Khabar
Bisikan khabar demi khabar tiba di telinga
Sahabat seperjuangan yang akan berpunya
Bakal melayari bahtera cinta indah tiada tara
Kulakarkan di hati lukisan gembira
Hari demi hari ia berlalu jua
Masih terkenang pahit manis kita bersama
Memori lalu terlakar indah mencatat cerita kita
Kisah suka duka tiada tandingannya
Aku ini yang masih bertemankan diriku sendiri
Adakalanya terasa sesuatu yang sukar kutafsir
Entah, aku tidak mengerti apa maknanya perasaan ini
Gembira dalam cemburu barangkali
Melalui hari-hari bersama perasaanku sendiri
Mengharap bahagia di sebalik kisah hidupku yang tak sempurna
Mungkin masa berlalu lebih mematangkan jiwa
Mungkin belum tiba waktunya untuk si dia bersama
Naluri kemanusiaan ini tercabar apabila mendengar khabar ini
Seorang demi seorang dipermudahkan
Adakalanya aku mengesat manik-manik jernih di pipi
mengalir perlahan bersama kesabaran yang berpanjangan
Jari jemari ini hebat bermain kata andai tiba saatnya
menafsirkan bisikan hati yang selalu bermonolog sendiri
Entahkan seni entahkan perasan sendiri
Sengaja kubiarkan tanpa jawapan yang pasti
Khabar itu menggembirakan hati
Khabar itu mencabar diri ini
Khabar itu suratan ilahi
Tahniah sahabatku yang bakal ditemani
Khabar itu kudengar sekali lagi
aduh, terasa benar di hati
Hazim Azhar
Malek El-Saleh
1 Ogos 2011

5 comments:
mohon share sajak ini... :-)
sile2...
Sebab Hazim yang tulis, ia kelihatan dan kedengaran comel. Kalau ana tulis sajak sebegini, entah apalah yang akan orang kata. :D
haha.. takde kene mengene kot.
Kalau nta tulis maybe la jadi macho~
:P
salam
best sajak kamu
bagus
Post a Comment
Post a Comment