hover animation preload

Cinta dan Hati
by Hazim Azhar in

Bismillahirrahmanirrahim..

Secebis coretan suara hatiku tentang cinta. Terimalah..


Berbicara tentang cinta, membuatkan saya berfikir berkali-kali sama ada ingin meneruskan tulisan ini ataupun tidak. Kerana hati ini risau jika disalah tafsir oleh mata-mata yang sedang membaca tulisanku ini. Tetapi saya teruskan jua sekadar untuk melakarkan corak-corak bisikan hati ini dan menerangkan di mana letaknya cinta itu sebenarnya - agar diambil pengajaran oleh para pembaca supaya tidak menzalimi cinta yang suci.

Ya, saya maksudkan tentang cinta sesama manusia. Antara lelaki dan perempuan. Antara kaum Adam dan Hawa'. Kerana cinta kepada ilahi itu adalah cinta mutlak, tiada bertepi dan tidak ada sangsi. Cinta kepada Allah itu adalah kewajipan dan tiada apa yang hendak dipertikaikan lagi. Tetapi cinta kepada manusia bersifat fleksibel, adalah antara keinginan dan fitrah, antara nafsu dan ikhlas, antara putih dan hitam, antara bahagia dan sengasara.

Cinta amat sukar ditafsirkan, hanya dapat dirasai oleh jiwa yang telah diselaputi olehnya. Cinta tidak dapat dipupuk, dibuat-buat, dan dibentuk mengikut akal fikiran. Tetapi ia mempunyai corak yang tersendiri, alunan irama yang unik dan berputik dari dasar hati yang terbit secara fitrah. Sebab itulah apabila cinta itu cuba dibentuk mengikut keinginan akal fikiran, ia akan menjadi hambar dan layu. Tiada terasa indahnya. Apabila ia cuba bermuka-muka menyintai seseorang, pasti akan terzahir suatu masa nanti. Kerana hakikatnya pohon cinta itu tidak boleh disemai sesuka hati.

Cinta itu pada fitrahnya suci. Dan agama islam juga adalah agama yang dihiasi dengan warna-warni cinta ukhuwwah sesama manusia dan penghambaan mutlak kepada pencipta. Tetapi, malangnya makhluk bergelar insan telah menyalah ertikan cinta dan mengaburinya dengan keinginan nafsunya sehingga kedua-duanya sukar dibezakan; antara cinta dan nafsu syahwat. Namun tidak dinafikan juga cinta dan nafsu boleh berada di hati dalam masa yang sama, kerana kedua-duanya adalah fitrah manusia, cuma cinta tidak boleh disemai dan dipupuk sebagaimana nafsu.


Cinta kepada seseorang akan melahirkan kasih dan sayang yang mendalam terhadapnya, ingin menemani hidupnya di dunia dan di akhirat, sanggup berkorban, mentaatinya, rindu yang menusuk hati, dan memeliharanya dari segala keburukan. Berbeza dengan nafsu syahwat semata-mata, ia lebih tertumpu kepada jasad luaran atau kecantikan lahiriah sahaja. Tiada keinginan untuk mengasihinya malah mungkin tergamak merosakkan hidup seseorang. Inilah antara punca keretakan rumahtangga yang didasari nafsu semata-mata. Setelah nafsu itu terpenuhi kehendaknya, maka pasangannya tidak lagi bermakna.

Banyak persoalan yang bermain di minda apabila berbicara mengenai cinta.

Adakah bersalah menyintai seseorang?

Saya katakan 'tidak' jika kita tidak melanggar hukum Allah. Cinta itu tidak dapat dielak dan dihapuskan. Seperti yang saya katakan, ia adalah fitrah dan anugerah oleh Allah sebagai satu cabaran dan ujian. Sama ada kita meluahkannya atau memendamnya, ia tetap di situ, bercambah di dasar hati. Tidak pula saya bermaksud menghalalkan 'couple' yang sudah tentunya haram. Sekiranya kita menyintai seseorang, adakah bermaksud kita sedang bercinta dengannya? Tidak semestinya.. tetapi boleh jadi jika dia sendiri yang memulakan langkah pertama.

