hover animation preload

Matang dalam pergaulan
by Hazim Azhar in , ,

Ramai yang bercakap; "Aku sudah matang dan aku tahu kawal diri aku, tak perlu kau risau tentang aku." Dan umur yang semakin meningkat, menzahirkan tanda-tanda kematangan. Riak wajah, bentuk tubuh badan dan perlakuan, ia semakin berbeza jika dibandingkan ketika kita masih bergelar seorang pelajar sekolah.

Anda ada gambar ketika tingkatan 1? Cuba lihat kembali, sama ada anda akan tersenyum, tergelak atau anda akan menjerit, "Ini bukan aku!!" Jadi inilah hakikatnya kita, ketika di tingkatan sau dulu kita meresakan kita suduh cukup matang untuk berdikari, balik naik bas untuk pulang daripada asrama. Tapi selepas kita meningkat usia, kita rasakan betapa kebudak-budakannya kita ketika tingkatan satu.

Perempuan lebih cepat nampak matang daripada lelaki dari sudut biologi. Juga mereka kelihatan matang dari sudut perlakuan; pada pandangan saya. Lelaki juga akan mengalami proses yang sama, cuma lewat sedikit. Tapi apa-apapun, kita semua akan nampak matang bila sampai masanya. Iaitu matang dari sudut fizikal. Tulisan ini bersifat 'general', iaitu mungkin ada orang berbeza dari apa yang saya bakal tulis ini.

Kematangan adakalanya tidak dapat dicapai oleh semua orang. Ada orang, umurnya sudah 25 tahun (sebagai contoh), namun tak pernah berfikir untuk berkahwin dan tidak pernah berfikir tentang kerjaya. Siang malamnya hanya main video game, tengok movie, dan shopping sakan menghabiskan wang. Tidak pernah berfikir untuk berjimat cermat untuk masa depan. Beginilah orang yang tidak matang dalam motivasi diri.

Ada juga manusia yang tidak matang dalam pergaulan. Mereka seakan-akan sudah menjadi 'bapa orang' dari luaran, namun dalam dirinya lain pula. Dalam pergaulan, mereka selalunya hyperaktif, suka menjerit-jerit dari belakang. Tapi tidak berani tampil kedepan untuk bercakap sebagai seorang dewasa. Juga mereka sentiasa bersifat geng-oriented, iaitu apa yang 'geng'nya buat, ia akan buat. Ke mana saja mereka pergi, ia akan ikut. Tanpa mengerti tangjungjawab lain.

Dalam pergaulan sesama rakan lain, mereka jarang menjaga hati dan perasaan orang lain. Apa saja mereka rasa nak cakap, ia akan cakap. Tak kisah sama ada dengan kaedah perli, mengata belakang, menghina dan tunjuk hebat. Dan apabila silap, tidak mengakui kesilapannya. Seolah-olah tiada rasional dalam fikiran, ia hanya membuta tuli melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu.

Orang yang matang pula sentiasa berfikir perasaan orang lain, bercakap dengan adab dan akhlak, sopan dalam pergaulan dan kata-kata. Berani kerana benar dan menghindari perbuatan sia-sia, membazir dan sebagainya. Mereka ini sentiasa berfikir tentang kehidupan yang akan datang, pasangannya dan kerjayanya. Mereka sentiasa merancang sesuatu untuk menggilap potensi diri, cuba berdikari dengan kemampuannya, tidak bergantung kepada orang lain khususnya ibu bapa. Dalam aktiviti berjemaah, ia tidak mudah-mudah mengata dan mempersenda jemaah lain. Kerana ia tahu, itu bukan sifat orang dewasa, tetapi sikap budak-budak sekolah.

Ringkasnya, kematangan itu adalah sifat-sifat 'kedewasaan' yang rasional, yang menjadikan kita boleh hidup dengan bahagia dalam kelompok masyarakat sekeliling. Dan di sinilah terbitnya sifat hormat-menghormati, menerima kelemahan orang lain, dan belajar memaafkan kesalahan. Ia tahu peranannya, kerjanya, batas-batasnya dan ia pandai membawa dirinya sendiri malah orang lain. Boleh membimbing manusia ke arah kebaikan. Namun sifat ini bukan hanya terbit dengan sendirinya setelah rambut memutih, tetapi ia harus dipupuk.. kerana hakikatnya kematangan adalah sebahagian daripada motivasi diri.

Mari.. menjadi matang!



6 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

markah pendahuluan, isi dan huraian saya bagi penuh sebab 'tarbaik!'

tapi, markah perenggan penutup saya kurangkan paling banyak . Sebab tak menutup untuk isu 'general'.

Hazim Azhar said...

syukran thaaqhib. :)
ana check balik penutup n edit kalau perlu.

aiyqosim said...

nta memang 'phewweeet' la hazim. heheh matang x?

syukran. menginsafkan. :)

Hazim Azhar said...

haha,, matang bukan bermaksud 24 jam serius, macho tak tentu pasal. Adakalanya sifat keanak-anakan tu sangat perlu khususnya ketika sahabat2 terdekat. Kan lebih mesra rasanya.. :)

Camtu jugakla dengan suami isteri.. sifat keanak-anakan tu sangat sweeet~

ops~ :D

tenkiu baem!

Anonymous said...

^_^ post terbaik akhi...

Anonymous said...

^_^ terbaik nye post akhi... semoga dipermudahkan urusan...

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com