hover animation preload

Wahai pemuda islam, dengarlah...
by Hazim Azhar in


Wahai pemuda, sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila terdapat kepercayaan yang kuat kepadanya, ikhlas kepada jalannya, dan semakin bersemangat kepadanya. Juga terdapat persediaan yang membawa pengorbanan dan amal untuk merealisasikannya.

Terdapat 4 rukun yang utama - iman, ikhlas, semangat dan amal - khusus hanya daripada pemuda. Asas keimanan adalah hati yang suci. Asas keikhlasan adalah jiwa yang tulen. Asas semangat adalah sensitiviti/perasaan yang kuat. Dan asas amal adalah azam yang tinggi. Semua ini tidak terdapat melainkan pada seorang pemuda.

Oleh itu, pemuda adalah tulang belakang bagi sesebuah umat dan rahsia kekuatannya bagi setiap kebangkitan. Dan bagi setiap fikrah, pemuda adalah pembawa panji2nya.

"Merekalah pemuda yang beriman kepada tuhannya dan kami tambahkan hidayah kepada mereka "(Quran)

Janganlah berputus asa, sesungguhnya berputus asa bukan dari akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi hari semalam. Dan mimpi hari ini adalah hakikat masa depan. Dan susungguhnya masa tidak banyak. Juga tidak terdapat kekuatan yang hebat pada kaum muslimin, serta berleluasanya kefasadan secara terang-terangan. Yang lemah tidak selamanya lemah. Yang kuat tidak selamanya kuat.

Dan kami berharap dapat memberi keamanan kepada kaum yang lemah di muka bumi, juga menjadikan mereka hebat dan mewarisi dunia.

Sesungguhnya peluang untuk beramal sangat banyak. Dan seluruh alam menunggu-nunggu dakwah kamu. Dakwah yang tulen, berjaya dan murni - untuk menyebuhkannya dari segala kesakitan.

Tugas kamu semua adalah memimpin seluruh umat dan bangsa. Beginilah hari-hari yang akan menjadikannya bertukar-ganti antara manusia(kamu akan memimpin). Dan kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak mereka ingin.

Maka bersiap sedialah wahai pemuda! Maka beramallah hari ini, sesungguhnya esok itu terlalu lewat.

-Imam syahid Hassan Al-banna-

(Maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam terjemahan ini, sila betulkan jika saya tersilap)


Mendengar kata-kata yang bernada yakin dan pasti dengan kemenangan islam ini membuatkan kita berfikir; "apakah peranan kita?". Sesungguhnya ramai di kalangan pemuda islam masih lena dibuai mimpi yang berpanjangan. Setelah dialun dengan nyanyian-nyanyian nafsu yang merosakkan dan hiburan yang melalaikan, umat islam dibentuk agar lemah jiwanya. Ibarat singa yang menyangka dirinya kambing yang lemah.

Didikan yang diterap oleh musuh islam menjadikan sifat 'ananiah' atau pentingkan diri sendiri sebagai acuan. Mereka menginginkan pemuda islam hanya memikirkan dirinya sendiri, perutnya sendiri, tekaknya sendiri, rumahnya sendiri, poketnya sendiri dan matinya sendiri. Dan terapan ini kelihatan telah berhasil apabila melihat kepada pemuda islam sekarang. Biarpun mereka kelihatan 'professional' pada luaran, namun apabila diajak kepada kebaikan, tiba-tiba berkerut dahinya.

Sungguh, hati kita telah diselaputi oleh kesenangan dan cinta duniawi, lantas kita tidak merasakan pentingnya beramal untuk islam. Malah ada yang memandang sinis kepada dakwah. Belajar... belajar... dan belajar... itulah tugas seorang mahasiswa atau mahasiswi. Setelah berjaya, ia hidup dalam dunianya sendiri, tanpa memikirkan umat islam yang semakin ditindas.

