hover animation preload

Hai, boleh kite jadi kawan?
by Hazim Azhar in ,


Saya teringat ketika zaman sekolah dulu, saya tidak banyak kawan perempuan, eh sekejap.. saya tiada kawan perempuan. Yang ada hanyalah kenalan, yang kami hanya berhubung jika perlu; untuk organisasi, kelas, pelajaran, maklumat penting dan persatuan. Tidak lebih dari itu. Dan saya tidak pernah mempercayai bahawa lelaki dan perempuan boleh hanya menjadi kawan, apatah lagi kawan baik.

Pernah sekali saya berkata kepada rakan-rakan kelas, yang saya tidak ada kawan perempuan, mereka mentertawakan saya. Dan mengatakan saya adalah seorang yang berfikiran sempit, syadid, keterlaluan. Saya hanya tersenyum dan diam, melihat mereka terus mempermainkan saya.

Setelah hidup selama 22 tahun dan memahami keadaan dunia remaja, saya katakan mustahil untuk lelaki dan perempuan menjadi hanya 'kawan'. Sama ada mereka menyembunyikan perasaan tertarik atau suka dalam hati, tapi tidak ditunjuk dan dilafaz. Ataupun mereka akan menjadi lebih daripada kawan, mudah fahamnya; sepasang kekasih.

Saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran perempuan, mungkin mereka boleh berkawan dengan siapa sahaja. Tapi bagi lelaki yang lebih mudah tertarik dengan perempuan, menyebabkan ianya menjadi agak mustahil untuk menjalin persahabatan, sebagaimana mereka berkawan dengan kawan-kawan lelaki yang lain. Mesti ada perasaan tertarik kan?

Perasaan fitrah ini membuatkan kita tidak dapat menyamakan antara kawan lelaki dan perempuan. Kalau yang lelaki, mesti menganggap 'kawan perempuan' tersebut sedikit special. Ataupun dia hanya menyembunyikan dan tidak melayan perasaannya. Apapun, kawan lelaki dan perempuan tidak akan sama, tidak pernah akan sama.

Anda masih tidak percaya? Cuba pejam mata dan fikirkan secara sejujurnya... adakah anda tertarik kepada jantina berbeza andai dia cantik/handsome?

Jika ya, mustahil untuk anda HANYA sekadar berkawan dengan mereka, kerana setahu saya 2 orang kawan tidak tertarik kepada satu sama lain, atau dalam istilah english, physically attracted. Itu bukan lagi kawan namanya.

*****

Semalam saya ternampak 2 orang pelajar Malaysia bermotor berjumpa dengan seorang perempuan, tiba-tiba saya terfikir semula, benarkah lelaki dan perempuan boleh hanya menjadi kawan?

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terkenang semula pengalaman dulu, ketika ada perempuan berkata kepada saya; Assalamualaikum, saya _ _ _ _ _ _, boleh kita jadi kawan?" .................................................. (*.*)'

** Selepas membaca entry saya ini mesti kamu dapat agak apa jawapan saya kan?


6 comments:

Anonymous said...

kenapa video ni semua perempuan kata yes?
absolutely not.girl can never be friend with guy.
unless, ada "agenda" lain.

salam...:)

Anonymous said...

sangat sokong dengan post enta nie. namun remaja sekarang suka katakn "kami just kawan jer pon takkan takleh kot". mmg mula2 kawan tp kalau dah kata lain jantina,lama2 akan timbul satu perasaa. baik perempuan mahupun lelaki.
"perempuan2 yg keji utk lelaki2 yg keji,dan lelaki2 yg keji utk perempuan2 yg keji,sedangkan perempuan2 yg baik utk laleki2 yg baik,dan lelaki2 yg baik utk perempuan2 yg baik. mereka itu bersih dari apa yg dituduhkn org. mrk mmperolehi ampunan dan rezeki yg mulia (syurga)."
(an-nur:26)
terang2 firman Allah swt dlm quran. kalau lainnya,La Taqrabuzzina...
nauzubillah,semoga hati2 kita ini dilindungi Allah swt agar tidak termasuk dlm golongan ahlunnar... persoalan,kalau add atau komen atau accept fb lelaki@perempuan cmne yek??? ^_^

Hazim Azhar said...

anonymous :

Approve/komen facebook ; Ia bergantung kpd niat dan diri sendiri.

Kalau niat utk sebarkan perkara2 kebaikan dan utk keperluan (akademik etc), takpe la.

Tapi better tak perlu.

AMAL SAZALI said...

setuju! kenalan bukan kawan :D

Anonymous said...

http://youtu.be/0IT7bT7LplY

sekadar perkongsian kartun animasi selain uoin ipin. kartun yang menberi manfaat buat kanak2. dan semoga biro media suatu hari nanti ada keluar kartun beranimasi dalam menyampaikan dakwah ISLAM... ^______^ robbuna yusahhil...

Anonymous said...

http://youtu.be/0IT7bT7LplY

sekadar perkongsian kartun animasi selain upin & ipin. kartun animasi memberi manfaat buat kanak2 terutamanya. moga suatu hari nnti media isma jugak boleh hasilkan kartun animasi dalam menyebarkan dakwah ^___^ robbuna yusahhil...

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com