hover animation preload

Sepucuk surat buat sahabatku
by Hazim Azhar in ,


Bismillahirrahmanirrahim. Khas buat sahabat yang masih mengenaliku. Semoga kalian dalam hidayah Allah sentiasa.

Ketika aku menulis surat ini, aku terkenangkan kamu semua. Biarpun aku sentiasa berjauhan dengan kalian, hati ini tidak dapat menafikan perasaan kasih sesama muslim yang masih subur kepada kamu semua. Oleh itu, petang ini aku menggerakkan jari-jemariku menaip bait-bait nasihat buat kalian yang sudi membaca tulisan ini.


Teringat aku tentang kenangan kita selama 5 tahun di sekolah yang sama. Bermula dengan tingkatan satu sehingga menjadi senior tingkatan 5. Terlalu banyak detik-detik indah yang telah terukir di lembaran kehidupan kita, sehingga membuatkan kita menjadi siapa kita. Kini telah 3 tahun kita berpisah dan masing-masing membawa diri, kehidupan yang tersendiri.


Mendengar kisah tentangmu membuatkan aku berasa sedih. Tentang keindahan hidup remaja yang semakin memalapkan semangat juang yang pernah kita bersama nyalakan dulu. Kata-kata tegasmu masih terngiang-ngiang di telinga. Kita pernah bersama berjanji menegakkan kalimah ilahi. Melangkah dalam satu barisan, tangan dipegang erat.


Namun kini..


Aku tidak mengerti apa yang telah berlaku. Adakah aku yang ketinggalan zaman, hidup dalam dunia jumud. Ataupun aku masih seorang budak yang tidak mengerti apa ertinya keseronokan. Aku tak mengerti. Apakah dakwah itu hanya dijalankan ketika ditaklifkan pihak sekolah. Sungguh aku tidak mengetahui apa yang telah berlaku.


Kisah-kisah cintamu terdengar di telingaku, dan dibuktikan dengan gambar-gambar yang megah ditayang. Gambar bersama kekasih tercinta. Melihat sahaja semua ini, air mata terus menitis. Duhai sahabat, apakah semua ini yang dikatakan keseronokan hidup remaja?


Masih teringat aku tentang pakaianmu yang sempurna, peribadimu yang baik dan akhlakmu yang indah. Namun kini semua itu menjadi ilusiku semata-mata. Puas aku berfikir tentang semua ini. Adakah aku yang terlalu mudah membuat kesimpulan tanpa bertanya tentang keadaan imanmu terlebih dahulu. Sekiranya benar ini yang berlaku, maafkan aku.


Jangan rasakan aku mengatakan mereka yang lain, tetapi engkau. Ya, engkau yang sedang membaca tulisan ini. Kamu yang mengenaliku bertahun-tahun di sekolah dulu. Kita pernah mengerti apa maknanya dakwah dan tarbiyah. Juga pernah mendengar tentang islam yang sempurna. Siang dan malam. Hidup dan mati. Islam itu adalah segalanya.


Aku tidak mengharapkan engkau memakai memakai kopiah, tudung labuh, niqab dan sebagainya. Tapi cukuplah dengan engkau menutup auratmu dengan sempurna. Mengamalkan islam dengan sepenuhnya. Cukuplah itu bagiku, harapan seorang sahabat. Juga aku tidak melarang kamu bercinta sekiranya ia tidak salah dalam islam. Aku juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Sama sahaja seperti kalian. Aku benar-benar harapkan janganlah kita calari cinta yang suci dengan maksiat yang kotor. Bukanlah dengan menayangkan gambar-gambar kekasih di dalam blog, facebook itu menggambarkan cinta sejati. Bukan begitu sahabat.


Jangan salahkan dia, jika bukan kita yang melakukannya. Bahkan kamu bersalah kerana tidak menegurnya dan merelakan gambarmu ditayangkan sesuka hati. Bukan begitu untuk membuktikan cinta. Bahkan buktikanlah cinta dengan kembali kepada Allah, mempersiapkan diri untuk berumahtangga, setia dan memelihara diri. Tidak perlu kita berhubung, keluar bersama kekasih hati kerana itu adalah maksiat. Sekiranya benar-benar cinta, setialah kepada dia, peliharalah diri, jadilah matang dan lamarlah dia sebagai pasangan hidup yang melengkapkan kehidupan kita. Agama kita.


Sahabatku, maaf seandainya kata-kataku menghiris hatimu. Atau ayat-ayatku terlalu 'skema' untuk diterima oleh akalmu. Aku tahu siapa diriku, dan aku tetap akan menjadi siapa aku yang dahulu. Tulisan ini adalah untukmu, hanya sebagai peringatan bersama. Sekiranya aku terlupa, maka ingatkanlah. Sungguh, aku masih menganggap engkau sahabatku. Dan aku sayang sahabatku.


Sahabatmu,

-Hazim Azhar-

Kaherah.

