hover animation preload

Sikap Positif Arab
by Hazim Azhar in ,

*Entry kali ini hanya coretan pengalaman saya bersama sahabat-sahabat Arab di kuliah.


Petang tadi setelah tamat peperiksaan, saya berbual dengan kawan-kawan arab di luar Department Pathology. Lama juga saya bersama mereka. Hampir setengah jam. Ketika sedang berbual-bual, saya terkenang kehidupan saya ketika tahun satu yang begitu menyeksakan. Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman, pasti mengetahui bagaimana susahnya untuk hidup sendirian dalam komuniti asing. Ketika lidah kelu bercakap bahasa Arab dan akal tidak dapat mentafsir perkataan dari telinga. Ketika itu terasa berat kaki untuk hadir ke kuliah.


Ketika 'international day' di Cairo University (Rakan sekuliah)


Ketika awal-awal saya dimasukkan ke kuliah Arab, saya berasa ‘inferior’ yang begitu dasyat. Hampir-hampir saya ingin menyalahkan takdir. Pernah sekali seorang kawan Syiria bertanya kepada saya, “Wein enta?” Saya bertanya kembali apakah yang disoalnya kerana tidak faham. Lalu dia mengulanganya berkali-kali dengan harapan saya memahami soalannya. Malangnya tidak. Kemudian dia pun berkata, “ tak mengapalah..”


Wein enta = Wa Aina Enta = Kamu ke/di mana?


Soalan simple sebegitu pun tidak saya fahami dulu. Maklumlah, saya hanya didedahkan dengan lahjah mesir sebelum ‘flight’ ke sini. Kalau mesir, mereka akan katakan “Ha turoh fen?”(kamu akan ke mana?). Setelah beberapa lama, barulah saya tahu perbezaan lahjah antara arab dari pelbagai Negara. Contohnya, (apa kabar?)


Mesir : Izzayyak? Akhbarak eh?


Saudi : Keif halak? Eish launak?


Sudan : Keif?


Dan pelbagai lagi contoh dari berbagai-bagai Negara Arab. Setelah hampir tiga tahun saya bersama dengan mereka, saya semakin dapat membiasakan diri untuk bergaul, berbual dan berurusan dengan Arab. Secara jujur saya katakan, sangat seronok bersahabat dengan Arab. Beberapa minggu lalu saya menziarahi seorang sahabat dari Ghaza, Palestin. Namanya Anas Muhammad. Ketika berada di rumahnya, kami berbual-bual tentang palestin, masalah-masalah yang berlaku di palestin dan macam-macam lagi. Satu pengalaman yang sangat berharga.


Mentaliti masyarakat arab dan melayu amat berbeza. Juga terdapat perbezaan antara isu perbualan dan perwatakan Melayu dan Arab. Kebanyakan Arab (saya tak katakan mesir sahaja) lebih matang dari sudut perwatakan dan pemikiran. Mereka lebih berani, gentlemen dan kemas. Saya ulangi sekali lagi, saya tak katakan mesir. Kerana secara jujur saya katakan, saya lebih selesa berkawan dengan kawan-kawan dari Saudi, Yaman, Saudi Arabia, Palestin dan Syiria berbanding Mesir. Kenapa? Kamu akan tahu jawapannya jika pernah bergaul dengan kawan2 mesir.


Oleh kerana perbezaan ini, saya sentiasa mengharapkan sahabat-sahabat Melayu sekalian agar berubah dari menjadi kebudak-budakan. Jadilah matang wahai sahabat sekalian. Mentaliti, isu perbualan, cara berpakaian, dan cara bergurau akan menunjukkan siapa kita. Ada beberapa perkara positif yang terdapat dalam masyarakat pelajar Arab. Pertama, kemas. Meraka sentiasa menjaga penampilan diri dari sudut berpakaian. Jadi, janganlah pakai selipar jepun saje ke kuliah. =)


Kedua, berdikari dan matang. Saya suka bergaul dengan arab kerana mereka matang dalam banyak aspek. Juga mereka berdikari, tidak hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan dalam mencari maklumat. Apa yang diperlukan, mereka akan cari.


Ketiga, berani. Melayu terkenal dengan sifat segan dan malu-malu sehingga mereka tidak dapat mengasah bakat terpendam. Bukan semua, tapi majoriti. Ini tidak dapat dinafikan, kerana pengalaman saya sendiri di sekolah, PLKN dan di Kolej Matrikulasi menunjukkan bahawa ‘segan’ adalah punca utama Melayu tidak berani bersuara. Sehingga apabila kita berani, ada pula yang menuduh kita mencari publisiti dan tunjuk hebat. Aduh.. kecewa sungguh dengan sikap sebegini.


Keempat, berterus terang dan memberi nasihat. “Sorohah Rohah” (Berterus terang akan membuatkan tenang). Kadang-kadang saya dapati Melayu tidak berani mengatakan “tidak” biarpun perkara tersebut amat dibencinya. Selalunya disimpan…disimpan… dan akhirnya cakap belakang. Ini sikap negatif yang amat saya tak suka. Sekiranya tidak setuju, suarakan pada tempatnya, bukan bercakap belakang atau mengumpat.



Sahabat yang paling baik dengan saya (Farouq - Sudan)

Juga dalam budaya memberi nasihat, Arab lebih kehadapan dari Melayu. Suatu petang saya sedang berehat bersama sahabat palestin. Kami saling bertukar pandangan. Sehinggalah saya berkata kepadanya; “Anas, ana I’ndi musykilah fi dirasati, ahyanan ana musy fahim, wa lau ana fahim bisur’ah nasiit” (Anas, aku ada masalah dalam pelajaran. Kadang2 aku tak faham, dan kalau aku faham pun cepat lupa). Kemudian dia menyebut beberapa hadith nabi, dan mengingatkan saya supaya banyak beristighfar dan berdoa moga Allah permudahkan. Dia tak malu-malu menyebut hadith nabi dan memberi nasihat kepada saya.


Perbandingan yang saya tuliskan di sini bukan bermakna Melayu itu lemah dan tidak bernilai. Bahkan ada beberapa aspek yang kurang dalam masyarakat saya sendiri. Jadi, saya harap kamu semua mengambil pengajaran. Juga pengalaman yang dikurniakan oleh Allah ini iaitu peluang bersahabat dengan berbagai2 Arab dari pelbagai negara, membuatkan saya ingin berkongsi sesuatu dengan kamu. Biarpun dalam bersahabat, saya lebih cenderung bersama Arab, tapi secara peribadi saya katakan Melayu ialah masyarakat yang terbaik. Betapa beruntung dilahirkan sebagai Melayu di Malaysia…

3 comments:

musafirtibbi said...

Bersyukur dikelilingi sahabat arab yang baik2 :)

Learner said...

Manusia diangkat dan dijatuhkan oleh siapa di sekelilingnya.

Semua Manusia punya potensi cuma tidak semua mampu utk "put them into action"; orang sekeliling lah yang biasanya jadi booster utk merealisasikannya. By saying booster, i mean a good friend...

La Yukallifu Nafsan illa Wus3aha....

Goodluck bro. Tahun 3 adalah pintu kpd segala 'trap' di dalam medical school. Never give up.

creamyfiodesi said...

Morocco : labas?
hehe..

mmg... setiap bangsa ade kekurangan n kelebihan yg trsendiri..sebab itu digalakkan utk berjalan n bermusafir di atas bumi ini...mengenal ciptaan Tuhan yg pelbagai...

subhanallah!

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com