hover animation preload

Optimis.
by Hazim Azhar in ,

Melakar warna-warni hidup di langit tinggi.
Diri sering duiji tiada henti.
Jatuh bangun silih berganti.
Ibarat berpusing ke sana ke mari.

Tika dugaan menyesakkan dada.
Terkenang khilaf menghasilkan dosa.
Aduh apakan daya, diri tidak berdaya lagi.
"Aku hanyalah insan lemah", Berkata hati

Kita manusia. Penuh dengan kekurangan walau nampak sempurna. Dan atas kekurangan ini seringkali diri terlalai dan terleka, melakukan silap dan salah. Mata kadangkala terlalu liar, mulut terlalu lancang dan tangan terlalu ringan. Akibatnya, hati-hati manusia yang bergelar rakan terhiris dengan perbuatan dan kata-kata. Ataupun dosa semakin meninggi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Aku menulis pada petang ini, buat peringatan untuk diriku dan dirimu. Tentang sikap kita terhadap ilahi, juga diri sendiri. Maka andai kau sudi, bacalah. Moga terselit secebis kebaikan yang membawa kepada amali.

"Dulu aku pernah membuat dosa ini, dan sekarang aku ulang juga.. entah bila akan berhenti, haish..."

Suara hati yang paling dalam terbit setelah diri kecewa, dosa lama masih membelenggu. Ya, taubat nasuha telah diusahakan. Air mata keinsafan telah mengalir suatu masa dulu. Dan diri penuh azam meninggalkan kesilapan yang berpanjangan ini. Namun entahlah, hari ini kita lakukan juga kesilapan yang sama. Ibarat berlari dengan kaki terikat. Sampai satu tahap, tersadung, dan terjatuh. Bukan sekali dua, malah puluhan juga ribuan.

Sehinggalah satu masa, kita berkata. "Inilah diriku, aku tak boleh buat apa dah... " Dan akhirnya kita reda dengan dosa itu. Membiarkan diri melakukannya dengan alasan, telah cuba bertaubat, tapi tetap tidak dapat menghindari.

Jangan... jangan engkau berkata begitu. Jangan pernah berhenti mengharap simpati ilahi. Inilah namanya jihad nafsi, jihad diri yang akan berpanjangan sehingga mati. Jihad terbesar dalam diri seseorang insan ialah jihad melawan nafsu. Dan nafsu yang tidak pernah berhenti mengganggu diri akan tetap bertarung dan melawan iman senipis bawang. Pertarungan ini takkan berhenti, sehingga bila-bila kerana selagi kita bergelar anak adam, selagi itulah nafsu dan iman berperang.

Oleh wahai saudaraku, jangan seskali kau berpihak pada nafsumu. Merelakan diri melakukan dosa dan mengamalkannya. Ya, memang benar kadang-kadang iman lemah dan melakukan dosa. Tapi ketika bayu hidayah datang menyapa, jangan engkkau nafikannya. Ketika hati memanggil-manggil sejadah, jangan beratkan dahi menyentuh lantai. Tatkala hati menyebut "quran" jangan engkau padamnya dengan menyimpan kitab suci itu tertutup rapi dalam meja.

Kita hanyalah manusia. Dan Allah lebih mengerti hakikat ini. Maka itulah sebabnya, hidayah itu sering datang. Tapi ia juga sering pergi atas kelalaian kita. Ia datang ketika diri tenang, hati mengingat tuhan, akal menginsafi diri penuh kekurangan. Dan ketahuilah, itulah tikanya hidayah Allah tiba. Maka optimislah!


Melakar hidup atas pentas dunia
bahagia tidak jua kunjung tiba
Mendongaklah ke langit dan pejamkan mata
langit yang kelam itu pasti nampak cahayanya jua.




6 comments:

[amiza malik] said...

beautifully written
well elaborated
mabruk n jazakallah

Hazim Azhar said...

thanks.
trharu dpt komen drpd otai blogger.

Thaaqhib Mohammed said...

tunggu lama

Hazim Azhar said...

peram dulu. nak tunggu masak.

musafirtibbi said...

Jangan berhenti,Jangan meredhai..

Syukran :)

Noor Asyila said...

nice entry :)

jzkk

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com