hover animation preload

Natrah. Luka Buat Umat.
by Hazim Azhar in

Tulisan ini adalah artikel dalam majalah Al-Islam pada September 2009.




Apabila bertemu dengannya bagi membincangkan kisah Natrah, terbit di wajahnya satu perasaan yg tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasa sedih dan dendam jelas tersimpan jauh di lubuk hatinya. "Saya tidak pernah berdiam diri dalam hal yang menyentuh agama islam dan akidah umatnya." Katanya spontan. Dia memberitahu, dia seringkali tersentuh mengenangkan cerita yg mengenangkan Natrah dalam keadaan menangis berlari-lari di dalam mahkamah minta agar dia diselamatkan apabila hakim Justice Brown memutuskan pengislamannya tidak sah.

Peguam dan ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meluahkan "dulu saya bukanlah seorang muslim yg baik, sembahyang pun kdang buat kadang tidak selepas balik umrah pun lebih kurang sahaja tapi segalanya berubah apabila timbul isu murtad yang pada itu saya mulai rasa takut kerana murtad adalah sebesar-besar dosa . "Menyedari kes murtad yang berlaku dia mula mengambil berat dalam hal-hal agama islam. "Saya mula perbaiki keimanan saya dan berusaha untuk menjadi pembela akidah umat islam, sebab itulah saya masuk campur dalam kes Nor Aishah Bukhari pada tahun 1988 dan kes Lina Joy pada tahun 1999."

Apabila dia mula terlibat dengan kes-kes mutad, Zulkifli mula mengenali Natrah. "Saya melihat kes Natrah ada sedikit kesamaan dengan kes Nor Aishah Bukhari iaitu kedua-duanya dimanipulasi oleh orang kafir. Natrah dimurtadkan melalui undang-undang dan aishah juga berjaya dimurtadkan melalui undang-undang yg dipergunakan oleh orang tertentu. "Tambahnya lagi, sebagaimana Natrah dirampas dari pangkuan ibu angkatnya Aminah, begitu juga dengan Aishah yg dilarikan pada 1 Ramadhan. "Saya yakin, ayahnya bukhari tidak akan melupakan tarikh itu seperti mana saya yg tetap ingat dengan tarikh tersebut. tambahan pula, beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan ramadhan".


Bercerita lanjut, dia berasa begitu tertarik dengan kisah yg menimpa seorang anak gadis bernama Natrah dan kagum dengan kekentalan dan keberanian umat islam pada ketika itu. "Saya benar-benar terkejut dan kagum apabila saya mengatahui mereka datang dari merata tempat, ada yang datang dengan menumpang kereta api dari Pulau Pinang, begitu juga yang datang dari kelantan dan Perlis. Malah ada yang sanggup datang dengan berkayuh basikal, semuanya dengan satu tujuan iaitu mahu menyelamatkan Natrah yang telah dimurtadkan secara paksa oleh undang-undang sivil."

Menyedari keadaan itu Zulkifli berasa kesal dengan keadaan umat islam hari ini yang bersifat lemah dan penakut. "Inilah bezanya antara kes-kes yan berlaku pada masa kini. Dalam kes Natrah, kemutadannya mendapat tentangan yg cukup hebat oleh umat islam pada masa itu dan andai pertempuran penentu kemenangan saya yakin Islam akan memang atas semangat, kesatuan, dan keberanian yang mereka miliki tidak seperti masyarakat islam pada hari ini".

Ceritanya lagi, daripada sumber-sumber yang dia peroleh, dalam rusuhan yang berlaku, sejumlah 177 orang cedera, sebahagiannya parah, 18 orang meninggal dunia, beratus umat islam dipenjarakan dan 200 buah kereta dibakar. Kemuncak kemarahan ini tercetus bila mana akhbar Straits Times menyiarkan akhbar Natrah sedang melutut kepada patung Virgin Mary. "paling menyedihkan sekali apabila saya melihat gambar antara mereka yang terkorban dalam tragedi Natrah, salah seorang mereka mati dalam keadaan tangannya sedang memegang Al-Quran. Perjuangan penentangan ini adalah bukti kekuatan tauhid umat islam pada ketika itu. Mereka rela mati di mahkamah. Justeru, beliau mengambil langkah berusaha sebaik mungkin bersama rakan-rakannya untuk menggubal akta yang berasaskan undang-undang islam. Kataya lagi, beliau juga mencadangkan agar agama rasmi islam yang menjadi agama rasmi Malaysia dijadikan sebagai sumber utama perlembagaan.

Menurut Zulkifli, "Apa yang saya perhatikan tragedi Natrah seolah-olah menjadi titik mula kepada kes-kes murtad yang seterusnya. Dan saya percaya, musuh kita telah tahu kelemahan kita dan sebab itu mereka berani menentang kita dengan undang-undang. Satu cara terbaik dan pengajaran bagi peristiwa yang lalu adalah al-quran dijadikan perlembagaan". Dia turut menyeru umat islam hari ini supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan mengajak umat islam agar mencontohi perpaduan dan keberanian umat islampada masa itu. Katanya, "sikap tidak ambil kisah dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku serta kelemahan masyarakat islam hari ini adalah punca kepada peningkatan kes-kes murtad di negara ini. Masyarakat islam hari ni juga malas dan takut untuk membela agamanya sendiri".

Justeru, dia mengajak umat islam hari ini agar bangkit menentang sebarang bentuk pencerobohan terhadap agama dan jangan biarkan islam dipermainkan. katanya lagi, orang-orang melayu hari ini perlu bersatu padu berteraskan islam bukannya politik, ekonomi, atau lain-lain. kemelut politik yang berlaku hari ini telah menyebabkan umat islam berpecah-belah dan berpuak-puak. Hal ini membuatkan orang-orang kafir gembira dengan apa yang berlaku. Lantas mereka tidak lagi gentar dengan masyarakat melayu dan islam bahkan mereka semakin berani memperain-mainkan dan meperkotak-katikkan islam dan masyarakat islam. Disebabkan perhubungan dan kesepaduan kita kian rapuh, mereka juga semakin berani menentang kita. Demikianlah luahan hatinya yang mahukan umat islam hari ini bersatu padu di bawah panji islam.



Hari ini kebanyakan umat islam bercita-cita untuk memiliki pangkat dan darjat yang tinggi, harta yang banyak, isteri yang cantik, dan anak-anak yang ramai tetapi tidak ramai umat islam hari ini bercita-cita untuk syahid dalam menegakkan agama, bangsa dan negara.

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu keseluruhannya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufuran dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yg baik) kerana sesungguhnya Allah maha melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawa Allah pelindung kamu; Dialah sebaik-baik penolong.
-Alanfal, 39-40-



*Saya akan menulis tentang tragedi Natrah serta pengajaran-pengajaran tarbawi yg boleh diambil pada masa akan datang, insyaallah.

4 comments:

Mukmin bin Mohd Khairi said...

syukran zim

Hazim Azhar said...

afwan..

Helmi ISMA Seremban said...

ISMA Seremban pernah buat program berkenaan natrah ni tahun lepas dan jemput Datin Fatini Yaacob, Penulis Buku Natrah. Ana ada rakaman videonya.

Akhi dah sampai seremban?

Hazim Azhar said...

o ye ke.. bagusla.. ye ana dah sampai seremban. :)

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com