"Cukuplah aku solat berjemaah di masjid, pakai kopiah dan baca quran.." Seandainya ini adalah cukup bagi seorang pemuda islam, nescaya Salahuddin Al-Ayubi hanya duduk di masjid bertasbih dan bertahmid. Semata-mata. Bahkan Salahuddin Al-Ayubi sentiasa berusaha menyatukan umat, mendidik generasi pemuda beriman dan menerap kefahaman islam yang syumul kepada umat islam. Sehingga apabila ditanya mengapa dia jarang senyum dan bergembira, lalu ia menjawab, "Bagaimana mungkin aku bergembira sedangkan Palestin masih dijajah kaum kafir".

Ketepikanlah isu-isu remeh tentang 'perpaduan' di bawah satu bendera, kepelbagaian jemaah
dan sebagainya. Sungguh, ianya tidak membawa secebis pun kebaikan melainkan caci-maki, kata-mengata, hentam-menghentam dan benci-membenci. Sifat ini melemahkan jiwa dan kaum yang lemah tidak mungkin memikul sesuatu yang besar(islam). Berhentilah dari mempersoal kerja orang lain sebelum hujah kita sendiri memanah dada sendiri ketika pulang ke Malaysia nanti. Percayalah, fokus kita lebih besar berbanding menjatuhkan kaum islam.

"Sesungguhnya islam itu hebat, ia tidak akan dipikul melainkan orang-orang hebat, maka jadilah orang-orang yang hebat" -Muhannad Tahir, jurutera bridget alqassam-


9 comments:

Anonymous said...

"Ketepikanlah isu-isu remeh tentang 'perpaduan' di bawah satu bendera, kepelbagaian jemaah
dan sebagainya."

apa maksud enta?

Hazim Azhar said...

Maksud ana kita perlu fokus kepada perkara yg lebih besar iaitu mendidik diri dan umat dengan islam yang syumul. Ia lebih utama berbanding setiap hari mencari-cari kesalahan sesama muslim.

Isu kecil di mesir~

Anonymous said...

oh.
isu kecil?

tapi bagaimana kita nak didik umat dengan islam yang syumul, kalau 'isu kecil' macam tu pun kita tak boleh atasi?

bila sudah namanya 'isu', ana rasa tidak boleh diabaikan dan menunjukkan ada yang tidak kena di situ.

memang kita perlu fokus pada perkara yang 'lebih besar', tapi dalam masa yang sama kita perlu selesaikan 'isu kecil' ini.

sampai bila kita asyik sebut 'mari berlapang dada' untuk mengelakkan pecah belah kononnya?

sepatutnya kita kena cuba muhasabah...mungkin ada kesilapan yg kita tak perasan.

benar seperti kata Imam syahid Hassan Al-banna-
"sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila terdapat kepercayaan yang kuat kepadanya, ikhlas kepada jalannya, dan semakin bersemangat kepadanya. Juga terdapat persediaan yang membawa pengorbanan dan amal untuk merealisasikannya."

tetapi dalam semangat yg melampau itu kdg2 kita terlepas pandang sesuatu yg penting...bimbang kita tak perasan kita sdg melakukan silap besar yg kita sangkakan sebuah pengorbanan..

maaf komen yg panjang. cuma nak mengingatkan enta dan diri ana juga, dalam kita mengajak orang lain kepada kebaikan..jangan lupa kita muhasabah diri..
sebelum kita mengatakan orang lain membuat silap..tanya diri kita dulu..mungkinkah aku yang buat silap dalam hal tersebut?

hanya Allah Maha Mengetahui segala..

tQ

Hazim Azhar said...

Maaf, saya tak berminat untuk komen tentang isu "perpaduan" yang nak diwujudkan oleh segolongan dari kita.

kita sentiasa melihat dari aspek negatif, kemudian menghentam satu sama yang lain. Sesungguhnya persatuan itu bukanlah dengan kita mengumpulkan seluruh manusia di bawah satu jemaah, tetapi kita berlapang dada atas perkara yang khilaf dan bersatu atas perkara yg disepakati.

isu ini tidaklah sebesar mana.. kerana telah wujud sejak puluhan tahun dahulu di mesir khususnya, sehingga kini.