Dalam Islam, tidak ada perkenalan antara lelaki dan perempuan melainkan hanya untuk berkahwin dengannya. Sebab itulah apabila saya katakan kepada sebahagian sahabat saya, bahawa dalam hidup saya tiada istilah 'sahabat' dan 'kawan' kepada perempuan, dia menganggap saya kolot, syadid, melampau, dan tidak 'sporting'. Katalah apa yang hendak dikata, itu prinsip hidup saya. Sepanjang perkenalan dengan mana-mana peempuan, saya hanya menganggapnya hanya sebagai kenalan biasa. Tidak sampai lagi ke tahap 'kawan baik'.

Hakikatnya, tidak ada perhubungan dan perkenalan antara lelaki dan perempuan dalam islam melainkan atas alasan-alasan tertentu. Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat yang masih bercinta dan mempunyai 'boyfriend' dan 'girlfriend', segeralah berkahwin dengannya. Itulah langkah terbaik bagi memelihara kesucian diri dan maruah. Atau yang kedua, putuskan perhubungan. Ini agak pedih.

Tidak menjadi masalah jika kita ingin membina rumahtangga ketika belajar. Keadaan ini mungkin agak normal dan biasa bagi pelajar luar negara, khususnya di Mesir, tetapi ia dipandang sinis di Malaysia. Inilah pemikiran kolot yang harus kita hapuskan. Saya masih tertanya-tanya akan sebab mengapa ibu bapa dan masyarakat masih lagi tidak mengizinkan seseorang berkahwin ketika belajar. Sedangkan itulah sebaik-baik benteng dan penawar. Pernah saya membawa isu ini kepada beberapa 'orang lama', ternyata alasannya hanyalah takut tidak dapat fokus untuk belajar, segan dengan keluarga lain, tiada di kalangan ahli keluarga lain yang berkahwin ketika belajar dan...(saya tidak dapat lagi memikirkannya)

Sehinggakan ada seorang kawan saya mendapat desakan sehingga ibunya tidak akan meredainya jika dia mengambil keputusan untuk berkahwin ketika belajar. Alangkah kolot pemikiran lapuk masyarakat kita. Kita seharusnya sebagai mahasiswa menilai secara matang. Persoalan kahwin semasa belajar bukanlah menjadi persoalan, tetapi sejauh mana kesedian kita. Itulah perkara utama yang harus dipertimbangkan, jika mampu dan telah tiba waktunya, bersegeralah untuk berkahwin. (Saya menasihati diri ini juga).

Persoalan ini jika dibincangkan terlalu panjang lebar, insyaallah saya akan menulis tentangnya dalam post yang lain.

Berbalik kepada cinta dan hati.


Pernahkah anda menyintai seseorang?

Anda akan mendapat jawapannya sekiranya melihat beberapa alamat ini. Tanda cinta yang pertama ialah mengikut orang yang dicintai. Seorang perempuan yang benar-benar menyintai seorang lelaki akan mengikut kata lelaki tersebut, taat dan patuh akan nasihatnya. Begitu juga seorang lelaki yang menyintai seorang perempuan. Keduanya, sanggup berkorban. Oleh kerana itu seseorang sanggup menggadaikan apa sahaja hanya kerana cinta. Yang ketiga, hanyut dalam cintanya. Seorang lelaki pasti selalu menyebut-nyebut nama perempuan yang disukainya atau selalu terkenangkannya; samalah keadaannya bagi perempuan. Inilah keadaannya jika seseorang sudah ke peringkat kemaruk cinta.

Hm... pernah alami tanda-tanda ini?

Sekiranya tidak, bermaksud anda masih tidak pernah menyintai mana-mana insan. Tahniah, dan peliharalah diri anda sebaiknya. Sekiranya pernah, tidak menjadi masalah, itu adalah normal.

