hover animation preload

Merajuk lagi...
by Hazim Azhar in


"Mak, nak mainan Atromen tu..boleh?"

"Jangan mengada-ngada Ajim, permainan kan dah banyak kat rumah."

Saya kecewa. Diam dan terus mengikuti mak membeli barang-barang keperluan di supermarket. Selepas kami tiba di sebuah restoran,

"Nak minum air apa jim?" Mak bertanya lembut.

"Tak nak minum.." sambil memuncungkan mulut, menyilang tangan di dada. (Kononnya merajuk la)

Sekali mak saya betul-betul tak membeli minuman (amek kau). Hari dah la panas ketika itu, tiba-tiba menyesal merajuk sebentar tadi. Tiba-tiba mak saya menghulurkan air mineral kepada saya dan berkata, "ha, tadi tak nak air, merajuk lagi tak ni?" Saya hanya membalas soalan itu dengan satu senyuman.

Ketika zaman budak-budak dulu, saya seringkali mempersoalkan - mengapa mak saya tidak memberikan semua permainan yang saya mahu. Nak Digimon tak dapat. Nak beli permainan game tak boleh. Nak permainan askar tak bagi. Semuanya tak boleh. Ala... susah la camni~

Akal yang singkat ketika zaman kanak-kanak dahulu membuatkan saya cepat mentafsir sesuatu mengikut emosi, tanpa berfikir mengapa ia berlaku. Kalau mak tidak penuhi permintaan, maka mak saya tidak sayang saya. Kamu semua macam ni jugak kan? kan? Manusia pada fitrahnya menginginkan sesuatu yang memberi keseronokan kepadanya. Dan apabila keinginan itu terhalang, maka sesuatu mengganggu perasaannya.

Zaman budak-budak minat permainan Atromen, maka jika tak dapat beli, pasti merajuk.

Zaman remaja sekarang pula telah berbeza keinginan dan kemahuan. Ia lebih berkisar tentang kehidupan akan datang, kebahagiaan, kelapangan dan keselesaan hidup. Jika tidak dapat semua ini, perlu merajuk lagi kah? Contohnya jika tak dapat membeli kipas angin ketika musim panas, dia merajuk pulak. Masam muka, tak nak makan, tak nak minum. Jika ada seseorang seperti ini, saya nasihatkan pergi membuat pemeriksaan ke hospital sakit jiwa dengan segera.

Merajuk adalah sinonim bagi kanak-kanak, tapi ia juga berada pada jiwa remaja dan dewasa malah tua. Cuma bezanya pada cara seseorang itu mengekspressikan bentuk merajuk. Seorang budak merajuk dengan menangis manakala seorang dewasa pula dengan mendiamkan diri dan cuba berbincang dengan baik. Hakikatnya kita semua pasti merajuk, cuma mungkin dalam berlainan bentuk.

Merajuk membuatkan kita merasa sempit, tidak dihargai dan sakit hati. Mungkin jua merajuk akan merapuhkan sebuah ikatan persahabatan. Kadang-kadang ia boleh mengundang sifat aggressif. Maka kesannya amat berbahaya. Tidak dinafikan.

Setelah berfikir dan berfikir, saya dapati seseorang akan merajuk kerana mempunyai sifat 'dependent' atau merasa bergantung kepada sesuatu. Kanak-kanak bergantung kepada ibunya untuk memenuhi permintaannya. Maka seseorang yang mempunyai sifat 'independence' atau berdikari akan lebih merasakan hidup lapang dan berusaha keras untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ia bergantung kepada diri sendiri. Maka apa sahaja yang ia mahukan, ia terletak pada tangannya sendiri.

Sifat seperti ini adalah asas untuk menuju ke arah sifat "interdependent" atau saling bergantung dan saling membantu antara satu dengan yang lain. Ia adalah sifat kemerdekaan, sifat murni yang melahirkan seseorang yang mampu berkerja. Meneliti sebuah kehidupan pada kaca mata kematangan. Sifat 'independent' adalah kunci kepada kecemerlangan dalam sesuatu kerana ia berorientasikan diri sendiri untuk memenuhi keperluannya. Bukan orang lain. Maka ia akan mendorong sifat percayakan diri sendiri.

Setelah saya mengenalpasti punca dan cara mengatasi sifat kebudak-budakan ini, saya hanya bergantung kepada Allah untuk melakukan sesuatu, bukan bergantung dengan manusia. Jika hari ini keinginan saya tidak terpenuhi, maka saya akan berusaha dengan tangan sendiri untuk menunaikannya.


Saya terkenang kembali waktu dulu.. kalaulah...

"Mak nanti ajim beli mainan atromen itu boleh?

Kalaulah saya boleh berfikir dan bercakap seperti ini sejak dahulu, pasti saya tidak pernah merajuk. Betul tak?


Ultramen hebat! =)

9 comments:

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
he..he.. ajim macam anak ummi, asyik minta beli mainan Bakugun.. Sekarang dah boleh beli sendirikan? .. dah ada berapa koleksi atomen?

Hazim Azhar said...

hehe... ye ke. Sume permainan dah patah2@hancur2, sbb sy ganas time kecik2 dolu. Kenape, umi nak kongsi dengan sy ke? =)

Anonymous said...

Intriguing post yet to be compliment.

Interdependent, independent and dependent. Interesting.

We develop all these within timeline, and now we should know HOW the way we interact with people, and WHY we should.

We'll next figure it as, it's LIFE.

Anonymous said...

Assalamualaikum abg hazim,

mestilah saye ingat lagi...
gud luck in your studies...

Ade mase nanti singgah lah smkap...

Hazim Azhar said...

to akmal hakim;
yep, ive got these points from 7 habits's stephen covey. Dah bace dah??


to realiti kehidupan;
insyaallah tahun ni ana balik ana akan singgah ke SMKAP selalu. jumpe nanti k!

Anonymous said...

Yup.

Dah.

Sharpen the saw k. =)

Mukmin bin Mohd Khairi said...

wah2.. bestla entry ni..

Perantau Kasih said...

salam, terbuka blog ne, terus pergi tengok entry pasal otromen.. menarik, sebab akak saya pun minat otromen, tapi, akhirnya otromen diharamkan dirumah sbb gara-gara akak saya cakap otromen lebih hebat dari Allah.hebat betul pengaruh otromen ye...

Hazim Azhar said...

to perantau kasih

hm.. mungkin jugak. Otromen haram? huh, fatwa baru ni~

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com