hover animation preload

Kami rela engkau pergi...
by Hazim Azhar in , ,

Dia telah pergi

Meninggalkan seribu satu kenangan manis

Yang hidup segar di sebalik lipatan nostalgia masa lalu

simpulan ukhuwwah yang terikat padu

mengheret diri kepada alam kesedihan yang dalam

Engkau telah pergi

Meninggalkan kami yang masih memerlukanmu

Bagaikan semalam kita berjumpa

Tapi hari ini engkau tiada

Pergilah saudaraku, esok lusa pasti..

kami pula akan menyusulmu.



Berita itu kudengari dengan hati yang pilu. Saudara Muhammad 'Ammar Zulkifli telah pulang ke rahmatullah dalam satu kemalangan melibatkan sahabat-sahabat yang lain. Mungkin saya bukanlah orang yang paling layak menulis tentang dia, lantaran tidaklah serapat mana. Namun, ingin jua saya lakarkan sebagai satu penghargaan yang tidak terhingga atas jasanya.

Seluruh rakan, keluarga dan teman menyebut-nyebut kebaikan insan ini. Baik di sini ataupun di Malaysia. Bahkan penglibatannya dalam dakwah juga dirahsiakan kerana keikhlasan dan kematangan fikrah.

Sepanjang perkenalan dengannya tidak ternampak di mata akan keburukan akhlak, yang ada hanyalah seorang yang baik, mudah tersenyum, penghafal quran(jikatidak silap), mudah berurusan, memelihara hubungan dengan orang lain dan banyak lagi sifat-sifat baik.

Ciri-ciri kepimpinannya juga menyebabkan rakan satu batch (tahun 3 perubatan Cairo U) melatiknya menjadi ketua.


Bacalah message daripada ibunya setelah mendapat berita kematian anak kesayangannya;

Saya mendatang mesej YM dari Ummu Ammar lagi pagi ini:

"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."
*Dipetik daripada amadanaksoleh.blogspot.com



Kata orang, harimau pergi meninggalkan jejak, manusia pergi meninggalkan nama.

Tapi, insan ini pergi bukan sekadar meninggalkan nama..

Tetapi meninggalkan semangat dakwah, contoh yang baik, kebaikan yang asli dan peringatan yang mendalam. Saya amat mencemburuinya.


Semoga allah merahmati insan ini..
Allahyarham 'Ammar Zulkifli.

-Al-fatihah-

4 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

baguslah dia~

saya bagus? adus

Hazim Azhar said...

Nta kira bagus jugakla..

ana support nta ni.. =D

ummi shaniza said...

salam..
Ummi tahu kisah arwah dari Izzati (junior arwah)dan ikuti tengok berita. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..mudah-mudahan Allah menempatkannya dikalangan orang-orang yg soleh..

Hazim Azhar said...

Salam..

o ye ke ummi shaniza.
Insyaallah moga allah berikan yg terbaik untuknya.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com