hover animation preload

20 Tahun Di Dunia
by Hazim Azhar in

20 tahun telah saya hidup di dunia. 31 Oktober yang lalu adalah hari lahir saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ahli keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja yang menghadiahkan ucapan 'hari jadi'. Saya akan ingat sampai bila-bila. Dan semoga Allah merahmati dan sentiasa 'mengingati' kalian sebagaimana kalian mengingati saya. Allahumma amin.

Sedar atau tidak, telah 3 tahun saya berada di Mesir. Dan dunia ini telah mengajar berbagai-bagai ilmu kehidupan yang sukar saya katakan dalam ruangan tulisan ini. Sejak pertama kali saya menjejakkan kaki di mesir, terlalu banyak pengalaman berharga dan permata indah yang dikutip di sini. Sekiranya ditanya tentang Mesir, maka saya katakan ia adalah guru terbaik dalam kehidupan ini.

Mesir mengajar erti kesusahan, erti kepenatan dan erti berdikari. Walaupun ia tidaklah seindah negara tanah air di sana, namun 'keburukan' itulah yang mengajar saya makna bersyukur dan bersabar. Memang benar kata orang, kita tidak boleh selamanya selesa, nanti terlupa. Adakalanya kesusahan dan dugaan itulah yang menyerikan kehidupan kita, ibarat langit kelam hujan yang merindukan kita kepada indah terik mentari pagi. Terlalu sukar digambar dengan kata, cukuplah saya menunjukkan kilauan cahaya yang bersinar-sinar di sini melalui siri-siri dalam kehidupan realiti.

Mungkin kepada sesiapa yang mengenali saya di Mesir mengetahui betapa 'terpencilnya' hidup saya berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Saya merupakan satu-satunya pelajar Melayu lelaki di dalam ribuan manusia berdarah Arab. Ya, saya seorang sahaja. Mengimbau kembali pengalaman 'pahit' tahun pertama saya di kuliah yang teramat asing dan menakutkan. Tatkala kita tidak tahu ke mana membawa diri, tidak tahu mana dewan kuliah. Dan ketika duduk berjam-jam di dewan kuliah tanpa sepatah perkataan difahami. Juga terlalu merasa 'inferior' apabila dikerumuni pelajar Arab yang bertanyakan soalan sehingga hilang kemampuan menjawabnya.

Rakan sekuliah saya

Ketika itu, saya hilang keyakinan diri. Takut menghadapi realiti. Mungkin saya orang pertama yang diuji sebegini, kerana walaupun masih ada senior-senior yang seperti saya (menyertai kumpulan Arab), tetapi mereka semua tidak keseorangan seperti saya. Pasti ada juga kawan Melayu bersama. Dan pernah hampir-hampir saya menyalahkan takdir. Namun semua kesusahan itu mengajar saya erti berdikari.

Dan kini semua itu bukan masalah lagi. Bahasa Arab bukan bahasa asing lagi. Tetapi ia merupakan satu kelebihan berbanding yang lain. Sepanjang kehidupan saya bersama bangsa Arab di kuliah yang berasal dari pelbagai negara dan warna; Mesir, Yaman, Sudan, Saudi Arabia, Palestin, Iraq, Syiria, Erithria malah Somalia - semua ini menjelaskan saya manusia yang pelbagai peribadi dan identiti. Sekiranya kita lihat orang mesir yang begitu kasar ketika bergurau, tidak pula bagi bangsa Yaman yang seolah-olah "Melayu". Cara bercakap, bersalam, berjumpa dan bergurau adalah seolah-olah bukan 'Arab' yang kita lihat di sekeliling kita. Begitu juga bangsa Syiria yang sangat kacak dan cantik, cara pergaulan mereka menyebabkan kita berasa selesa.
Ibrahim + Ahmad (Misr) + Hazim

Sekiranya anda lihat keburukan kepada seseorang, maka jangan samakan ia dengan keburukan bangsanya. Kerana pengalaman telah mengajar saya, terlalu ramai kaum Arab yang akhlaknya terpuji, walaupun terdapat di kalangan mereka yang terlalu menyakitkan hati. Pernah saya mendengar keluhan seorang rakan saya yang marah dengan perlakuan arab, "Ah, memang dasar Arab.." Bagi saya pernyataan ini tidak tepat, kerana kesalahan seorang tidak boleh dilabel sebagai kesalahan komuniti.

