hover animation preload

Semangat berapi-api
by Hazim Azhar in


Air mata menitis lagi. Sedih dan pilu melihat saudara sendiri diseksa, dibunuh dan diperkosa begitu sahaja oleh kafir laknatullah. Seolah2 tiada lagi maruah, umat islam dibantai rejim zionis. Saban hari juga kita mendengar, menyaksikan siri-siri penderitaan yang keterlaluan untuk diterima oleh logik akal seorang insan. Adakah tidak akan berakhir penyiksaan ini?

“Bodoh punya israel, memang kejam. Kalau ade kesempatan memang aku bantai korang habis2!”

Ungkapan caci makian seperti itu juga selalu kita dengar di mana-mana jua. Ya, memang layak israel itu dicaci, dihina, dimaki seteruk2nya lantaran mereka memang laknat. Tapi, lepas kita cakap berapi2, semangat nak menentang israel.. balik je rumah, dah slow balik. Api semangat yang tadi menyala2, tiba-tiba jadi padam.

Umat islam yang sebenarnya bukan begini. Semangat yang berterusan dan kekal adalah semangat yang didasari oleh kefahaman yang mendalam. Kefahaman “Mengapa aku islam? Mengapa harus aku pertahankan islam?” adalah amat penting, ibarat akar yang akan menentukan kekukuhan pohon. Tanpa kefahaman dan penghayatan, umat islam masih tidur. Lena diulit mimpi2 indah duniawi sedangkan dunia meratah mereka.

Umat Islam bukan umat ‘penukul dan pahat’. Lepas diludah mukanya baru nak marah, nak berjuang. Tapi kalau tidak ada apa2 isu, semuanya senyap. Diam seribu bahasa. Hakikat mereka yang bergerak mengikut arus isu2 yang timbul adalah lembap dan malap. Tanpa wujudnya sesuatu isu (contonya isu palestin) mereka tidak bergerak dan bertindak. Apa gunanya umat yang sebegini?

Seharusnya kita melihat isu2 umat islam yang timbul kini melalui ‘jendela islam’itu sendiri. Bukan hanya atas ‘stand’ kemanusiaan. Umat islam di Palestin berperang, betul kan? Jadi harus merasakan keperitan mereka seolah2 kita yang tersiksa! Umat islam di iraq dihina, seolah2 kita dihina! Cubit peha kanan, peha kiri juga terasa. Kerana apa ikhwah? Kerana KITA ADALAH MUSLIM.

Katakanlah isu2 sebegini tidak timbul. Palestin aman, tiada masalah. Kita tetap bersemangat untuk mempertahankan islam dan memastikan kalimah Allah tertinggi di dunia. Bersemangat untuk berdakwah. Inilah generasi islam yang hakiki. Sebabnya telah ana sebutkan di atas..”Semangat yang didasari oleh kefahaman yang mendalam”.

Oleh itu ikhwah akhawat sekalian,

Pupuklah kefahaman dan penghayatan terhadap agama yang mulia ini. “Apa yang islam mahu dari aku, aku akan lakukannya.”

Tidak perlu kita buang2 masa bercerita pasal israel sampai berejam2. Tidak ada faedahnya. Cukuplah kita betul2 alert dengan isu2 umat islam, isu2 semasa. Sentisa update. Kita merasai keperitan dan kesedihan mereka, mendoakan dan membantu mereka bersungguh-sungguh. Kemudian kita berkerja untuk islam, menjauhi maksiat dan membangkitkan ummat.

Ya, semangat mempertahankan islam itu amat penting. Saudara kita di palestin sedang memanggil. Jadi kita harus menyahut seruan itu. Bukan dengan dasar ‘kasihan’, tetapi atas dasar ‘islam’. Atas kewajipan sebagai seorang muslim. Biar semangat berapi2 kita mampu menerangi jiwa2 yang lesu, dan memadamkan kegelapan jahiliyyah di dunia.

0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com