hover animation preload

Selamat Tinggal dunia
by Hazim Azhar in ,

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam

Yang menciptakan hidup dan mati, dan mati itu sebagai satu kehidupan pada suatu masa nanti. Dan atas kehidupan yang pasti itu kita akan dibalas dan diganjarkan dengan bahagia atau sengsara yang selamaya.

Tatkala aku menulis secebis coretan ini, baru sahaja aku bermimpi telah pergi ke alam lain. Ke sana. Meninggalka dunia yang fana.

Dan maut yang cuba aku larikan diri itu, akhirnya apabila tiba saatnya, langkah jadi mati, tubuh jadi kaku, bibir kelu, yang ada hanyalah.."Allah..Allah..Allah" yang terbisik di hati. Aku cuba melafazkannya, akhirnya aku dapat jua menyebut kalimah syahadah. jari telunjuk di halakan ke atas, seperti menyaksikan Allah itu satu. Dia yang Esa. Tiada tara bandingnya. Sekujur tubuh terasa kesejukan, kegersangan oleh aliran darah. Seolah kosong. dan bibir pun akhirnya terhenti.

"Allah.....Allah....Allah...."

Entah bagaimana air mata deras mengalir, tatkala baru sahaja tersedar dari mimpi yang seolah realiti. Mungkin hampir-hampir menjadi realiti. Seluruh tubuhku terasa kebas di atas katil. Dalam kegelapan ini, tiada apa yang kulafazkan melainkan kalimah istighfar dan nama tuhanku. Sekali lagi air mata menitis. Mengenangkan mati. Menghadapi saat kematian.

Andai ini satu petunjuk dari tuhan, aku memohon seribu satu kemaafan kepadamu kalian wahai manusia. Maafkanlah segala silap dan salahku, segala kekasaran bicaraku, segala khilaf diri ini. Aku tidak pernah sempurna dan terlalu banyak melakukan kesilapan demi kesilapan.

Ya allah wahai tuhanku,
Sungguh hambamu ini terlalu banyak silapnya, terlalu berdosa di dunia. Aku mengaku aku bukanlah hambamu yang baik. Ya allah tuhan yang maha pengasih, ampunkanlah dosa ini ya allah, segala keburukan yang pernah dilakukan oleh tangan, kaki, mata, mulut, telinga dan seluruh tubuhku ini.

Buat mereka yang kusayangi, seandainya aku pergi, relakanlah aku ke sana. Aku tetap menyayangimu hingga bila-bila. Usah kau tangisi pemergian ini. Kupohon hanya disebut namaku dalam doamu.

Ya, aku masih bernafas.. tetapi jika suatu hari nanti aku pergi, entah bila tiba waktunya.Sebelum terlambat, ingin aku lafazkan sekarang ..

"Selamat Tinggal Dunia"

0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com