Terakhirnya, ke mana hala tuju cinta yang suci? Jawapnnya mudah, reda Allah. Cinta kepada seseorang kerana allah akan membawanya kepada pengabdian diri kepada Allah. Dan perkara ini tidak akan tercapai selagi mana lelaki dan perempuan itu belum berkahwin. Oleh sebab itulah apabila seseorang berkahwin, bermaksud dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kehormatannya terpelihara.

Dengan mempunyai teman hidup yang soleh dan solehah membawa seseorang menuju reda penciptanya, lantaran kedua-duanya saling ingat mengingati, saling bersama dalam ibadat, saling memahami dan menghormati dan saling sayang menyayangi. Segalanya kerana Allah. Suami yang baik memelihara isterinya sebaik-baiknya, menyayangi sepenuh hati dan membimbingnya ke jalan ilahi. Isteri yang baik taat setia kepada suaminya, memelihara rumah sebaiknya, membahagiakan suami dan melayani suami dengan lemah lembut. Alangkah indah cinta dalam islam.

Namun ingat sahabatku, cinta yang saya maksudkan di atas bukannya mudah untuk diraih lantaran amat sukar mencari teman yang soleh dan solehah dalam zaman fitnah sekarang. Oleh itu, bagi yang belum pernah jatuh cinta, peliharalah diri dari menyintai seseorang. Bagi yang telah menyintai seseorang, tetapi masih belum meluahkannya; bertahanlah, dan pendamkanlah dahulu. Sampai masanya untuk berumah tangga, baru anda luahkannya. Bagi yang telah meluahkan isi hati sepada seseorang, segeralah berkahwin... atau putuskan hubungan.


Pasangan yang baik, ibarat permata berharga yang tersimpan rapi di dalam cangkerang. Hadirnya tidak dapat dilihat, ia tidak menyerahkan dirinya kepadamu dan menyatakan hatinya kepadamu tetapi ia sedang menunggumu di sana. Dia sentiasa mendoakanmu agar bahagia. Dan bila tiba masanya ia akan menjadi milikmu. Dengan syarat.. kamu jua menjadi permata yang tersimpan rapi.


Sekadar cetusan rasa
Ekspressi jiwa tentang cinta
Agar jelas bahawa cinta itu tidak buta
Andai didasari dengan iman dan taqwa


Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud..

- Rossa, Ayat-ayat cinta -

19 comments:

hakimi mahmud said...

LOVE ALREADY DEAD..WHAT REMAINS ARE ONLY DREAMS AS THE PASSION ITSEFL

Hazim Azhar said...

Maybe it is right if we doesn't have heart anymore.

Whether u believe in love or not, it is still in your heart; even you doubt it.

It still remain as our god create it as a part of our life, as a part of our soul.

Anonymous said...

kahwin..... masa belajar...... bukan x boleh... tapi mampukah kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri dalam masa yang sama... belajar... kalau mampu, go ahead, tak ada salahnya memelihara diri dari nafsu. Kehidupan selepas perkahwinan tidak mudah tetapi... indah. Besar tanggungjawab yg harus dipikul. There is a void in every human being... and the void is to be fill with their partner.

Bagi ibubapa yg tidak membenarkan anak2nya berkahwin semasa belajar bukanlah kolot semata-mata. Kebanyakan mereka masih tidak mempercayai yg anaknya berumur 17-24thn cukup matang/bersedia untuk menempuh alam perkahwinan(lepas 24thn, dah kerja). Duit makan pon pakai duit biasiswa..... cerminkan diri kita dahulu, fikirkan apa yang kita ada. You have to prove that you are really ready for that life.

Tak perlulah sampai nak putuskan hubungan kalau tak boleh kahwin masa belajar. Kalau dah jodoh, tak kemana. Tapi dalam masa yang sama kita juga perlu mencari, kalau tak cari tak dapat.