Juga sebagai pemuda yang berumur 20-an, kita seharusnya menjadi lebih 'independent' dan tidak bergantung kepada sesiapa lagi, khususnya ibu bapa. Ajarlah diri untuk hidup berdikari kerana ia merupakan asas kematangan dalam menuju kedewasaan. Sekiranya kini masih lagi meminta duit ibu bapa kerana mahu 'top up' atau pergi membeli belah, kita masih belum benar-benar 'remaja'. Berdirilah pada kaki sendiri, bergantunglah pada diri untuk mencapai sesuatu. Bukan bermakna kita sombong terhadap ahli keluarga, tetapi sikap suka bergantung hanya melewatkan prosos kematangan dan menjadikan diri kita keanak-anakan.

20 tahun hidup di dunia.

Semakin bertambah usia.

Semakin bertambah beban digalas.

Semakin menghampiri waktu kematian.

Juga makin hampir menamatkan waktu bujang.


14 comments:

mohd hazwan bin mohd salleh said...

selamat ulang tahun ke 20..!
moga panjang umur ibadah dan murah rezeki.

da bole join prsatuan sek2 20 ni..hehe.

cerita yg cambes.(jeles senanye ngn hazim ni..huhu)

Hazim Azhar said...

syukran hazu~

persatuan sek2 20?? bukan ana memang dah join ke?? =P

wat pe nak jeles, ana yg patut jeles ngan korang.. sumer senang~

Mohd Ridzuan Ahmad Mazaki said...

(Juga makin hampir menamatkan waktu bujang)...nmpaknye dh bg 'fisrt sign'..mabruk azim

Ahmad Nordinie said...

setuju dengan komen yg kat atas ni.. hehe.. papepun, hepi birthday la ye.. huhu..

emir.abu.khalil said...

selamat hari tua ya akh, jangan lupa, bahawa bertambahnya umur kita bererti semakin dekatnya kita dengan pertemuan dengan Allah. semoga dengan bertambahnya umur ini menambahkan lagi amal enta, semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu...

jumpa di N9

danialarief said...

wawawa bro.smart2.berfday..

moga terus maju.maju daripada kawan2 arab tu..haha

Hazim Azhar said...

Wan;
Hehe, tapi ana tunggu nta dulu k~
kang orang kate langkah bendul. =)

Bro Dinie;
Thanks.

Bro Emir;
Trime kasih, insyaallah nanti2 kite jumpe kat n9 k~ Biiznillah.

Danial sikacamata hitam;

thanks. Tapi nak maju dari kawan2 arab tu susah sikit. Sebab mereka sume dah terlebih2 kedepan.

faisazli said...

salam.
sanah helwa..
mabruk hazim~
trgambar gk cmne peritnye nk survive sorang2 dlm klngn arab2 tuh.
tapi berat mata pndang...berat lg yg merasanya sndri..
Allah yusahhilak akhii..
kadang rase mcm krng brsyukur plk dgn 'kesenangn' nk dibandingkn dgn g2g..aii..byk nk kne baiki dri lg nih.huhu.

mabruk skali lg~
moga brtmbh usia,brtmbh amal bekalan..dan cepat dpt jodoh yg baik..:)

McDreamy said...

hmmm..
slm hazim..
klu da ade calon...
igt2 r kt aku...
mgkn aku leh dtg ke majlis tu..
ahaks,,

Humaira Salahudin said...

happy belated birthday!

one word from one book...

"derita itu adalah bahagia sebenarnya..."

means kekadang kita rasa hidup ini sangat susah,tapi sebenarnya kesusahan itu mengajar kita banyak perkara yg x terlintas dlm fikiran kita sebelum ini...

All the best!and may Allah bless you!!

Hazim Azhar said...

To Faisazli;
Thanks, memang susah. Berat tu =P. Tu la pasal... korang sumer patutnya mumtaz giddan. X patut same ngan ana yg biase2 ni~

To Faheem;
Ye la faheem, nanti aku jemput ko skali. Tapi lambat lagi la ek~ ko tu yg da brtunang, bile nak wat majlis? huhu.

To Patzzi@misty;
Thanks, may god bless u too.

faisazli said...

hehe.same2 mumtaz giddan insyaAllah~alaa...hazim yg biase knon.pdhal mantop~!haha.

Anonymous said...

harijadi mu sama denganku...
-syarmine-
hoho..still remember me???
anyway...all da bez in foreign country k..
waaAllahua'alam

Hazim Azhar said...

To Faiz:
Ade2 je la~

To Syarmine:
Ni junior ana kan2. Nta kat mane skang??

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com