hover animation preload

Positif itu POWER
by Hazim Azhar in

Timah : Eh, Leha.. pandainya Samad itu bercakap ye. Sedap betul dengar ceramahnya kan. Kacak pulak tu.

Saleha : Hm... ye la. Nak buat macam mane Timah, memang dah kelebihan dia macam tu. Kita ni ape ade? Muka tak lawa, bakat pun takde.


Timah : Betul jugak, beruntungnya kalau kita ni ade bakat kan.. Boleh jugak kita tampil ke hadapan. Aku rase tak ada apa-apa pun pada diri aku. Semuanya kurang dari orang lain.

******

"Aduh Saleha" - Mawi

Saleha yang saya maksudkan di atas tiada kena mengena langsung dengan 'Saleha' yang dimaksudkan dalam lagu Mawi yang pernah menggegar persada seni Malaysia suatu ketika dahulu.

Mahupun para pembaca yang bernama Saleha atau mana-mana makhluk hidup yang bergelar/digelar Saleha. Namun ia adalah gambaran cermin masyarakat kita.

Sekiranya kita cuba mendengar perbualan muda-mudi dan rakan-rakan di sekeliling, pasti kita akan dapati situasi 'merendah diri' seperti dalam dialog di atas adalah biasa. Apatah lagi kita ini kaum Melayu, yang setiasa merendah diri dalam semua keadaan. "Isk, tak baik tau kita menunjuk-nunjuk ni".

Pengalaman 5 tahun di asrama juga menunjukkan remaja yang bersekolah telah mempunyai trend baru, iaitu; "Low profile" atau dalam bahasa mudahnya tidak mahu terkenal lagsung, tidak mahu ke hadapan, tidak mahu terpilih. Siapa yang selalu sangat tampil ke hadapan atau memberikan pendapat.. akan dilabel; "Capub" iaitu singkatan daripada 'cari publisiti'.

Sekadar gambar hiasan

Oleh itu, ramai pemuda yang pakaiannya ala kadar, tidak mahu kemas dan bergaya. Cara jalan juga lemah longlai, rambut sikat sikit-sikit saja dan baju t-shirt pun dah cukup. Apabila diminta siapa yang ingin 'volunteer' maka semua diam, memandang rakan lain yang dirasakan lebih layak untuk menolong.

Maka orang yang sebegini, akan di situlah ia selamanya. Dalam takuk yang sama, dalam pusingan yang sama. Sedangkan dalam masa yang sama, rakan-rakan lain telah maju ke hadapan, bersinar penampilannya dengan kekemasan dan pandai dalam bergaul. Setelah orang sebegini melihat masyarakat sekelilingnya semakin maju, ia lalu berkata, "Biarlah, aku ada prinsip yang tersendiri, inilah diri aku, ala kadar cukuplah"

Sahabat yang saya hormati,

Sungguh, inilah apa yang dikatakan sebagai sifat negatif (-VE) dalam sudut motivasi. Perasaan mudah berpuas hati dengan cara lama dan langsung tidak ada keinginan dalam berubah, lama kelamaan akan mengikat diri seseorang pada tunggul yang lapuk. Ikatan itu semakin kuat, semakin memenjarakan diri seseorang sehingga suatu masa nanti, apabila ia telah melihat semua insan telah terbang ke angkasa kejayaan, namun ia masih bersimpuh pada tunggul kayu itu sambil menyalahkan diri yang tidak mempunyai apa-apa bakat sedikitpun.

Adakah ia lupa bahawa setiap insan mempunyai bakat yang tersendiri?

Ya, sahabaku.. setiap dari kita mempuyai kekuatan masing-masing. Kekuatan kita tidak semestinya dalam bentuk kepimpinan atau petah berkata-kata. Bukankah menulis, melukis, menjahit, menghias, penyabar, penyantun, berakhlak itu juga satu kelebihan yang tersendiri?

Setiap insan dilahirkan dengan bakat atau kelebihan masing-masing, namun jika kita tidak mencari dan menggilap bakat ini, lama kelamaan ia akan pudar dikaratkan oleh warna-warni zaman yang membentuk personaliti kita. Ibaratnya, sebatang besi berkilat yang tersimpan di dalam bengkel. Jika kita tidak mendapatkan, mencari dan memelihara batang besi itu, pasti lama kelamaan akan berkarat. Apatah lagi jika karatnya terlalu tebal, pasti kita langsung tidak tahu bahawa pada asalnya ia adalah besi berkilat yang cantik.

Ada orang mengeluh dengan kekurangan diri masing-masing. Semuanya dicuba, namun ternyata tiada satupun yang dapat melakukan yang terbaik. Hm.. Apakata kita cuba melihat dan meletakkan diri kita pada landasan yang lain pula. Jika semua permainan sukan kita telah cuba, bola sepak, takraw, tenis, ping pong, malah congkak pun kita cuba! namun semuanya kalah teruk. Huih.. masalah..masalah... Apa kata kita cuba pula menulis, atau memasak atau melukis atau dan atau... Sebab itulah jika kawan kita sedang menyanyi dalam tandas, jangan dimarah, sebab dia tengah mengasah bakatnya. (haha, gurau aje)

"Eh, pandai juga aku gubah bunga ni ye"

Ha.. kan dah jumpe bakat tu. Saya tertarik dengan satu kata-kata;
"Jika kita tidak mampu berlawan dalam permainan barat, maka jangan kita bermain langsung dengan mereka"
Dan... cuba kita letakkan diri kita pula dalam skop ini, "jika kita tidak mampu menguasai satu bidang, tinggalkan sahaja bidang itu dan cuba masuk ke bidang-bidang lain". Dunia ini luas, alam ini indah, bumi ini terhampar lebar. Bukan semua orang pandai bercakap, jadi tidak perlu semua manusia menumpukan diri dalam bidang itu. Dan begitu juga dalam skop-skop yang lain.

Bersikap positif itulah kunci segala perubahan dalam jiwa.

Setelah anda membaca entry kali ini, terpulanglah kepada anda sama ada ingin terus menjadi 'Saleha' ataupun menanam sikap positif(+VE) dalam diri agar hidup lebih bersinar-sinar dengan kehebatan dan kemampuan bakat kita.

Yang pasti, saya tidak mahu menjadi 'Saleha'..


Percayalah.. Positif itu POWER!!





3 comments:

thaaqhib said...

ya! saya boleh

Us Ashraf said...

Salam, artikel menarik. Kita kena cari, kenal dan asah bakat. Cumanya nak maintain percaya pada kebolehan itu payah sikit. Kat sini kena cari kelompok org yg pandai menghargai bakat kita dan arah mana yang paling baik untuk digunakan.
Amacam org n9 Mesir? Bertambah tak ikwah? Senang2 kunjungila blog merapu ana tu tintataghyir.wordpress

Hazim Azhar said...

Salam ustaz...
Syukran.

Hm.. ikhwah n9? Camtula.. bukan mudah nak masuk. Susah sgt. Tapi, takpe la kt berkerja untuk Allah.

Insyaallah ana akan ke blog nta.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com