15 comments:

aisyah said...

hazim..
proud to have a friend like you..
:-)

hmm tarbiyah supposed to be satu proses yg berterusan,
once org dah jauhkan diri untuk ditarbiyah memang susah nak tarik balik..
and tarbiyah ni adalah untuk melahirkan mukmin mujahid yg bukan beramal and beriman untuk diri sendiri je..

so it's a good effort from you as org yg sedar untuk menyedarkan kawan2 yg dah tertidur..

good job!

Hazim Azhar said...

thanks sis, aku just harapkan kebaikan bagi kawan2 yg lain.

Bukan kewajiban aku saje, malah kita semua.

thanks again~

zulaikha said...

salam..
surat yang mengundang rasa rindu..

disebabkan surat telah tulis sebegini..ada soalan yg mahu ditanya..

'f' dan 't' merupakan schoolmate..
't' yg berada di mesir mengenali 'm'
'm'dan 'f' 'berkawan' sejak sekolah rendah..
'm' minta 't' menasihati 'f' utk jd seorg muslimah..
ttp 'm' masih berhubung dgn 'f' dan rakan 'f' yg berada di msia..
malah menayangkan gambar..yg membuat 'f' makin suke kpd 'm'
apa yg harus dilakukan oleh 't'?
apakah tindakan pertama yg perlu dilakukan?

maaf..bukan komen yg diberi ttp persoalan..
dan maaf dgn nama samaran yg diberik..mungkin memeningkan..

Hazim Azhar said...

hm.. mula2 baca pening juge. Tapi faham.

Sy nampak ia lebih kepada persoalan cinta. 'm' bukan hanya mahu 'f' berubah kepada kebaikan semata2, tapi ada niat lain.

baiklah, sy letakkan diri sy dalam situasi 't'.

Sy akan menasihati 'm' terlebih dahulu dan bertanyakannya apakah sebab ia mahukan 'f' berubah menjadi muslimah. Adakah kerana Allah? atau niat lain.

Sy pasti 'm' akan kata kerana Allah,(biasalah camni) tetapi sy yakin kata2 itu hanyalah alasan untuk menyembunyikan perasaan itu.

langkah pertama sy pastikan dulu adakah 'm' benar2 serius. Sekiranya 'm' itu memang serius utk berkahwin dgn 'f', bukan hanya berjiwang2 - sy akan bantu 'f'.

Tapi jika sebaliknya, sy tidak akan bantu sampai bila2. Biarpun 'm' memujuk sy dengan bersungguh2.


Kesimpulan : Pastikan apakah sebab untuk melakukan sesuatu sebelum kita melakukannya.

Mohd Saif Jamaluddin said...

begitu byk kenangan kita bersama sejak form 3 ke form 5....

harap kenangan ini akan terus di ingati....

ehh... lupe lak.....

kiter lain2 sekolah...

adeh....

Hazim Azhar said...

haha... macam2la saif.

Humaira Salahudin said...

salam..
kalo bkn shbt bleh komen ke?hehe..
just sharing..
prkare nie pun brlaku pd shbt2 sye & sye tls kat blog.
sye fikir nape diorg leh b'ubah jauh sgt?
cnclusion,sye x rse khidupn yg die lalui skrg nie.kalo dulu, sme2 bljr, tgl tmpt yg sme.
skrg dh x mcm dlu lg.mgkin ade ssuatu di luar sne yg trlalu mnrik prhatian & m'gubah sgala2nya.
ap2pun,we made our own choice, whether we realize it or not...

Hazim Azhar said...

yep, life is about making decision. Either good or bad.

shofar said...

baru saja baca Terasing. macam mengena. Siapa kita pada sahabat kita tak sepenting, siapa dia pada kita. Dia yang pernah kita ucapkan ukhwah fillah kepadanya, sedang menuntut haknya untuk kita kejutkan dia dari tidur. Sebutlah nama dia dalam doa dan tahajud kamu..

creamyfiodesi said...

pesona dunia~
musuh makin bermaharajalela~
palestin makin merana~
remaja makin leka~
hancurnya harapan bangsa~
akhir zaman yang penuh tipu daya~
apa yang ada?~
sebuah boneka tak bernyawa~
yang dikawal syaitan durjana~
habislah dunia~
...
sila tepuk tangan untuk saya~
atas penghasilan syair yang mantap isinya~

ahmad suhaib said...

salam akhi..mntk izin copy artikel ni utk dipostkan di blog batch utk manfaat smua..

mumkin?:)

Hazim Azhar said...

to shofar:
Insyaallah.

To creamyfiodesi:
Iye2.. aku tepuk tangan utk ko. =)

Suhaib:
Sila2.. x de masalah. kalau nak edit pun ana tak kisah.

farhana said...

sungguh dr hati yang nak ucapkan time kaseh..jzkk sgt33333333333333

"jgn salahkan dia,jika bukan kita yang melakukannya" <== izinkan ana pinjam sekali sekala kot2 nak buat status ym..jzkk

Cahaya kesempurnaan said...

salam

huhu,terkena diri sendiri....

pepepon,semoge nasihat ini mendapat reward dari ALLAH

INSHA ALLAH

Anonymous said...

Dari dulu until now, u r someone who is very translucent about what your hold for, I respect your words in one way another, it's a good advice, and once again I say this, you have a very nice writing skills, I enjoyed it. ;)

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com