hover animation preload

Perubahan yang kita inginkan
by Hazim Azhar in ,

Pertamanya, maaf kerana agak lambat update.

Ketika saya berada di zaman persekolahan dahulu, seringkali saya lihat pelajar-pelajar yang baik-baik belaka. Pakaian menutup aurat, tudung labuh bagi yang perempuan dan sentiasa berkopiah bagi yang lelaki. Maklumlah, sekolah agama lah dikatakan. Semuanya akhawat pemalu, menundukkan pandangan dan jika bertembung dengan lelaki, pasti mengelak sejauh mungkin.. Sehingga saya kadang-kadang jadi pelik, seolah-olah saya ni berbahaya.

"Baiknya pelajar-pelajar itu", hati saya sering berbisik.

Jujur saya katakan bahawa saya benar-benar kagum dengan akhlak pelajar-pelajar sekolah itu.

Suatu petang ketika saya sedang membuka halaman friendster saya (yang telah saya delete sekarang), saya terkejut dan terkedu.. menyaksikan satu fenomena yang jauh dari pemikiran akal waras saya. Dengan biji mata ini saya terlihat pelajar-pelajar solehah itu telah hilang tutup kepalanya dan bergambar-gambar dengan lelaki. Hati ini mengucap melihat dia yang saya kenali sebagai rakan sekolah yang amat pemalu, bertudung labuh, pijak semut tak mati- tiba-tiba telah bertukar 180 darjah. Totally changed.

Dada sebak, hampir menitis air mata, bukan kerana bersedih dengan dia tetapi sayu mengenangkan nasib umat islam yang semakin hilang identiti dan pegangan. Hati ini semakin sayu melihat pula kawan-kawan lain yang hanyut di alam remaja. Berpasang-pasangan, bergaya taiko dan bergaul bebas. Satu persatu muka-muka yang saya kenali itu saya tatap di laman-laman internet, satu persatu kenangan-kenangan nostalgia zaman lalu terukir kembali di minda. Aduhai, amatlah sedih hati ini.

Ingin sahaja saya tanyakan mereka… perubahan jenis apa yang mereka amalkan di sekolah dahulu?


Langkah Pertama Yang Tersilap

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah pertama. Seolah-olah satu langkah yang akan melakar peta perjalanan yang akan datang. Langkah pertama inilah yang telah dilakarkan oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam buku "Munthalaq", sebagai langkah awal yang amat penting. Sekiranya silap, maka akan sesat. Inilah yang dikatakan sebagai "niat".

Saya mengajak para pembaca sekalian berfikir…

"Mengapa aku berjubah,berkopiah?"

"Mengapa aku bertudung labuh?"

Allah. Jawapan yang cukup mudah untuk dilafaz dengan mulut. Tetapi adakah benar ia berputik di jiwa. Atau lidah hanya lancar mengatakan "kerana Allah" tetapi hati mengatakannya kerana peraturan, keadaan, 'title' sekolah agama, atau lebih teruk agar dikatakan pelajar baik, alim soleh.

Niat yang ikhlas untuk mengamalkan islam adalah penentu sejauh mana kita akan beriman di mana sahaja kita berada. Jika tidak, identiti soleh dan solehah itu hanyalah topeng cantik yang hanya dipakai ketika berada di sekolah. Topeng itu dipakainya secara terpaksa dalam keadaan tersempit, dan akan mencampakkannya setelah dirasakan perlu iaitu setelah diri bebas dari belenggu peraturan sekolah.


Perubahan Yang Kita Inginkan

Hidayah Allah sering menyapa dan menyentuh lembut jiwa, lantaran itulah kita masih rasa bersalah ketika melakukan dosa. Kita semua ingin berubah kepada kebaikan. Saya yakin. Dan perubahan yang kita inginkan adalah perubahan yang kekal dan berterusan, yang membentuk peribadi menjadi muslim dan muslimah sejati.

