hover animation preload

Revolusi Mesir (Part 1 : Pengenalan)
by Hazim Azhar in ,

R E V O L U S I M E S I R
-Kisah Kebangkitan Rakyat Berpasakkan Kekuatan Jiwa-


Penderitaan. Korupsi. Kekejaman dan ketidak adilan adalah penyebab utama kepada kebangkitan rakyat di mesir. Puluhan tahun hidup dalam penderitaan sejak zaman pemerintahan Jamal Abdul Naser, Anwar Sadat dan seterusnya Hosni Mubarak. Yang kaya terus bermaharaja lela, yang miskin terus papa kedana serta kekejaman polis terhadap rakyat sangat memilukan hati. Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka tidak berani bangkit menentang kezaliman, kerana mereka pasti menerima padahnya. Rakyat Mesir hidup dalam ketakutan kepada pemerintah kejam. Lalu Tunisia mengilhamkan sesuatu yang dinamakan “Keberanian” lantas meniupkan roh semangat untuk bangkit melawan pemerintah tirani. Lalu bemulalah era kebangkitan Mesir dan menempa sejarah dengan pengorbanan dan darah.





Antara Faktor kebangkitan Mesir:

1) Kejayaan Tunisia menggulingkan kerajaan presiden Zainal Abidin Ben Ali. Banyak kesamaan antara Mesir dan Tunisia iaitu Negara Arab, pemerintah kejam dan rakyat menderita tidak mendapat hak yang sepatutnya. Lalu rakyat Mesir merasakan kebangkitan Tunisia sangat dekat dengan mereka. Tunisia mengilhamkan keberanian untuk bangkit bersuara.

2) Kekejaman Polis. Kes yang paling memberi kesan ialah kematian seorang pemuda Mesir; Khaled Said, 28 tahun yang mati dibelasah 2 orang polis tanpa kesalahan dari sudut undang-undang di Iskandariah. Kes lain ialah polis mencampak seorang petani dari tingkat empat bangunan dan membawa kematian . Dalam penjara, polis membuat sesuka hati mendera, menampar, menyepak, menyiksa sehingga ramai yang menemui ajal di penjara. Polis menangkap sesiapa sahaja dan boleh memenjarakan mereka tanpa dibicara di mahkamah.


3) Hak rakyat dinafikan. Taraf kemiskinan sangat tinggi serta peluang pekerjaan sangat sedikit. Rakyat tidak mendapat hak yang sepatutnya, ramai graduan universiti menganggur. Peminta sedekat terlalu ramai, juga ramai yang tidak mempunyai rumah, hidup merempat di mana-mana. Gaji pekerja-pekerja sangat rendah, purata gaji rakyat mesir hanya RM 6 sehari. Ada juga doktor, peguam, akauntan yang bekerja malam sebagai pemandu teksi untuk menambah pendapatan hidupnya.

4) Korupsi yang terlalu teruk. Penipuan dan kekerasan untuk terus berkuasa. Dalam setiap pilihan raya, calon-calon parti lain khususnya Ikhwan Muslimin, ditangkap dan dipenjara. Samseng-samseng diupah untuk menghalau dan memukul pengundi parti lain selain Hizbul Watani (Parti kerajaan Husni Mubarak) agar mereka tidak dapat mengundi. Sehingga majoriti rakyat Mesir tidak mahu mengundi ketika pilihanraya kerana sudah tahu keputusannya. Kerajaan juga menguasai polis malah mahkamah, seolah-olah mereka berhak menentukan apa saja keputusan.

Kesimpulannya, isu Mesir adalah isu hak dan keadilan, isu kemanusiaan dan penghormatan terhadap kehidupan. Ia adalah isu umat islam, saudara kita.

“Barang siapa yang tidak peduli dengan urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dikalangan mereka”
–Muttafaqun A’laihi-

4 comments:

creamyfiodesi said...

oh xsangka doktor, peguam wat kerje part time jd driver mlm2.
yg golongn profsionl pon mcm tu, apatah lg yg krg brpndidikn.
:(

Hazim Azhar said...

ye.. memang mesir sgt susah. Kerajaan sengaja menyiksa rakyat supaye rakyat hanya fikir mencari duit utk hidup, dan melupakan perjuangan islam. Dan supaya rakyat terus tak menerima pendidikan tinggi, fikiran tak berkembang.

Unknown said...

satu sistem perundangan yang sangat rapuh dan menjengkelkan...Saya pernah berkunjung ke kaherah menitipkan anak saya belajar di sana.. impressi pertama yang tentang cara mereka berkerja dan melayan foreigner sangat jauh berbeza dengan kita orang Malaysia. Demi memenuhi cita2nya, saya tinggalkan anak perempuan saya yang belum tau banyak tentang kehidupan, di tengah2 kesibukan kota Cairo dengan hati yang sangat berat, agar dia dapat belajar banyak tentang kepelbagaian dan variasi tabiat dan perangai manusia..

Hazim Azhar said...

Sebenarnya keadaan sy sama seperti anak pakcik ketika awal-awal sy berada di mesir. Begitu susah dan memeritkan, memandangkan sy adalah satu-satunya lelaki asia dalam kumpulan arab. Sy tiada kawan, semua rakan-rakan arab berbahasa arab. Kuliah sy tidak faham.. Namun selepas beberapa tahun melalui kehidupan sebegitu. Barulah sy faham, bahawa keperitan sekarang adalah kesenangan masa akan datang. Inshaallah, sy yakin anak pakcik akan lebih belajar tentang kehidupan dengan pengalaman2 sebegitu. :)

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com