hover animation preload

Taaruf ringkas tentang diri
by Hazim Azhar in , ,

Assalamualaikum kawan-kawan..

Entry saya kali ini mungkin agak bersifat 'peribadi'.

Pada mula saya merancang untuk menulis blog, saya telah tetapkan untuk tidak menjadikan blog sebagai 'rumah' saya dan menceritakan segala kisah-kisah peribadi kepada para pembaca. Namun, apabila saya merenung dan mengamati kembali, ada perlunya untuk kita memperkenalkan diri kepada orang lain melalui medan blog. Sebagai satu wadah ta'aruf kepada yang mengenali diri ini dan yang tidak mengenali. Semoga ukhuwwah terbina antara kita.

Saya dilahirkan dalam adik beradik lelaki. 4 orang lelaki dan saya yang ketiga. Maknanya cuma mak saya sahaja perempuan dalam famili. Ada kawan-kawan saya pernah tanya saya, "Tak boring ke x de kakak?" lalu saya katakan inilah kegembiraan yang paling saya syukuri kerana tiada adik beradik perempuan. Oleh kerana semuanya 'hero'.. maka memang selalu la bertengkar dan bergaduh (tapi ni time kecik2 aje, sekarang semua dah ok). Saya amat bersyukur kerana... adik beradik semuanya jenis yang x banyak cakap, selambe, rileks, x banyak komplen dan lebih suke buat hal masing2. =)


Ketika di waktu kanak-kanak dahulu (sekarang ni dah besar la kononnya), satu perkara yang amat saya suka. Haiwan. Dan minat ini sangat mendalam sehingga kini. Nak tau satu cerita, dulu ketika saya berumur 7 atau 8 tahun, satu pagi ibu saya meminta tolong untuk membeli barang ke kedai runcit. Lantas, saya menunggang basikal ke sana. Dalam perjalanan, saya terlihat lopak air di tanah dan ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalamnya. Mata saya terpaku, selepas berhenti mengunggang saya mengahampiri lopak air itu.

"Comelnya.."

Lalu saya menangkap berudu itu beberapa ekor dan memasukkan ke dalam plastik yang saya jumpa di tepi jalan. Saya ingin memeliharanya. Berudu, itulah haiwan peliharaan saya yang pertama. (Korang geli ke? hehe) Lalu saya pun pulang memeliharanya sambil merahsiakannya dari pengetahuan mak dan ayah. Kalau tak... habis la kene marah. Setiap hari, saya memberinya makan roti, nasi, dan makanan ikan. Selepas beberapa minggu, kelihatan kakinya telah tumbuh dan ekornya semakin memendek. Akhirnya saya terpaksa melepaskannya.

Petang itu saya sedih, hampir-hampir menangis kerana selepas ini saya tidak dapat lagi memberinya makan, melihatnya, memeganggnya dan memeliharanya. (haha, korang jangan la gelakkan aku). Saya melepaskannya dengan rela dan pasrah. (kehkeh).

Dan... akhirnya, dalam masa ke masa minat itu semakin mendalam mendorong saya untuk memelihara berbagai-bagai haiwan lagi. Nak tahu... antara haiwan yang pernah saya pelihara ialah; ikan, hamster, tikus, labah-labah, kala jengking, lipas, cicak, siput, umang-umang, anak ular(yang ni aku jumpe dalam longkang), labi-labi, ayam, burung,kucing dan lobster. Senang cerita, semua yang boleh disimpan dalam akuarium, saya telah cuba membelanya. Haiwan peliharaan yang paling saya sayang adalah....Hamster!

Hamster kesayangan saya =)


Ha.. inilah hobi saya. Dan sejak dahulu saya menyimpan satu keinginan yang terlalu besar untuk memelihara; IGUANA. Satu masa nanti pasti saya peliharanya, ini antara matlamat kecil saya.

Inilah haiwan idaman saya (Comel kan??)


Itu tentang hobi saya yang agak pelik. Mana tidaknya, kalau cerita aje semuanya tu, semuanya tergelak.


