hover animation preload

Percaya kepada jalan dakwah
by Hazim Azhar in


Seorang musafir pasti mengetahui dan meyakini jalan yang sedang ia tempuh. Dengan menyiapkan bekalan-bekalan yang mencukupi dan mengurangkan beban agar langkah lebih teguh. Apatah lagi seorang yang sedang meniti jalan dakwah yang amat panjang dan jauh.

Tsiqah atau kepercayaan di jalan dakwah adalah amat penting, apatah lagi musafir ini terlalu jauh dan memenatkan. Maka, dengan itu kita melihat ada di kalangan rakan-rakan kita yang masih di dalam keraguan, tidak mampu meneruskan perjalanan ini kerana menyangka jalan ini tiada matlamat akhirnya dan ia merasakan tidak mampu untuk mengikutinya lagi.

Oleh itu, dia akan sedikit demi sedikit mengurangkan langkahnya, mengurangkan masa bersama dengan jemaahnya. Dengan alasan-alasan yang direka, ia cuba memohon untuk berehat.

Dalam hidup sebagai seorang mahasiswa atau pelajar, kita seringkali disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang remeh dan tidak akan menatijahkan hasil yang besar untuk umat ini. Kita seringkali dilalaikan dengan pangkat dan kuasa yang menjauhkan kita dari realiti hidup seorang pejuang. Sedang dalam masa yang sama kita merasakan inilah dakwah, inilah perjuangan islam. Tetapi kita tidak sedar, segala aktiviti yang dirancang dan dilakukan hanyalah berlegar di sekitar perkara remeh. Tidak mampu membenihkan hasil untuk islam.

Orang seperti ini tertipu dengan dirinya sendiri. Dia aktif, tegas dan menjalankan amanahnya dengan baik sebagai seorang pemimpin, atau ahli jawatankuasa untuk kampus-kampus tertentu. Ia semakin sibuk dengan rutin dan amanah yang berat. Dan akhirnya keyakinan terhadap jalan dakwah yang pernah ia tempuh, semakin kabur dan dilupakan. Dalam pertentangan masa antara aktiviti dakwah dan kampus, ia termangu-mangu untuk membuat keputusan. Akhirnya ia merasa sempit, dan bertindak menjauhkan diri dari dakwah.

Perkara ini seringkali terjadi, dan pasti akan berulang kembali. Oleh kerana kepimpinan dan ketokohan yang dimiliki oleh kita, suatu masa kita akan terlantik dengan amanah tertentu. Kita akhirnya menjadi ‘orang besar’ bagi organisasi dan universiti. Sibuk ke sana, ke mari. Keluar sebagai wakil itu dan ini. Dan kita merasakan inilah perjuangan hidup kita. Yang perlu ditumpukan sepenuh perhatian dan fokus.

Inilah titik awal yang menjauhkan diri kita dari jalan dakwah yang kita imani. Seharusnya kita yang meyakini jalan ini melebihkannya dari segalanya. Jalan ini tidak sama dengan jalan-jalan lain yang tidak berpijak pada realiti. Hakikat sebenar perjuangan dan jihad kita bukanlah hanya sekadar menjadi wakil-wakil dan pemimpin kampus. Tetapi kita mengerahkan segala usaha dan tenaga serta masa terhadap program-program tarbiyyah yang telah direncana.

Kita dalam proses pembinaan, oleh itu bersabarlah. Belum tiba waktunya untuk kita dipikulkan dengan amanah di jalan ini. Oleh itu, kita menjadi ‘pengikut’ yang sentiasa sibuk dengan usrah, katibah dan sebagainya. Sedangkan dalam masa yang sama, pangkat dan kuasa memanggil kita ke tempat lain.

Seperkara lagi,

Dia mugkin akan aktif dalam organisasinya, tetapi tidak dapat pergi jauh dalam tarbiyyah dan dakwah. Oleh kerana pertentangan masa antara keduanya menyebabkan ia keliru. Yang itu baik dan yang ini juga baik. Ke sana untuk dakwah, dan ke sini juga untuk dakwah. Jadi, yang mana satu untuk dipilih?

Marilah kita melihat dari satu sudut. Program kampus mungkin bersifat islamik dan dakwah, tidak dinafikan. Tetapi adakah ia mempunyai perencanaan yang berterusan? Dengan amal-amal yang mampu melahirkan dan membimbing kita mencari formula kebangkitan ummah? Atau dengan mendidik dan mentarbiyyah kita dengan pemahaman islam yang syumul?

Saya yakin jawapannya tidak. Kerana formula kebangkitan ummah dan tarbiyyah ini bukanlah dirangka pada masa-masa tertentu atau sebab-sebab tertentu sahaja. Bahkan ia perlukan usaha yang berterusan tanpa henti dengan perancangan yang teliti, dalam sebuah jemaah yang menerapkan iman yang teguh kepada ahli dari segenap aspek. Dan dengan mengikuti marhalah-marhalah(tahapan) dakwah yang benar seperti yang telah digariskan oleh rasulullah SAW.

Jadi, adakah kita perlu menolak segala amanah dari pihak tertentu?

Jawapannya akan kalian temui dalam diri sendiri. Sejauh mana keyakinan dan tsiqah kita di jalan ini, akan menatijahkan keputusan yang akan dilaksanakan. Sekiranya mampu mengimbangkan antara dakwah dan aktiviti kampus, maka teruskanlah kedua-duanya. Itu adalah lebih baik. Tetapi, jika salah satu melalaikan kita dari janji yang pernah kita lafazkan kepada Allah,

Buatlah pilihan.

Seorang yang benar-benar tsiqah dengan jalan ini sanggup meninggalkan kemasyhuran, pangkat, harta dan segalanya. Hidupnya ia kerahkan untuk jalan ini. Apalah ertinya pangkat dunia, sedangkan darjat sebagai da’i itu lebih bertakhta di hati. Apalah ertinya dunia, sedangkan akhirat lebih kekal selamanya.



Oleh itu, ingin kuucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian..

Somoga berjaya membuat keputusan.

2 comments:

emir.abu.khalil said...

subhanAllahi wabihamdihi, subhanAllahil 'azim...

kepimpinan itu sesungguhnya sesuatu yang perlu, tiada siapa yang dapat menafikan. namun orang yang paling faham ialah orang yang memanfaatkan kepimpinannya pada satu jalan yang menjanjikan kemenangan dan manfaat yang besar.

ana sesungguhnya pernah menjadi seperti di atas, benarlah kata enta, tatkala mana kita sibuk dengan jawatan-jawatan ini, tarbiyyah kita jadi goyah, itu belum masuk hal-hal studi. sehinggakan tatkala mana jawatan itu ana lepaskan, ana merasakan betapa beban itu sudah teralih dan tidak lagi tergalas, terasa ringan pundak yang pernah menggalasnya.

jauh daripada status kepimpinan pelajar memberikan peluang kepada diri untuk melihat dan menilai marhalah yang telah dilalui, bahkan bisa fokus pula ke atasnya. inilah jalan yang pasti, jalan yang akan tetap berterusan, sedang pangkat, status dan jawatan itu satu kebanggaan yang memudar dan menghilang, satu hari ia akan pergi daripada kita.

akhuka fillah,
emir.abu.khalil

Hazim Azhar said...

Syukran akhi Emir..

Semoga dunia hanya berada di tangan kita, bukan hati kita.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com