Siapa kata perlu abaikan?? ia perlu diselesaikan dengan kerjasama 2 pihak. Namun jika satu pihak memang tidak mahu berkerjasama, memang tak akan selesai.

ya, memang perlu diulang2 untuk kita saling berlapang dada.. kerana itu asas kepada perpaduan yang ingin dibina. Jika asas inipun tidak mampu dilaksanakan, apatah lagi langkah seterusnya. Kemudian kamu berkata asyik nak kata "berlapang dada"... fikir kembali, apakah ia telah dilaksanakan??

Apakah ia telah kamu laksanakan?

Cuma nak pesan...

Saya tak suka berdebat2. buang masa saja, quran tak habiss satu juzuk lagi ni~

danialarief said...

satu pencerahan yang menerangkan jiwa-jiwa yang mahukan islam dan kebenaran.

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

mabruk hazim.
teruskan usaha.
kita ada byk lagi tugas yg masih belum selesai.
ana harap nta dpt bantu ikhwah hasilkan produk2 dakwah.
spt artikel2, sajak2, video2, lukisan2, dll.
bahan2 dlm bhsa arab yg byk di mesir tu amat diperlukan oleh rkyt msia.
olahkan dlm bentuk yg mudah diterima msyrkt supaya fikrah kita sampai kpd mereka.
ini antara hrpn ikhwah2 msia.
paling utama: jdkan diri nta sbg produk dkwh! all d best!

Hazim Azhar said...

specially for Ustaz Os..

Terima kasih Ustaz Os. Moga produk2 mesir semakin meningkat kualitinya.

Anonymous said...

maaf..
seriously, ana lgsg x berniat nak berdebat. ana cuma nak ajak kita sama2 fikir..ini apa yang ana nampak..mungkin ada orang x nampak. ana cuma jalankan amanah sbg saudara. saling mengingatkan apa yang terlupa. ana sedikit kecewa dengan respon enta..seolah2 enta lgsg x berminat nak fikirkan walaupun sedikit pun pandangan org lain.
"kita sentiasa melihat dari aspek negatif, kemudian menghentam satu sama yang lain."
ya, enta telah membuktikan kenyataan ini melalui respon enta di atas.

"Siapa kata perlu abaikan?? ia perlu diselesaikan dengan kerjasama 2 pihak. Namun jika satu pihak memang tidak mahu berkerjasama, memang tak akan selesai."
ana harap enta membuat kenyataan ini bkn brmaksud utk menyatakan bhw entala pihak yg mahu bekerjasama..sdg pihak lain tidak mahu.

"Apakah ia telah kamu laksanakan?"
ana rasa penggunaan kata 'kita' yg ana gunakan sebelum ini tidak dihargai.

ana harap org hebat sprti enta menjadi org yg hebat juga dalam menerima dan memikirkan teguran org lain.

jangan mudah melatah. nanti orang akan semakin menjauh dgn kita..dan nanti tiada lg sesiapa yg mahu mengingatkan..

yakin dengan pendirian itu bagus..tapi kita perlu juga ada ragu..supaya kita terus bertanya pada diri kita & mengesan kesilapan dalam pendirian kita yg kita tak sedar.

maafkan ana. betul2 ana menulis semua ini dgn rasa kasih sayang sebagai saudara seakidah..

wallahua'lam.

tQ

Hazim Azhar said...

Bukan saya bermaksud tidak menerima pendapat dan pandangan anda. Tapi realiti telah membuktikan bahawa isu ini tak perlu lagi diperbahaskan. Ianya tidak akan mendatangkan manfaat.

Saya mempunyai pandangan saya sendiri yg telah dibentuk mengikut pengalaman sendiri dan hujah yg pasti. Dan kamu juga juga mempunyai pandangan kamu sendiri. Kita berbeza dari sudut pemikiran.

Saya menerima pendapat kamu.

Maafkan saya, mungkin cara saya agak tersilap.

Saya tak maksudkan mana-mana yg nak bersatu dan tak mahu. Juga mana-mana yg menghentam dan mana yg bersabar.

Tak perlu saya katakan, biarlah realiti yg membuktikan.

Sesungguhnya islam itu suci dan bersih dari segala keburukan.

Mungkin kita rasakan kita benar dalam sesuatu aspek. Ingatlah, sekiranya kita benar, tak bermakna yang lain itu salah.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com