Tentang peribadi saya. Pada asalnya saya seorang yang amat pemalu, pasif, pendiam, dan amat merendah diri. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saya di tingkatan satu. Namun setelah memasuki sekolah SMKA Pedas, sedikit demi sedikit bakat diasah dan peribadi dibentuk.

Mungkin penyertaan di dalam program-program motivasi, pendedahan-pendedahan terhadap skil-skil berucap dan bercakap banyak mendorong saya untuk berani tampil ke hadapan. Lebih-lebih lagi penglibatan ke dalam kumpulan forum sekolah ketika di tingkatan 4 dan 5 dahulu benar-benar menolak saya untuk tidak gelisah apabila berucap dan mengawal suasana pendengar. Bukan bermaksud meninggi diri, tetapi apa yang saya cuba sampaikan ialah perubahan diri adalah bergantung kepada diri sendiri.

Kesannya amat saya rasai apabila di PLKN dahulu, entah bagaimana saya dapat kekuatan dan pengaruh, sehingga hampir semua peserta dan jurulatih menegnali saya. Akhirnya ketika pilihanraya PLKN Kem De' Bana, Jempol, diadakan, saya adalah di antara 2 orang yang bertanding di peringkat Parlimen.

Ketika setiap calon pilihanraya diberikan peluang untuk berucap kepada semua warga kem di dewan utama, entah apa yang saya ucapkan sehingga sehingga setelah saya tamat bercakap, hampir semua peserta berdiri dan bertepuk tangan. Ada juga yang menjerit menyokong saya. Dan ketika undi dikira, saya menang dan dipilih sebagai 'YB'. Jika peserta lain dipanggil dengan gelaran 'wira' atau 'wirawati', saya pula dipanggil 'YB Hazim'. Hm... inilah serba sedikit pengalaman ketika di PLKN dahulu.

Secebis penglibatan di sini


Dalam usaha mencari identiti ini, telah saya temui satu formula yang dapat menggilap bakat kita dan menyerlahkan peribadi dalaman kita. Formulanya;

"Jadilah diri sendiri dan yakinlah dengan diri"


Inilah kekuatan untuk kita menjadi diri kita yang sebenarnya, mempunyai self-esteem dan berpendirian. Kita dilahirkan berbeza-beza dengan kemampuan kapasiti yang berlainan. Oleh itu, berhentilah dari ingin menjadi 'dia' dan 'mereka'.. dan bentuklah peribadi, bakat mengikut landasan islam dan kewarasan akal yang sihat.

Insyaallah, anda akan menjadi seorang yang hebat.

(sekiranya ada keperluan, saya akan teruskan taaruf pada masa yang akan datang)


-Sekian-


Salam perkenalan dari saya, Hazim Azhar
Kaherah.

7 comments:

MuSlimS BrotherHood said...

salam...
sgt tergelak bce haiwan berudu kau tu..
dh besr tk skang..sure jd seekor katak yg sgt cute...
nk tye..hamster tu beli bpe genih?n siap2 semua sgkr bape?-effa

Hazim Azhar said...

salam..

Berudu.. usah diungkit lagi cerita lama.. (konon sedih, haha)

Tu kat mesia la..

kat cni insyaallah, x lame lagi nak bela kure2 darat~~

X sabar nak beli~~~~

lala~~

nakula sadewa said...

kau jgn marah sbb aku buangkan Kecik ngn Awang..nk marah, marah org yg tamau jg..

Hazim Azhar said...

iye la kimi...

X marah pon, ak pon sian nengok deorang x de sape yang jage elok2.

x pe2... nanti ak nak beli kure2 darat.. =)

azam said...

iguana pun handsome jugak.boleh peluk mase tido..hehehe

Hazim Azhar said...

Iye la azam...

perjalananjauh said...

alhamdulillah
bagus..
ape cerita ikhwah yang excident?
yang koma dah sedar?
balas di perjalananjauh..
afizhi atan

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com