hover animation preload

Ikhwahku...
by Hazim Azhar in

16 Julai 2010.

Selamat menjalani kehidupan baru, Amin.

Diriku kembali keseorangan. Di rumah ini, aku seorang diri. Dan mengingatkan aku tentang hidup ini yang hakikatnya kita akan berseorangan akhirnya. Di sana, akhirat yg menentukan segalanya. Malam ini satu-satunya ahli rumahku telah pulang ke Malaysia, dan tidak akan kembali tinggal bersamaku, tapi insyaallah bersama pasangan seumur hidup. Aku doakan segalanya dipermudahkan.

Kita tidak mampu hidup sendirian, kerana fitrah kita memerlukan seseorang dalam hidup ini. Seseorang untuk kita bercakap, bertemu, berbual dan bergurau. Dan atas jalan dakwah yang aku fahami ini juga, mengajarku untuk sentiasa bersama sahabat sefikrah agar kita tidak lemah dan meninggalkan jalan dakwah ini. Oleh itulah aku perlu bertemu dengan manusia-manusia yang digelar "ikhwah", agar hati ini sentiasa berasa teguh.

Buat insan yang bergelar 'ikhwah', seandainya kamu sedang membaca tulisanku ini, ketahuilah bahawa aku tidak mampu hidup tanpamu. Aku tak mampu tsabat tanpamu. Aku lemah dan hilang punca tanpamu. Bukan bermaksud bahawa aku hanya bergantung kepadamu, tapi hakikatnya jalan ini menuntuk kita menjadi kuat dan sentiasa bersama. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat dielak, kita tak mampu sendirian dalam alam yang sentiasa bergelora. Iman kita terbatas.

Aku sedar, bahawa aku bukanlah 'akh' yg terbaik. Dengan sejarah silamku tidak sebersihmu, tidak sesempurna kamu semua.. tapi aku masih tetap tidak jemu-jemu untuk menjadi salah sebahagian daripadamu. Aku akan cuba bersamamu atas jalan ini. Jika tak mampu berlari, aku akan berjalan. Dan jika tak mampu melangkah, aku akan merangkak, dan aku harapkan tangan-tanganmu membimbingku yang lemah ini. Jangan tinggalkan aku sendirian. Aku merayu.

Jika kadangkala akhlakku tidak sempurna, dan perlakuanku tidak selari dengan bacaan fikrah kita.. maafkan aku. Aku sedar akan kelemahan dan kekurangan diri ini, yang sentiasa lupa dan alpa. Dan adakalanya aku melampaui batas, melupakan nasyid-nasyid jihad yang pernah kita nyanyikan bersama linangan air mata. Juga pernah aku lupakan pelukan eratmu ketika bersalaman berjanji untuk terus setia atas jalan ini

Dan malam ini, dalam kesepian ini aku menaip bait-bait ini dalam linangan air mata. Mengenangkan kesalahanku dalam tidak bersungguh, suka bertangguh dan mengabaikan tanggungjawabku. Aku hanyalah manusia biasa yang cuba menjadi soleh. Dan dalam percubaan itu aku sering diganggu oleh usikan nafsu yang membinasakan, pujukan syaitan yang membina tembok pemisah antara aku dan kesungguhan. Namun aku tidak akan berhenti berharap kepada Allah, agar diri ini tetap teguh menghadapi segala cabaran dalaman ini.

Ikhwahku.. aku perlukan kamu semua.


*******


Buat Amin.. tahniah kuucapkan, kerana telah bertemu dengan teman hidup dalam jalan yang kita bersama imani ini. Segala kebaikanmu terhadapku, akan kukenang sehingga bila2. Maafkan juga segala kesalahanku sepanjang kita tinggal serumah. 2 bulan bersamamu, mengajarku erti kesabaran, ketenangan dalam menghadapi kemarahan, berhati-hati dalam kata-kata, dan sentiasa menunjukkan senyuman biarpun masalah melanda. Semua ini telah kau tunjukkan kepadaku dalam perlakuanmu terhadapku. Terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan.. Kita akan tetap bersama dalam fikrah ini, moga bahagia sentiasa bersama isteri tercinta.


2 comments:

aiyqosim said...

Hazim hazim~.... nta plak la lpas ni... ke nak tinggal sorg lagi??

Hazim Azhar said...

huhu.. ana nanti dulu la.. nak tinggal same ahli bet baru kat malek saleh. :)

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com