hover animation preload

Ramadhan Terakhirku
by Hazim Azhar in ,



Ramadhan terakhirku


Malam itu menyaksikan alunan keinsafan penuh syahdu
Mengenang siri-siri kehidupan penuh debu
Air mata bercucuran membasahi pipi
Tuhanku, telah aku hanyut dalam arus dunia
Telah aku lena dalam selimut nikmat yang membutakan mata
Memekakkan telinga
Sehingga aku lupa dan alpa
Duduk diam terperuk di rumah meninggalkan amanah


Aku pernah, mendengar kata-kata nasihat menusuk kalbu
Tentang hidup satu perjuangan
Tika itu semangat membara di hati untuk menjadi pejuang ilahi
Dan zaman berlalu, segalanya sirna
Hilang ditelan masa, entah ke mana


Aku pernah, menangisi nasib umat yang sedang mati
Hancur lebur, dipijak diinjak, dihina disiksa
Bagai sedang meretak menanti belah
Aku tahu semua ini!
Aku tahu matlamat hidup ini!
Aku tahu tugas untuk agama ini!
Namun… aku terlupa dan sengaja melupakan semua


Andai ini satu kesalahan yang tak mampu dimaafkan
Izinku pergi dalam kehinaan sebagai hambamu yg insaf
Andai.. aku tak mampu berlari, izinkanku berjalan
Andai.. aku tak mampu lagi untuk berjalan, izinkanku merangkak
Andai.. aku tak mampu merangkak, izinkaku ya tuhanku..
Untuk diheret atas jalanmu
Aku masih lagi hambamu ya allah, izinkanku untuk terus mengikuti jalanmu


Aku menulis kata-kata ini dalam linangan air mata
Terbit dari dalam jiwaku yang merana dan terseksa
Agar menjadi harapan buat yang sama
dan menjadi pedoman buat yang sempurna


Dalam kesempitan ini, kulihat cahaya di hujung sana
Oh.. ramadhan tiba lagi
Memberikanku satu sinar cahaya untukku
Harapan ini menyala kembali
Terima kasih ilahi, tidak dapat kuzahirkan betapa syukurnya di hati


Telah kutekadkan di hati untuk membetulkan langkah pertama
Agar lebih teguh dalam perjalanan yang panjang
Dan inilah peluangnya.. inilah peluangnya..
Mungkin, datangnya hanya sekali
Mungkin, aku tidak lagi bernafas selepas ini
Mungkin, ramadhan ini yang terakhir bagiku
Terima kasih ya tuhanku..



9 Ogos 2010
Rumah Sarawak
Hayyu A'syir, Kaherah


2 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

begitu!

Farid Nazmi said...

Nice :), rugi plak x pi aritu

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com