hover animation preload

Apabila Kafir Menyebut Nama 'ALLAH'
by Hazim Azhar in

Lembaran tahun 2009 yang lalu telah ditutup dengan satu isu yang cukup memeranjatkan bagi umat islam yang mempunyai sensitiviti agamanya. 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Been Lan telah memutuskan akhbar mingguan Kristian "Herald" bebas menggunakan perkataan "Allah" dalam penulisannya. Juga telah mengistiharkan bahawa larangan yang dibuat oleh Menteri Dalam negeri sebagai terbatal.


Saya terkejut, dan terperanjat dengan dengan kenyataan yang dibaca ini. Lalu mencari bukti bagi memastikan kesahihan berita ini serta mendengar pandangan-pandangan umat islam yang masih 'berkuasa' di Malaysia. Saya membaca pendirian PKR tentang isu ini. Kemudian saya teruskan pembacaan demi pembacaan. Kemudian saya terbaca blog YB Zulkifli Noordin. Reaksi bertambah sedikit positif.

Setelah meneliti isu ini dengan lebih luas, saya melihat penggunaan kalimah "Allah" oleh orang-orang selain Islam adalah permulaan bagi sebuah serangan mentaliti yang dasyat. Hari ini, mungkin akhbar "Herald" menggunakan kalimah Allah, esok lusa kemungkinan besar kalimah 'Allah' diukir di atas salib gereja-gereja, ataupun di muka pintu, patung serta risalah-risalah mereka. Ataupun lebih teruk apabila sami-sami Buddha dan Hindu menggunakan kalimah 'Allah' di patung berhala. Ini boleh terjadi, dan kemungkinan besar akan berlaku.

Dan sekiranya ini benar-benar terjadi, apa pandangan anda tentang semua ini?

Adakah kita reda dengan kalimah 'Allah' diukir di salib-salib, patung dewa serta di kuil dan gereja? Mungkin tidak menjadi satu kekeliruan tentang kita yang sudah faham. Tetapi cuba bayangkan apakah reaksi remaja-remaja Melayu Islam yang masih rapuh pegangan serta kabur pemahaman tentang agamanya. Mungkin ada yang berkata, "Kita semua menyembah tuhan yang sama dengan Kristian, Buddha, dan Hindu"

Ataupun edaran risalah-risalah yang menggunakan kalimah "Allah" yang nampak seperti islamik, namun menyebut bahawa tuhan itu ada 3. Dan berbagai-bagai lagi fenomena yang lebih hebat mungkin boleh terjadi selepas ini. Serangan mentaliti, idealogi dan kefahaman akan lebih menghujam.

Adakah ini juga akan berlaku di Malaysia


Sedihnya melihat dan membaca pandangan-pandangan umat islam sendiri yang menyokong membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh kafir. Mereka berkata kalimah 'Allah' bukan milik umat islam semata-mata. Juga ada yang berpandangan ini satu impak yang positif kerana kaum kafir telah mula mengiktifar kewujudan 'Allah'.

Mungkin nampak sebegitu indah pada luaran, namun apabila kita sama-sama teliti dan melihat dari aspek yang lebih jauh - kita akan dapati ini membuka ruang yang amat besar untuk mentaliti umat islam diserang dengan sangat halus. Melalui akhbar, radio, televisyen serta berbagai medan kalimah 'Allah' dijadikan gambaran tuhan mereka yang jauh dari akidah umat islam.

Mungkin ada di kalangan kita yang menerima semua ini dengan hujah dan dalil yang tersendiri, tidak kurang juga yang benar-benar tidak bersetuju dengan fenomena yang telah berlaku. Namun apa-apapun, penggunaan kalimah 'Allah' oleh golongan kafir pasti mendatangkan malapetaka suatu masa nanti, sama ada kita telah bersedia atau tidak untuk menghadapinya. Kita benar-benar mengharapkan agar isu ini tidak dijadikan agenda politik semata-mata.

Pagi tadi saya membaca Quran, tiba-tiba terselak surah Al-Ikhlas, "Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah tuhan yang Esa. Allah tempat meminta sesuatu. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tiada sesuatu yang setara denganNya." Tiba-tiba saya terfikir, inilah Allah yang telah termaktub dalam quran, adakah layak orang kafir menggunakan nama 'Allah' bagi mengatakan tuhan mereka, sedangkan tuhan mereka beranak serta ada banyak.

Oleh itu ingin saya bertanya kepada para pembaca, apa pula pandangan anda tentang isu ini?



