hover animation preload

Tazkirah Musim Cuti
by Hazim Azhar in

Bismillahiwalhamdulillah.

Salam diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sedang bercuti di Malaysia, tentu sedang berseronok di samping ahli keluarga tersayang. Mahupun yang sedang bercuti di Mesir, moga keberadaan kita di sini memberi kita ruang dan peluang untuk mendalami ilmu Allah.

Mengenang kembali detik-detik yang telah berlalu sepanjang nafas saya di perantauan, membuatkan saya lebih mengenal erti berdikari. Mungkin ada di antara sahabat-sahabat tertanya, tanya, mengapa tidak ada keinginan untuk pulang awal ke Malaysia? Namun, jika soalan ini ditanyakan kepada saya atau sahabat-sahabat yag sefikiran dengan saya, cukuplah saya katakan keberadaan kita di Mesir ini adalah detik yang amat berharga untuk membentuk peribadi kita. Ini adalah peluang terbesar untuk mendalami ilmu agama dan meningkatkan penghayatan dalam Islam.

Musim cuti panas bagi kebanyakan pelajar luar negara adalah fatrah yang amat panjang untuk dimanfaatkan atau dilalaikan begitu sahaja. Ada orang yang begitu 'eager' untuk pulang awal ke Malaysia, namun setelah 2 atau 3 bulan berada di sana, ternyata ia sendiri mengatakan telah membazir waktu. Mengapa ini terjadi?

Kerana tidak merancang cuti.

Peperiksaan akhir umumnya tamat pada penghujung Jun atau awal Julai, dan kuliah akan bermula kembali pada hujung bulan 9. Ini bermakna hampir-hampir 3 bulan bercuti, itu tidak termasuk lagi dengan awalnya kuliah tamat untuk persediaan peperiksaan amali. Ataupun dengan pembelajaran hanya 3 jam sehari (kuliah arab). Setelah mengira-ngira jumlah waktu kosong sebagai student Medic di Mesir, saya berteriak, "banyaknya waktu lapang."



Rasulullah sa.w. bersabda, "Ada dua nikmat, di mana banyak orang yang tertipu dengan keduanya; nikmat sihat dan waktu lapang"
(H.R Bukhari dari Ibnu Abbas)


Waktu cuti ialah waktu paling seronok untuk bercuti dan melancong. Waktu cuti adalah waktu paling sesuai untuk tidur sehingga mentari tegak di kepala. Waktu cuti juga adalah masa yang paling best untuk berehat, tengok movie dan main game.

Jika ini mentaliti seseorang, maka dialah paling rugi ketika waktu cutinya.

Kerugian yang menghancurkan seseorang detik demi detik.

Waktu lapang seharusnya diisi dengan perkara-perkara bermanfaat yang menyegarkan jiwa dan melapangkan horizon minda. Membaca buku, mengasah bakat menulis, mengemas rumah, ziarah dan jaulah adalah antara aktiviti yang baik untuk mengisi masa lapang. Awaslah dengan masa kosong, ia boleh menghanyutkkan kita dalam dunia khayalan yang peuh tipu muslihat. Apabila seseorang termenung seorang diri, segalanya terfikir... nak kahwin, nak kerja besar, nak jadi famous nak jadi hero. Tatkala itu, syaitan membisikkan sesuatu ke telinganya agar melupakan Allah, dan akhirya mereka benar-benar melupakan Allah dan akhirnya Allah melupakannya.

"...mereka melupakan Allah, maka Allah melupakan mereka..."
(At-Taubah, 67)

Seseorang yang meletakkan pengabdian diri kepada Allah merasakan pengawasanNya kepada dirinya. Dia merasakan jiwanya dibelai-belai tatkala melirikkan matanya membaca ayat-ayat suci Quran. Perginya ia melancong ke negara lain adalah bertujuan melihat sendiri kesan tinggalan kegemilangan Islam agar hatinya lebih yakin dengan keislamannya.

Berjuang bukan hanya dengan berkata, tapi dengan berkerja

Pulangnya lewat ke Malaysia adalah untuk mengikuti program-program tarbiyyah dan dakwah agar jiwanya lebih 'basah' dengan keimanan. Pulangnya bercuti awal untuk menggerakkan dakwah kepada masyarakat sekeling. Tatkala jiran-jiran dan kawan lama berjumpa dengannya, terasa keindahan akhlak islamiyyah. Keberadaannya di Malaysia membantu gerakan islam yang bertapak di sana. Inilah pejuang sejati, bukan setakat hebat lantang melaungkan islam, membanteras perpecahan di sini(kononnya) - namun apabila pulang bercuti ke tanah air, tiadalah sumbangannya melainkan tidur, makan, tengok TV dan tidur semula.

Sebelum saya mengakhiri kalam ini, ingin saya bertaya kepada sahabat-sahabat...

"Dah bace quran ke belum hari ini?"




0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com