Kesimpulannya, fikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan. See from every angle even it is not possible. Be in their shoes if you want to know how they thinks, make decision, and behave.

From all your writing, I know that you are really a good, soft guy. But you have to learn more about the cruelty of life.

sorry for this long comment. you dont have to approved this.

Hazim Azhar said...

Thanks to anonymous 4 your comment.

I've heard like this hundreds times. I still want to approve your comment as 4 telling the reality.

Memang perkahwinan bukan mudah tetapi indah. Saya ingin mengajak pembaca sekalian berfikir, antara kesusahan untuk persediaan berkahwin awal dengan kesusahan jika terlanjur.

Yang mana satu lebih perit?

Yang mana satu lebih merana?

Sudah tentu kesusahan jika terlajur itu tersangat pedih dan sengasara berbanding dengan kesusahan sementara yang mungkin terjadi jika berkahwin awal.

Berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud, "wahai sekalian pemuda, berkahwinlah, jika tidak berpuasalah.. itu adalah ubat" (lebih kurang maksudnya)

Ini menerangkan bahawa itulah satu2nya jalan terbaik menyelesaikan isu2 sosial yang semakin meruncing.

Ia tidak dapat lagi dibuat dengan hanya sekadar pendidikan seks, penerangan, kempen2, dan kursus2.. Kerana nafsu ibarat api. jalannya hanyalah mendirikan rumahtangga atau berpuasa.

Berkahwin semasa belajar menjadi satu isu bagi yang merasakan diri kita belum matang (usia 20-24).

Sahabat, kematangan itu boleh dibentuk dan diasah melalui akal.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita berfikir bahawa masih belum matang, maka begitulah kita selamanya. Sehigga umur 26 sekalipun, jika kita merasakan masih belum layak. Kita takkan layak.

Semuanya berkaitan dengan minda.

Sedikit penerangan..

1)Sumber rezeki. Janganlah risau dengan sumber kewangan, sungguh Allah telah berfirman dalam quran;

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka dengan karunianya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha Mengetahui" (QS. 24 : 32).

Bukankah rezeki itu milik Allah dan Allah akan mencukupkan rezeki baginya berdasarkan firman di atas.


2)Berpisah. Kerana mustahil bagi sepasang couple untuk menghindari diri menghampiri zina.

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari penzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berharat dan berharap. Semua itu direalisasi oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).

Persoalannya, adakah mampu kita menahan diri dari memikirkan si dia sedangkan 'message'nya tiap hari menyebut, "Sayang awak.. luv u..rindu awak..dll"??

Benarkah mampu dari menahan diri dari memandang wajahnya ketika keluar bersama?

Betul2 mampu ke menghindar dari tidak bercakap dengannya sedangkan tiap malam bergayut?

Bagi yang lelaki, benar ke mampu tidak memikirkan yang kotor kepada girlfriend anda. Kalau anda kata "mampu", saya bersaksikan bahawa anda sedang menipu.

Saya amat yakin dan pasti 100% jawapannya; TIDAK.

Al-Hakim meriwayatkan, “Hati-hatilah kamu dari bicara-bicara dengan wanita, sebab tiada seorang laki-laki yang sendirian dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.”


Jadi bagaimana?

Sama ada teruskan keadaan begitu dalam hidup bergelumang dengan maksiat, siang malam maksiat. Atau anda berpisah dengannya agar menghindari zina. (dalam koteks yang luas seperti dalam hadith di atas)

Setuju?

Hazim Azhar said...

Oh ya, lupa untuk memberitahu..

I have thinking about this for years, n this is my result. I've seen in every aspect of life about love.

Don't think i haven't been in the shoes, n just telling my fantasy.. but, i've been in the shoes n feel what u all feel.

I know that i'm not lack about this, as experience teach me how is actually true love.

Also, I've learnt about cruelty of life - n in my opinion, the biggest cruelty is putting Allah's law behind our desire.

Anonymous said...

