hover animation preload

Kita Hamba Allah.
by Hazim Azhar in , , ,

Lama juga rasanya saya tidak menaip, dan sy mengambil kesempatan ini utk memohon kemaafan kepada 'follower-follwer' blog ini.

Baiklah, terus kepada apa yang saya ingin sampaikan.


Apabila seseorang insan menjadi Hamba Allah, bermakna ia telah menjadi seorang mujahid di jalan dakwah. Hidup dan matinya hanya kerana Allah, tidak ada apapun yang membelenggu dirinya lagi, biarpun harta, pangkat dan kenikmatan dunia. Jiwanya ibarat helang terbang tinggi gah di angkasa, ia melihat perkara-perkara sampingan itu kecil, kerana ini ada fokus dan matlamat yang pasti. Allah telah berfirman;

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (At-taubah, 111)

Merujuk kepada ayat quran di atas, perkataan "Isytara" digunakan, dan dalam bahasa arab, ia adalah fe'el madhi (past tense). TELAH membeli, maksudnya ia telah berlaku. Sesungguhnya Allah TELAH membeli jiwa orang-orang mukmin dengan memberikan syurga. Kemudian kita lihat, Allah telah "membeli" dengan apa? Dengan jiwa(nyawa) dan harta orang-orang mukmin.


Maksudnya di sini, ialah, seluruh kehidupan dan harta orang mukmin itu milik Allah. Bukan milik ibu bapa, bukan milik majikan, bukan milik pelajaran dan cita-cita. Milik Allah secara mutlak, kerana telah dibeli oleh tuhan yang maha kuasa. Sepotong kecil ayat ini seandainya diperhatikan ia amat menggegarkan jiwa, meruntun nurani kita untuk berfikir dan muhasabah.

Apakah kita selama ini hamba pelajaran?

Apakah harta kita selama ini hamba teknologi?

Sehingga kita berat untuk menyertai jemaah-jemaah dakwah hanya kerana "tiada masa untuk study", ataupun berasa berat untuk menyumbang untuk islam, kerana berjimat cermat untuk membeli hanset baru. Dan perasaan 'berat' ini sangat membelenggu jiwa, sehingga kita tidak tahu bahawa kita sedang terikat padanya. Dan tidak merasa apa-apa langsung, seolah kita bebas daripada penghambaan selain Allah.

Inilah kefahaman yang telah saya pelajari melalui secebis pengalaman dalam jalan dakwah. Dakwah ini perlu dirasai dan dialami, bukan haya berteori tanpa amali. Dan teori ini saya lakarkan di pentas tulisan ini agar diambil pengajaran dan dihayati bersama, khususnya bagi diriku yang penuh dengan kelemahan ini.

Maka oleh kerana kita masih menjadi hamba selain Allah, kita lihat pelbagai ragam isu yang bermain di sekitar kita. Dalam politik yang semakin haru-biru ini dapat kita lihat, rakyat jelata semakin keliru, yang mana baik dan yang mana buruk. Parti yang sedia memerintah tidak menjalankan amanah dengan telus, manakala parti alternatif lihatnya tidak dapat menjadi yang terbaik. Ada yang menjadi hamba politik, sanggup menggadaikan bangsa sendiri hanya untuk meraih undi dan kuasa. Ada yang hidup dalam korupsi kerana menjadi hamba wang. Ada yang berjuang dalam kemarahan kerana menjadi hamba kebencian.

Dan fenomena ini nampaknya semakin meruncing kini, dengan isu "Ketuanan Melayu", isu yang tidak sepatutnya dipolitikkan. Pemimpin-pemimpin bertengkar, benci-membenci. Dan orang bawahan pula hentam-menghentam sesama sendiri. Aduhai umatku... Sedihnya di hati melihat keadaan ini.

Firman Allah ini;

"Katakanlah solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku milik Allah, tuhan seluruh alam" (Al-an'am, 162)

Ada quran di sebelah anda? buka muka surat 150, lihat pada ayat 162.. kalimah "Lillah" digunakan, maksudnya bukan 'kerana allah' tapi yang lebih tepatnya, 'milik Allah'. Andai seluruh hidup ini milik Allah, apakah kita sudi menghina saudara seislam kita, memuaskan hati semata-mata. Biar menghiris hati dia, asalkan hati kita puas. Begitukah sikap hamba milik Allah?

Kita hamba Allah. Bebaskan dirimu dari menjadi hamba 'politik kepartian' yang sempit. Bebaskan dirimu dari menjadi hamba pelajaran. Bebaskan dirimu dari menjadi hamba dunia.

Kita hamba Allah yang sepatutnya saling menghormati dan sayang-menyayangi. Kita hamba Allah yang sentiasa beramal untuk agama islam ini. Mari bersama, kita jadi hamba Allah..



3 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

betul!

Farid Nazmi said...
This comment has been removed by the author.
Farid Nazmi said...

seconded :)

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com