hover animation preload

Hati adalah kita.
by Hazim Azhar in ,


Hati ialah raja.

Hati menentukan segalanya.

Hati adalah kita.


Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati. (hadith riwayat Muslim dan Tabrani)

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian, kita dilanda pelbagai masalah yang datang tidak disangka-sangka. Mungkin, dari orang yang paling kita kasihi dan percaya. Entah bagaimana boleh hadirnya masalah ini, sedangkan kita menyangka bahawa kita gembira sentiasa. Dan masalah itu semakin mengusut dalam kepala, menghasilkan gangguan emosi yang menghilangkan logik akal. Maka, terciptalah sesuatu yang digelar "kebencian".

Puas diperhati, dari mana datangnya masalah ini ya? Seolah-olah ada sumber api yang membakar di sekitarnya, namun ia tersembunyi tidak diketahui. Setelah satu diselesaikan, maka datang pula satu masalah lain. Aduh... susah betul begini. Ke mana mahu lari, sedangkan masalah ini sentiasa bersama diri. Ketenangan hidup hangus dibakar api emosi yang menyala saban hari. Dan akhirnya, hiduplah ia dalam kekusutan yang membelenggu tenguknya sehingga bila-bila.

Inilah hidup kita tanpa hati yang suci.

Sentiasa dilanda masalah yang tak henti-henti. Biarpun teman-teman sentiasa di sekeliling pinggang, dan wang penuh di poket kiri dan kanan. Seandainya kita perhatikan kembali, masalah-masalah yang melanda diri datangnya dari dalam hati. Hati yang kotor penuh dengan perasaan dengki dan membangga diri. Jadi, semua yang berlaku di sekitarnya adalah masalah, sedangkan ia bukan masalah. Melihat orang lain bahagia, mula merasa syak wasangka. Mendengar orang lain mendapat harta, dia mula berfikir entah ke mana.

Ini realiti, bukan sekadar fantasi. Segala masalah yang berlaku dalam hidup ini, adalah kerana kita jauh dari tuhan. Iaitu puncanya, hati kita kotor. Dan apabila kita jauh dari Allah, maka semua perkara tidak menjadi. Tiada ketenangan dalam gerak geri. Ada saja masalahnya.


Oleh itu, apabila sesuatu masalah berlaku, jangan lihat di luar sana, jangan dilihat salah orang di sekeliling. Tetapi lihatlah dalam diri sendiri, dalam hati ini. Adakah di sana masih wujudnya sifat sabar dan reda terhadap ketentuanNya? ataupun ia kosong daripada segala iman dan taqwa. Mungkin, Allah menguji kita untuk kita ingat padaNya, setelah kita lupa dan alpa. Mungkin jua, Masalah itu hadir kerana Allah benci kepada kita, atas maksiat-maksiat yang pernah mata, tangan, kaki dan hati lakukan. Astaghfirullah...

Sungguh, hidup seorang muslim yang beriman itu sentiasa bahagia. Mudah dalam setiap perkara. Andai, dia diberikan nikmat, dia bersyukur. Andai, dia ditimpa masalah, ia bersabar dan reda. Dan apapun yang berlaku, sentiasa ada "tuhan" dalam hatinya. Ibarat tidak ada perkara pun yang boleh membuatnya masam muka. Andai sesuatu yang amat berharga telah luput darinya, berbisik hantinya yang suci, " Tidak mengapa, Allah masih ada."

Inilah dia makna hidup bahagia yang diimpi setiap dari kita. Ketahuilah dengan mengingat Allah itu, hari akan menjadi tenang. Dan ketenangan itulah yang membuatkan kita sentiasa gembira biar apapun melanda. Sifat reda dan sabar itu asalnya dari iman yang teguh. Dan iman yang teguh itu berputik dalam hati yang suci. Oleh itu, segalanya berkaitan dengan hati.

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila mengingati Allah bergetar hatinya, dan apabila didengarkan kepadanya Ayat-Ayatnya semakin bertambah imannya, dan kepada tuhannya saja ia bertawakkal" (Al-anfal, 2)

Mukmin itu jiwa yang tenang. Apabila teringat tuhannya, gementar rasa di hati menginsafi diri penuh hina. Dan ketika dibacakan quran, bercucuran air matanya, teresak-esak tangisnya mengenang Allah. Allah maha esa, maha kuasa. Sedangkan dirinya penuh dengan dosa. Alangkah indah andai ini ialah diri kita. Dan inilah hidup kita yang sebenar. Muslim hakiki yang mengenal erti kehidupan abadi.

Hati menentukan bahagia atau sengasara.

Hati itu ialah kita.



Hati kita rindukan Allah.
Ayuh, mari bersihkan hati.
Agar berputiknya hidayah ilahi.

Salam Ramadhan...


0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com