Firman Allah,

"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk kembali kepada kami, pasti kami akan tunjukkan jalan-jalan kami" (Al-ankabuut, 69)


Kunci pertama dalam melakukan perubahan yang kekal adalah sentiasa bersungguh-sungguh dalam bertaubat. Ini dimulakan dengan niat untuk berubah, seperti yang telah saya tuliskan di atas sebagai langkah pertama. Oleh itu marilah kita membetulkan kembali tujuan kita menjadi baik, bukan kerana manusia, tetapi pencipta manusia.


Daripada Penjenayah kepada Ahli Ibadah

Kisah ini sering saya bangkitkan dalam kata-kata dan tulisan. Sebuah kisah seorang lelaki yang istiqamah dalam perubahan. Fudhail bin Iyadh terkenal dengan sifat buruknya sebagai penyamun jalan yang digeruni. Sehingga laluan tersebut dinamakan 'jalan Fudhail' dan ramai muslimin takut kepadanya.

Suatu hari ia terlihat seorang wanita dan terpikat kepadanya. Naluri lelakinya itu mendorong Fudhail untuk mengikuti perempuan tersebut hingga ke rumahnya. Malam itu ketika ia sedang memanjat dinding rumah wanita tersebut, ia terdengar satu bacaan yang menyentak jiwanya, yang keluar daripada bibir wanita solehah tersebut.

"Belumkah tiba waktunya untuk orang-orang beriman untuk tunduk hatinya mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun..." (Al-Hadid, 16)

Ayat suci quran ini menyambar jiwanya. Bergetar seluruh badan dan hatinya. Dalam keadaan menggigil keinsafan itu bibirnya menyebut ikhlas, "Ya, telah tiba waktunya sekarang wahai tuhanku, telah tiba waktunya sekarang..". Ia lantas pulang namun hari telah gelap, ia singgah dahulu di suatu reruntuhan. Di sana ia terlihat sekumpulan musafir.

"Ayuh, kita berangkat", sebahagian mereka berkata. Yang lain menjawab, "Jangan, lebih baik tunggu sehingga pagi kerana malam-malam sebegini Fudhail sedang menjalankan aksinya". Tiba-tiba muncul bayangan satu tubuh dari kegelapan. "Akulah Fudhail, dan aku telah bertaubat".

Akhirnya Fudhail memanjatkan doa kepada Allah agar menizinkannya tinggal di Mekah dan di sana dia menuntut ilmu dan menjadi ulama' yang faqih dalam hadith. Fudhail digelar 'ibadul haramain' (Orang yang beribadat di Mekah dan Madinah). Itulah kisah ringkas seorang lelaki yang istiqamah dalam perubahannya.


Kesimpulan

Islam itu berpasak pada kefahaman, bukan pada ikutan semata-mata. Kita pasti menjalankan suruhan Allah dengan bersungguh andai faham mengapa kita melakukannya. Islam bukan agama bermuka-muka, tetapi ia adalah agama yang menuntut kita untuk masuk ke dalamnya dengan sepenuhnya. Totally muslim. Fahamilah islam, insyaallah perubahan itu pasti kekal, malah tempiasnya pasti dirasakan oleh orang sekeliling.

Ayuh, jadikan Ramadhan tahun ini sebagai langkah pertama.

8 comments:

al-huda said...

jzk atas peringatan~
mmg bila ckp psl niat nmpak simple tapi dr situlah titik tolak hala tuju amal kita.

mmg sedihkan bila org yang kita kenal berubah xtentu hala.ada yang aurat terdedah dek tudung yg hilang entah ke mana,xkurg juga batasan lelaki permpuan yang sudah dilupa.sigh

but,dis our job!
moga kita xfutur di tgh jln

Hazim Azhar said...

Yep.. a big job.

jom setting niat!

=)

syafiqah said...

salam...
tq atas peringatan...Ana pun sedih tengak sahabat2 ana yang dah banyak berubah...kadg2 ana x tau nak wat cane lg dah...pape pun doakan ana dapat bawak mereka kembali pd jlnnya...moga hidayah Allah sentiasa bersama kita dan iman kita makin mantap....Amin...

