hover animation preload

Kesihatan dan fitness remaja.
by Hazim Azhar in , , ,

Kalau badan sihat, semua kerja jalan. Terlalu banyak peribahasa dan kata-kata hikmah yang menyebut tentang kesihatan, sengaja saya tidak menyebutnya di sini kerana ia semua telah menjadi terlalu tipikal, sehingga jika ditulis di sini, mungkin akan menjadikan entry ini kelihatan bosan.

Semua orang inginkan tubuh badan yang sihat dan cantik, khususnya remaja kerana zaman inilah zaman kegemilangan dalam hidup seseorang. Remaja adalah kekuatan antara 2 kelemahan; iaitu zaman kanak-kanak dan zaman tua. Saya tahu saja, kalau yang lelaki berada di depan cermin akan dilihatnya muscle biceps dan kegagahan tubuhnya selain muka dan rambut. Perempuan pula tak kurang begitu, betul tak? Saya kira, kalau ada camera yang merakam aksi di depan cermin dan kita lihat semula, nescaya kamu akan tergelak kembali dan berkata; "perasan jugak aku ni".

Mungkin bukan semua begitu, ada yang tak kisah tentang kekemasan dan bentuk tubuh badannya. Tapi majoriti kita begitu, percayalah. Siapa yang tersenyum atau tergelak membaca perenggan di atas, dia adalah orang yang saya sebutkan.

Baiklah, saya taknak buat intro panjang-panjang, so kita terus kepada isi utama ;



Protein sangat penting dalam pembinaan muscle dan memperbaiki sel-sel tubuh


1) Menjaga pemakanan.

Ramai orang yang nak cuba menjaga fitness tapi soal makan diabaikan. Pertamanya, cara pemakanan yang betul adalah dengan makan sedikit tapi kerap, bukan makan banyak-banyak dalam satu masa. Kita pergi kepada point basicnya; "Never skip your meal" dan "make sure your diet is balanced". Point pertama, jangan sesekali tinggalkan sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar oversea ramai yang skip meal, khususnya sarapan. Budaya sebegini sangat tidak baik untuk fitness.

Baiklah, sarapan adalah sangat penting dalam memastikan hari-hari kita bertenaga. Kita perlu mendapatkan supply protein dan carbohydrate yang 'ringan'. cadangan saya ialah; susu secawan sebagai minuman, quacker oat atau roti sandwich untuk makanan. Nasi goreng, nasi lemak dan menu-menu typical lain juga boleh diamalkan tapi jangan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak banyak.


Telur ayam adalah antara sumber protein terbaik

Itu tentang sarapan, baiklah.. generally, diet kita perlu balanced antara protein, carbohydrate, dan minerals/vitamin khususnya (saya ringkaskan). Jadi, pastikan dalam setiap hari kita ada sumber protein yang kita ambil (ikan, ayam, daging, telur, kacang-kacang dan sebagainya). Protein sangat penting untuk muscle development dan menggantika sel-sel tubuh yang rosak. Jadi buat mereka yang sedang maintain fitness, anda perlu mendapatkan protein yang terbaik seperti telur ayam. Carbohydrate seperti nasi, makarona, oat, gandum, roti juga sangat penting untuk tenaga.


Antara sumber Carbohydrate

Mudahnya, pastikan dalam setiap kali nak makan, kita tanyakan kepada diri sendiri, "cukup tak balance nutrient makanan aku ni?" Pastikan setiap hari, ianya cukup.


2) Sukan atau bersenam.

Cara mendapatkan kesihatan dan tubuh badan yang cantik adalah dengan mengamalkan senaman dan sukan. Sesi senaman yang terbaik adalah sekurang-kurangnya 20 minit dengan kekerapan 2 kali seminggu. Ini adalah tahap minimum yang perlu diamalkan untuk menjaga kecergasan fizikal. Namun bagi mereka yang sedang dalam sesi muscle building, latihan perlu ditambah dan cara senaman perlu betul. Saya akan cuba kongsikan basic yang saya tahu ya.

Baiklah, physical training terbahagi kepada 2 komponen; muscle strength (kekuatan otot) dan cardio (kekuatan jantung / stamina). Seseorang perlu melakukan kedua-dua aspek ini, bagi mendapatkan tubuh badan yang fit dan kuat. Katakanlah, kita hanya fokus kepada satu aspek; muscle building sahaja tanpa stamina, kita akan menjadi seorang yang nampak gagah tapi lembik dan lemah. Buat sikit kerja sudah letih. Dan kalau kita hanya fokus stamina tanpa muscle building, kita akan menjadi orang yang cergas tapi agak kurus.

Jadi ia perlu seimbang. Contohnya, sesi muscle building kita pergi gymnasium atau buat gym sendiri di rumah (saya akan membuat satu entry tentang ini nanti). Waktu lain pula kita perlu jogging dan skipping. Jadi ia memastikan, otot kita akan terbina cantik serta jantung kita berfungsi dengan baik, secara tidak langsung stamina kita akan bertambah.


Jogging perlu diamalkan untuk stamina dan jantung yang sihat

Saya ada cadangan bagi lelaki, kepada siapa yang betul-betul ingin mendapatkan tubuh yang cergas, anda boleh mencuba boxing di rumah; hanya dengan menumbuk punch bag dengan cara dan kaedah yang betul, bukan berlawan. Saya telah dapati ia adalah sebahagian kaedah fitness yang berkesan, kerana ia amat menguji kekuatan otot dan kemantapan stamina. Ia nampak mudah, tapi percayalah, ia sangat meletihkan dan berisiko jika dilakukan tanpa cara menumbuk dan menyepak yang betul.

Aksesori basic boxing; punch bag dan hand-wrap


Perlu dilakukan dengan teknik yang betul utk mengelakkan kecederaan sendi


Sukan dan senaman membakar lemak dan membina otot yang cantik. Terdapat perbezaan antara orang yang berat dengan lemak dan berat dengan otot, saya yakin kamu juga tahu perbezaannya.



Penutup.

Semua sesi latihan fizikal ini perlu dilakukan secara sistematik, terancang dan berterusan jika ingin mendapatkan manfaat. Jika anda hanya semangat tahi-tahi ayam, ia takkan memberi manfaat. Ingatlah, masa sebahagian daripada rawatan. Semuanya memerlukan masa untuk membuahkan hasil.

Saya telah mengamalkan semua ini selama setahun secara serius, dan akhirnya dapat juga menaikkan berat badan 10 kg berbanding tahun lepas. Ia adalah satu jangka masa yang agak panjang, tapi percayalah, kesihatan yang kita perolehi dengan usaha lebih baik daripada kesihatan semulajadi yang sedia ada. Cergas dan bertenaga, fitness yang berkesan ; akan menjadikan anda siapa diri anda yang sebenarnya.


Selamat beramal buat para pembaca

0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com