dan kerisauan ini adalah putik kepada sikap dan pemikiran negatif. Kita risaukan masa depan kita jika tidak berjaya dalam SPM, ataupun jika kita gagal peperiksaan final. Lalu kita mulalah menyesali hari-hari yang lepas, mengurung diri dalam bilik. Muka masam saja. Banyak lagi simptom orang yang menghadapi masalah; tapi semuanya mempunyai satu persamaan; berasa risau.

Dalam perhubungan sesama manusia yang saling kasih-mengasihi, 'anxiety' menjadi punca utama kepada konflik. Contohnya apabila ibu bapa terlalu risaukan anaknya dalam semua aspek khusunya pelajaran, maka si ibu mulalah memaksa anaknya belajar setiap masa, dan mengongkongnya sehingga seolah-olah hidup anaknya adalah hidupnya. Dan anak itu tidak berhak terhadap dirinya sendiri.

Saya tidak maksudkan ibu bapa tidak perlu membimbing anaknya. Tapi biarlah bimbingan itu berbentuk dorongan dan cadangan dengan penuh kasih sayang. Bukan paksaan yang mematikan jiwa besar dan semangat inkuiri anak-anak. Maka setelah itu, anak-anak berasa terkongkong dan sempit. Dia tidak boleh berbuat apa, bahkan sehingga setelah tamat SPM, pilihannya untuk kerjayanya juga... masih ibu bapanya menetapkannya.

Risau itu tanda cinta, tanda kasih sayang. Namun ia perlu diuruskan dengan baik, bukan dengan memaksa orang yang kita sayangi itu menjadi seperti apa yang kita inginkan. Kerana sikap memaksa akan menyebabkan kita berasa lemas dan sempit serta tidak selesa. Ini sering terjadi kepada pasangan suami isteri yang terlalu mengharap kesempurnaan pasangannya. Jika ada secebis kekurangan, ia akan cuba memadamkannya.

Kerisauan ibarat satu suara dalam hati. Suara yang sentiasa bercakap dan meminta, ia takkan berhenti. Dan kita perlu mendengar suara itu dengan ketenangan, optimis dan terbuka. Bukan mematuhi setiap suara itu tanpa rasional.

Andai kita berada dalam masalah yang terlalu besar sekalipun, bertenanglah. Kerana hakikatnya, setiap perkara dalam hidup kita ibarat bas. Biarpun cuaca terik atau hujan lebat, tak kita panas atau sejuk, bas itu akan datang bila masanya tiba. Sama ada kita cemas, takut dan marah, bas itu akan datang jua bila tiba masanya. Jadi, mengapa tidak kita duduk bertenang di perhentian bas itu? Pasti hidup terasa lebih bahagia dan bermakna.

Hari ini saya termenung jauh memuhasabah kembali refleksi kehidupan ini. Ya, memang betul.. "life is about managing our anxiety".


2 comments:

creamyfiodesi said...

eh. ni update kt airport ke? :D

Hazim Azhar said...

ye.. ni update kat airport. Tulis beberapa minit, terus publish. :)

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com