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

hazim...
ramai peminat nta.
yang teruna x de pun komen.

boleh join ana ni.

Hazim Azhar said...

to Ustaz os;

Nak wat camne ust Os... hehe


to Syafiqah;

insyaallah.

PaTZzI@mIsTy said...

nice post.cuma nak share my thought.pnjg ckit.sori.
sy akui yg sy xpkai tdug lbuh bile kuar dri smka.dan dskolh pun sy pkai pn sbb wjib.tpi,
jgn misundrstood dgn org2 mcm sy. As for me,mmg diri sndiri blom sedia utk the big change yg dtg dari hati yg ikhlas.tapi,sdh tntu,sy jgk nk completely jdi seorg wanita yg completely mnutup aurat or i should say wanita solehah.tapi,sy sgt tkut nk berubah sbb byk lagi yg kurg dlm diri yg prlu dprbaiki.mcm yg pnulis kata bile tgok budk2 yg baik,sopan dan ttup aurat,o.c,sume org pun kate,"wah,baiknya".rase nk jdi mcm diorg.tpi,syg sekali..pnmpilan mcm tue hanya topeng bgi s'stgh org.dan org2 yg btopeng ini buat org yg xmmhami Islam slh fhm.maaf.sy xb'niat nk kecikkn hati sesape,atau slhkan sesape,tpi itu yg trjadi di skeliling sy.sy mmpnyai rmai knlan yg blainn bgse & agme,& bile mrk tgok org2 yg bertopeng nie,diorg dh slh fhm.ape2pun,sy tahu,
sumenye t'ltk pde diri sndiri.
k'ikhlsn hati.Insyallah,bile sy dh b'sedia dan prepare enough,i will change.and it is for Allah,The Almighty.maaf komen yg pnjg.

Hazim Azhar said...

to patzzi@misty,

Thanks for sharing ur thought. Satu perkara yang saya nak kamu ketahui, saya tak maksudkan memakai tudung bulat@labuh.. Tapi saya maksudkan menutup aurat dengan sempurna.

Saya seorang yang terbuka. Jika berpakaian 'biasa' itu sudah menutup aurat dengan sempurna, apa salahnya. Tidak kiralah apa bentuk tudung itu, tiga segi, bulat dll. Dalam islam juga tidak digariskan apa jenis tudung dan bentuknya. Point utamanya, menutup aurat dengan sempurna.

Tetapi jika tidak memakai tudung kepala sama sekali, apakah ini menutup aurat? sudah tentu tidak kan.. dan inilah yang saya sedihkan. Bukan jenis tudung segitiga, segiempat, bulat, atau pentagon.

Keduanya, ketahuilah dengan mematuhi arahan Allah (biarpun tidak ikhlas) bukanlah bermakna kita memakai topeng, tetapi ia adalah usaha kita melatih diri menjadi hambaNya yang terbaik.

Biarpun tidak ikhlas, tetaplah tutuplah aurat dengan sempurna.

Daripada kita menangguh2 perubahan yang kita rancang, dalam masa yang sama.. kita tidak berusaha melatih diri melakukannya (dengan mempraktikkannya).

Dan ketahuilah, malu kepada Allah adalah lebih utama daripada malu kepada manusia.

Islam akan menjadi 'pelik' pada akhir zaman, maka berbahagialah orang2 yang 'pelik'.

Ya, pengalaman dan kefahaman akan membentuk cara kita berfikir. Situasi saya di sini, hanya seorang lelaki melayu di tengah2 lautan manusia dari pelbagai agama dan negara membuka minda saya untuk mentafsir kehidupan melalui kaca mata islam yang asli.

Melihatlah daripada kaca mata islam, pasti anda akan melihat kebenaran dan kekuatan.

PaTZzI@mIsTy said...

thanks for your advice..
really nice..
teruskan usaha anda dalam berdakwah!
all the best!

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com