hover animation preload

Kehancuran moral, di mana penawarnya?
by Hazim Azhar in ,

Zaman millennium ini menyaksikan kehancuran akhlak dan moral yang begitu tenat. Paparan berita-berita harian sudah cukup membuktikan semua itu. Jika sekitar tahun 2000 dahulu pernah memuncak Black Metal, Mat Rempit, Mak Nyah dan bohsia tahun ini pula kita dikejutkan dengan golongan-golongan ‘perempuan nak jadi lelaki’ yang cuba bersuara apabila dikatakan tindakan mereka adalah haram di sisi agama.

Yang putih jadi kelabu.

Yang hitam jadi putih.

Seolah-olah tidak dapat lagi dibezakan yang mana gelap yang mana cerah, yang mana baik dan yang mana buruk. Sesat di jalan yang terang. Seringkali kita tertanya-taya, di mana silapnya semua ini? Adakah ibu bapa yang layak kita salahkan sepenuhnya, atau cikgu-cikgu di sekolah yang tidak mendidiknya dengan baik. Mungkinkah salah kerajaan, kerana tidak mendirikan hukum-hukan Allah di muka bumi. Hm.. apa-apapun alasan kita, fenomena kebejatan sosial ini semakin meruncing dari hari ke hari.

Pernah sekali, saya cuba membawa isu ini ke dalam perbincangan tidak formal bersama seorang rakan saya. “Biasalah zaman remaja ini kita mempunyai naluri untuk mencuba sesuatu yang baru, sebab itulah macam-macam yang berlaku”. Saya diam. Ada benarnya katanya itu. Saya bertanya lagi, “Jadi macam mana pula dengan mak nyah atau bohsia yang semakin ramai sekarang ni?”. Dengan tenangnya dia menjawab, “Itu naluri manusia. Kita dilahirkan berbeza-beza, dengan keinginan yang berbeza dan pemikiran yang berlainan. Sudah itu naluri dia, mengapa perlu kita salahkannya?”

Naluri. Benarkah naluri? Atau nafsu semata-mata. Inilah fitnah akhir zaman, antara nafsu dan naluri kemanusiaan tidak dapat lagi dibezakan. Memang menjadi fitrah, apabila manusia menginginkan sesuatu, kita akan cuba sedaya upaya ‘menghalalkan’ perkara yang haram. Pusing-pusing sedikit alas an, jadi akhirnya nampak seperti baik. Begitu jugalah ‘couple’ dalam kalangan remaja masa kini. Ada sahaja alas an untuk membenarkan perkara yang sudah pasti salah. Alangkah baiknya jika ditamatkan sahaja zaman bujang itu dengan perkahwinan, itu lebih baik dan suci dari bercinta yang tidak ada hala tujuan.

Zaman remaja adalah zaman yang kritikal, kerana akal baru sahaja berkembang mengenali kehidupan. Dalam perubatan, hormone-hormon lelaki dan perempuan juga dirembeskan dengan banyak ketika usia belasan sehingga 20an. Oleh itu, keinginan terhadap jantina yang berbeza semakin ketara ketika usia sebegini dan emosi adakalanya tidak stabil. Oleh itu, jika tidak dibimbing dengan cahaya ilahi dan hidayah petunjuk Allah, maka insan menjadi haiwan, bahkan lebih teruk lagi.

Seringkali juga kita lihat usaha demi usaha dijalankan untuk mengislah remaja kita. Namun akhirnya segala usaha itu seolah-olah mencangkul di udara. Tidak nampak impak positifnya, bahkan remaja semakin jauh dari realiti hidup beragama. Mana silapnya? Sungguh, kita akan ketemukan jawapan seandainya kita kembali beramal dengan cara islam yang telah ditunjukkan Nabi Muhammad. Bermula dengan pembentukan syaksiah individu-individu muslim yang terhala tujuan hidupnya, seterusnya masyarakat yang mengamalkan islam secara syumul, seterusnya pembentukan kerajaan sehingga akhirnya khalifah islamiyyah.

Nampak jauh bukan? Memang jauh dan amat meletihkan, namun inilah satu-satunya jalan untuk kita memasakkan tarbiyyah islamiyyah dan pemahaman yang benar-benar syumul dalam masyarakat. Usaha ini telah dimulakan oleh nabi Muhammad selama 13 tahun di Mekah. Sehinggalah akhirnya melahirkan peribadi-peribadi agung seperti Abu Bakar as-siddiq, Umar, Uthman, Zubair al-awwam, Abdul Rahman A’uf dan lain-lain sahabat. Bukan mudah melahirkan peribadi seperti mereka, bahka ia tidak akan dapat dilahirkan melainkan dengan usaha berterusan yang terancang tanpa mengenal erti penat lelah.

Inilah penawar dan jalan mengubati penyakit ummat yang semakin tenat. Ia tidak akan dapat dirawat dengan hanya sekadar kita bertegas, belaung lantang di pentas-pentas dan memaksa mereka untuk berubah. Atau dengan hanya dengan menyergah mereka ketika sedang asyik melayan nafsu durjana. Esok lusa, jika ada peluang, pasti akan diulang. Bukan sekadar itu, bahkan mungkin mereka akan ‘lari’ dari dakwah yang kita bawa. Kembalilah beramal dengan cara rasulullah, dengan dakwah lemah lembut yang dapat menyentuh jiwa manusia dan amal qawiy mentarbiyyah, mendidik dengan pemahaman terhadap quran dan hadith yang sahih dan menerapkan muasofat fard muslim (ciri-ciri individu muslim). Kembalilah kepada sirah, itulah penawar yang kita cari-cari.

0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com