The thing speak itself.

For those who approach LOVE is the one who approach sincerity of relationship.

No, wrong.

It's not LOVE they approach. It's the desire we called, LUST.

Sincerity is just a weapon to convince.

Afterward, they betray. If it isn't the zina, they might do something transgressed Allah's jurisprudence.

This is common for MEN.

UNLESS, if it's true, THEN DO IT ethically [the word I mean is that the right way in Islam], approach her family, ask their opinion.

Would that be something hateful or disgusting?

If I were parent and come across this situation, I wouldn't hesitate by saying say NO. I'll consider it.

This is my own opinion, as a man.

Nice post there.

Hazim Azhar said...

Syukran akhi akmal..

Terima kasih juga untuk Rantong

panglima said...

Assalamualaikum...bersetuju dengan penyataan perkahwinan adalah antara penyelesaian terbaik menghadapi masalah cinta sosial yg dihadapi hampir semua remaja.

Dan sememangnya dapat diperhatikan, kebanyakan anggota masyarakat masih tidak dapat membenarkan anak2 mereka berkahwin ketika belajar atau pada usia muda.

Tapi, (point komen ana) bukan semua ibu bapa tidak benarkan kerana tidak bersetuju dengan kahwin ketika belajar, tapi ada yang masih kurang yakin dengan anak2 mereka memandangkan mereka lebih mengenali anak2 mereka.

Jadi, kita sebagai anak, (apabila tiba masa), sepatutnya menunukkan kpd ibu bapa kita yang kita dah mampu, yakinkan meraka kita dah matang dan boleh berumah tangga. Jangan, minta nak kahwin, tapi ibu bapa tak penah nampak kita ni berdikari.

Ibu bapa yang faham agama, biasanya tak kisah untuk membenarkan anak2nya berkahwin, cuma anak2 lah yang perlu membuktikan bahawa dia sebenarnya benar2 mampu...

-sekadar perkongsian-

Hazim Azhar said...

yep... setuju dengan panglima.

Anonymous said...

I’m not someone that can quote from Quran or Hadith easily. I’m just a regular guy that is still searching for the true path of life. Just stumble upon your blog.

Keterlanjuran berpunca dari diri sendiri. Adakah cinta itu berlandaskan nafsu semata-mata. Adakah terlalu sukar untuk mengelakkan diri dari berzina? Apakah gunanya akal jika ianya tidak mampu mengelakkan diri dari melakukan perbuatan terkutuk.

I’ve never against the marriage. But while you are still studying… mmmmm…. There are too many things that you have to consider if you want to get married. How are you going to divide your life as student and husband/wife? What happen if you have child? Living together with someone…. You better be ready tolerate, give and take.

An opportunity to study doesn’t come easily. Finish it first; you need 100% focuses to complete your studies. Is it really hard to wait for just…. 3-4 year, to finish study and get married.?

Marriage is not the only solutions to the social crisis. Married to someone just to prevent us to do immoral thing??? Does not feel so right…… there are far more reason beyond that.

17-24 is a transition age, an age that we feel that we are the mature enough to face the world in our way. But at the end we are just naive. I have also been through that age.

Beramal seperti kamu akan mati keesokan harinya; dan bekerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun. Rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita tidak mencari. Rezeki milik Allah, tapi adakah Allah akan memberi kepada orang yang tidak berusaha mendapatkannya?

Money…… can’t buy everything; but everything needs money.

Nafsu ibarat api…. Adakah kita sanggup dibakar oleh hawa nafsu?? Gunalah akal dengan sebaik-baiknya.

Ikut rasa binasa; ikut hati mati.

Thinks for the unthinkable and see from an impossible angle; you might learn more by doing that.

Have been in their shoes…. But still it just seems you lack/fail to understand them. Don’t be so ego and arrogant. Sometimes put aside your heart and think only using your head.

The biggest cruelty is putting Allah’s law behind our desire; but is it not cruel using Allah’s law for our desire??? What are your desires right now? Just think that first.