Link-link yang terlibat,


7 comments:

Anonymous said...

salam..

hazim, skadar pendapat..
bukankah kalimah Allah seringkali digunakan di gereja-gereja di negara arab termasuklah mesir itu sendiri..

konsep trinity : God, isa dan holy ghost..GOD merujuk kepada Allah..kitab2 arab kristian ada menyebutnya..

zaman jahiliyyah arab sehinggalah islam datang pun : abu jahal dan seangkatan dengannya seringkali menggunakan nama Allah.."demi Allah"..

dalam al-quran ada menyebut tentang penghambaan kepada berhala..maka orang kafir jawab ketika ditanya mengapa menyembah berhala..dijawabnya "liyuqarribuuna ila Allah zulfa"..utk dekatkan diri kepada Allah..

sekadar perkongsian ilmu..

Hazim Azhar said...

ya.. memang benar, penggunaan kalimah 'Allah' oleh org kafir di Mesir, dan negara2 lain adalah normal. Begitu juga keadaan yang berlaku di Sabah dan Sarawak, orang2 yang bukan islam menyebut 'Allah' sebagai tuhan mereka.

Namun itu semua tidak boleh kita samakan dengan keadaan realiti sekarang di Malaysia. Di malaysia adalah berbeza, Allah=tuhan org islam. Ini mentaliti masyarakat malaysia.

Cuba anda bayangkan jika tiba2 ada risalah yang mengatakan "Allah mempunyai Anak" dan risalah ini tersebar di mana-mana. Bukankah ini satu yang mengelirukan?

Dan kita tak boleh salahkan Kristian, kerana mereka akan kata, "Allah" itu menggambarkan tuhan mereka.

Lepas itu remaja2 semakin 'keliru', mak cik, pakcik kampung semakin 'kelabu', kanak-kanak semakin tak tahu... yang mana satu 'Allah'.

Saya nasihatkan anda perluaskan bacaan anda tentang link2 yang ada dalam post ini, moga akan mencerahkan pandangan anda.

Apa2pun, marilah kita berfikir tentang kesannya terhadap agama kita.

Tintataghyir said...

Teruskan beri pandangan Dr. Hakim. Boleh juga berkongsi pandangan berdasarkan entry ana ini. http://tintataghyir.com/2010/01/isu-larangan-kalimah-allah-katakanlah-allah-itu-esa/

Humaira Salahudin said...

Salam...
mulenya mmg nmpk ringan jea isu nie bagi sye.tapi bile mhkmh mmtuskn lrgn t'sbut btal baru sye t'pkir impaknye nnti.mungkin hari nie mrk gune name Allah dgn alasan mrujuk name tuhan mrk.x mustahil satu hari nnti mrk ktekn agame mrk same dgn agame Islam.sume agame adalah benar dan xkisahlah kristian ke,buddha ke, Islam ke.sumenye same jea.dan dlm isu nie sye rse mugkin Majlis Raja2 Melayu perlu ambil tindakan coz isu nie sensitiviti agama Islam,agama rasmi Malaysia,betul x..?

Hazim Azhar said...

to ustaz Ajiey;
Syukran ustaz, tapi nama saya Hazim tau, bukan Hakim =). Insyaallah nanti sy ziarah blog ustaz.

to syafinaz razak;
ya, betul tu. Org2 islam yg berkuasa dan ada authority utk mempertahankan perkara ni x boleh berdiam diri, apatah lagi bersetuju. Kerana isunya bukanlah kafir itu layak atau tak menggunakan nama 'allah', tapi isunya ialah kesan kepada masyarakat islam kita nanti.

Anonymous said...

salam

ana nasihatkan tidak ambil laporan utusan malaysia berkenaan pendapat or kata-kata tokoh pakatan rakyat.

sbb dah terbukti sblom ni utusan malaysia memutarbelit kenyataan, dan hanya mengambil sebahagian daripada kenyataan menyebabkan pembaca sering salah faham dan keliru.

harap pilih sumber yang sepatutnya.

contoh kalau kenyataan isma diambil di web isma begitu jugalah kalau kenyataan dari mane-mane pihak,ambillah dari media pihak tersebut.

mahasiswa intelek.

Hazim Azhar said...

ok thanks 4 reminding me.

sy tahu yg akhbar perdana memang banyak memutarbelitkan maklumat. Tapi bukan semua. Ada juga yg betul.

Apa yg saya rasa yakin, sy gunakan sbgai bukti. Apa yg ragu2, sy x akan ambil.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com