29 Jan 2011 : Mubarak melantik Omar Sulaiman sebagai Naib Presiden setelah 30 tahun memerintah tanpa Naib Presiden. Banduan-banduan telah dilepaskan oleh polis sebagai membalas dendam kepada rakyat, akibatnya penjenayah-penjenayah tersebut mencuri, memecah masuk rumah, menyamun, mencedera, dan membunuh.
Rakyat Mesir membuat sekatan jalan dan berkawal di sekitar kawasan perumahan bagi menjaga keselamatan penduduk setempat.
30 Jan 2011 : Buat pertama kalinya Ikhwan Muslimin meminta Mubarak untuk meletak jawatan dan kerajaan baru perlu ditubuhkan.
31 Jan 2011 : Husni Mubarak menolak permintaan Ikhwan Muslimin dan berkeras untuk terus berkuasa. Mubarak mengumumkan kabinet baru. Pihak askar berkata mereka memahami kehendak dan hak rakyat dan tidak akan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Mesir. Hubungan rakyat dan askar menjadi erat.
1 Feb 2011 : Demonstrasi besar-besaran dijalankan setelah setiap ketua demonstrasi mengajak ribuan rakyat keluar menyertai mereka. Lebih daripada 100 000 orang telah berkumpul di Medan Tahrir. Mubarak mengumumkan dia akan meletakkan jawatan pada pilihanraya yang akan diadakan pada bulan September. Rakyat Mesir sangat marah atas kenyataan Mubarak, kerana tahu bahawa itu hanyalah satu penipuan. Setiap ketua demonstrasi meminta Mubarak untuk meletakkan jawatan pada bulan Februari juga.
2 Feb 2011 : Berlaku pertembungan antara pro-Mubarak dan anti-Mubarak. Pro-Mubarak menggunakan kuda, unta, bom Molotov serta kelengkapan persenjataan dan kebanyakan mereka terdiri daripada polis dan samseng-samseng yang diupah. Buktinya kerana rakyat merasa pelik pihak polis tidak kelihatan selepas pihak tentera mengambil alih hal keselamatan dan kad polis telah dirampas oleh pendemo-pendemo dari pihak pro-Mubarak. Ramai yang cedera dan meninggal dunia.
3 Feb 2011 : Mubarak mengumumkan dia ingin berundur meletakkan jawatan tetapi bimbang akan berlaku kucar-kacir sekiranya dia berbuat demikian. Kenyataan rasmi itu lebih menimbulkan kemarahan rakyat kerana mengtahui itu hanyalah hipokrit.
9 Feb 2011 : Pergolakan yang teruk berlaku sekitar Mesir. menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit memberi amaran bahawa, pihak askar mungkin bertindak keras untuk memelihara keamanan negara.
10 Feb 2011 : Mubarak mengumumkan dia telah menurunkan kuasanya sebagai presiden kepada Omar Suleiman, tetapi dia kekal menjadi Presiden Mesir. Peletakan jawatan sebagai presiden yang dijangka, tidak berlaku pada hari ini. Bahkan Mubarak berkata, dia tidak akan membuat pilihan raya pada bulan September ini seperti yang telah dirancang. Rakyat menjadi sangat marah dan bertindak lebih agresif.
11 Feb 2011 : Rakyat Mesir beramai-ramai berkumpul mengelilingi istana Mubarak dan pusat penyiaran televisyen. Bilangan pendemo menjadi bertambah dan sangat ramai, keadaan menjadi amat tegang. Pihak askar terpaksa berkata pilihanraya pasti diadakan tidak lama lagi dengan adil untuk mententeramkan rakyat yang kemarahan. Pada sekitar 6.00 pm waktu tempatan, Mubarak mengumumkan peletakkan jawatan dan meninggalkan Mesir setelah 30 tahun berkuasa. Rakyat Mesir sangat gembira seolah-olah menyambut perayaan besar-besaran.
1) Lebih 1000 orang telah meninggal dunia, beribu-ribu cedera serta dipenjara sepanjang demonstrasi. Sehingga ada yang menggelar Medan Tahrir sebagai Medan Syuhada’ (tempat orang yang mati syahid).
2) Amerika Syarikat (USA) memberi bantuan 50 Bilion dolar USD kepada pihak polis sepanjang 30 tahun pemerintahan Husni Mubarak.
3) Demonstrasi diadakan di sekitar Mesir, lebih tertumpu di bandar-bandar. Yang terbesar adalah di Medan Tahrir, Kaherah. Juga di Iskandarian dan Suez. Disertai oleh penganut agama yang beragama Islam, Kristian, dan atheist.
4) Dunia menyatakan sokongan terhadap rakyat Mesir dengan mengadakan demonstrasi aman hampir setiap negara di hadapan kedutaan-kedutaan Mesir.
5) Purata pendapatan rakyat Mesir dalam sehari hanya RM 6, bermakna hanya RM 180 sebulan.
6) Organisasi yang paling kuat dan berpengaruh di Mesir adalah Ikhwan Muslimin. Sentiasa mendapat tekanan dan tentangan daripada pihak kerajaan, namun begitu, Ikhwan Muslimin berakar umbi dalam masyarakat dan mereka terus menyokongnya. Moto mereka adalah “Islam adalalah jalan penyelesaian”.
1 comments:
subhanallah..betapa kbangkitan Muslim dan rakyat itu mempunyai kuasa yang besar untuk merubah "malapetaka" yang berlaku selama 30 tahun! Islam tetap yang tertinggi, walau apa pun usaha yang dilakukan untuk menjatuhkannya!
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya." Ali Imran: 55
Post a Comment
Post a Comment