If you are still feel that you can handle marriage life while you are studying; just go for it. Your life, you decide for it. Prove it to everybody.

Mukmin bin Mohd Khairi said...

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

p/s; hakikatnya cinta kita di dunia sering dilalaikan dari cinta ilahi. kurang mereka yang inginkan cinta manusia ini yang boleh mengwal diri dari cebisan2 maksiat. Malah, perkara inilah yang menjadi asbab utma.. untuk maksiat2 yang seterusnya.. (sungguh mudah bibir berbicara.. huh)

Hazim Azhar said...

To anonymous..

Ya, kita berbeza dari segi latar belakang keluarga, pendidikan dan sejarah. Saya dapat rasakannya.

Walaupun kita berbeza, namun saya masih menganggap kamu sebagai saudara saya sendiri..Kerana kita adalam muslim. Muslim itu bersaudara.

Mungkin saudara menganggap saya masih 'childish' dan belum matang mengenali dunia. Ya, mungkin... namun saudara, kematangan yang sebenar bukanlah diukur dengan umur semata-mata, tetapi berdasarkan kematangan kita berfikir.

Sejauh mana kita matang dalam menentukan yang terbaik untuk kehidupan dan befikir atas segala sesuatu yang berlaku di sekitar kita. Itulah sebenarnya kematangan.

Saya ada pemikiran saya sendiri berdasarkan hujah dan dalil yang jelas.. Saudara juga ada pemikiran saudara sendiri.

Terpulanglah jika ingin menerima pandangan saya atau tidak, saya tidak pernah memaksa sesiapa menerima idea dan pemikiran ini. Sekiranya dirasakan baik, ambillah. Jika tidak setuju, terpulanglah.

Bukanlah perkahwinan itu adalah 'desire' semata2 dengan menggunakan hukum Allah sebagai alat. Bukan begitu saudara..

Tetapi itulah satu-satunya cara yang halal bagi menggantikan zina.

Sekiranya dirasakan diri mampu menahan nafsu dengan mudah, maka berkahwin lewat itu mungkin baik. Berkahwin awal itu hanyalah untuk mereka yang sukar menahan nafsu dan ingin memelihara kehormatan diri.

Saya menghormati pendapat saudara.

Cuma saya menulis semua ini dengan meletakkan agama islam itu sebagai neraca ukuran, bukan pemikiran semata2.

Isyaallah, saya akan buktikannya suatu masa nanti. (moga Allah permudahkan)

Hazim Azhar said...

Saya juga memohon kemaafan jika tersilap kata dan terkasar bicara. Bukan bermaksud untuk ego dan sombong.. cuma mungkin kesilapan saya dalam menggunakan ayat dan kata dengan baik. Maafkan saya.

Kepada saudara anonymous.. Semoga bertemu dengan 'true path of life'. Sekiranya inginkan rakan borak mengenainya, saya sedia untuk membantu.

Salam perkenalan dari saya, mushahid89@yahoo.com.my

[amiza malik] said...

love talks. tolonglah. tak larat pk dah. cuma nak pesan, hati-hatilah.

all d best o.0

Hazim Azhar said...

hehe.. sape suruh fikir?

Cuma perlu bersedia sahaja.


thanks.

Anonymous said...

To the blogger, I’m really sorry if my word is harsh and ruthless.

True, maturity doesn’t depend on age.

I’m just telling what’s in my mind and it up to you whether to accept it or not. We cannot force people to follow our ways.

Yang baik datang dari Allah; dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

Salam.

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

salam dr ajim....
nanti kita dgr forum bait muslim, k...
x lama dh tu..

Hazim Azhar said...

Salam ustaz Os...
insyaallah, kt dengar sesame eh.. =P

Ana pun dah lame tunggu utk ke majlis nta ni..

Bila lah agaknya..

Ateey said...

salam..

wah best artikel ni..

^amat bermanfaat^

:D

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com