hover animation preload

Aku, Mereka dan Engkau...
by Hazim Azhar in

Mereka kata hidup ini indah
Penuh suka dan gelak ketawa
Seronok di samping ahli keluarga.

Mereka kata hidup ini bahagia
wang, kereta mewah dan rumah besar menenangkan jiwa
Sendirian berangan memakai takhta
Bibir tersenyum lebar melihat harta

Adakalanya hidup ini duka, mereka kata..
Kadang2 harga minyak, harga barang naik macam gila
apabila tak dapat naik pangkat, menitis air mata
kalau tak berjaya dalam peperiksaan, muram sentiasa

Waktu pagi mereka pergi kerja
Mencari nafkah untuk keluarga
Buat itu buat ini, pergi sini pergi sana
Kadang2 sanggup overtime untuk dapat habuan harta.

Waktu malam mereka rehat bersama2 ahli keluarga
Menonton televisyen sambil melepak di sofa empuk macam raja
Kalau rancangan ntv7 dah habis, tukar pulak siaran tv3
"Ape nak peduli, semua aku ada"

Mereka kata hidup tak bermakna kalau tak capai cita2
Jadi orang besar, doktor dan engineer
Semuanya bergantung kepada perah usaha
Menuntut ilmu peranan kita

"Ijazah itu matlamat utama" mereka kata
Sebar dakwah gitu-gitu aje
Mereka yakin, kita ini pelajar..
Jadi tugas utama kita belajar


Aku juga kata hidup ini indah,
Manisnya iman dan ukhuwwah islamiyyah
Hidup bermakna dengan taqwa kepada Allah

Aku juga kata hidup ini bahagia,
Hidup di jalan dakwah, enak sentiasa
Mendidik jiwa2 manusia dengan Kitab Yang Esa
Membangkitkan islam dengan tarbiyyah sempurna

Kadang2 memang hidup ini duka, aku kata..
Sedih melihat umat islam dipijak kafir durjana
Air mata menitis tatkala umat sesat entah ke mana
sedang mereka menyangka mereka telah "berjaya"

Waktu pagi aku bangun menghadap Allah,
merendah diri kepada Yang Esa, dahi menyungkur ke tanah
Menangisi dosa2 lalu, hampir aku rebah
Aku sendirian di sana tatala manusia diulit mimpi2 indah.

Waktu malam aku juga senang,
menghayati al-quran hatiku lapang
buku2 kuliah tidak pernah renggang
apatah lagi buku dakwah selalu aku pegang

Aku pula kata hidup tak bermakna tanpa Tarbiyyah
Setakat jadi orang besar, doktor, ustaz ustazah
tanpa penghayatan, amalnya untuk islam tidak menyerlah
Kalau begitu bagaimana nak membangkitkan ummah?

Pandangan berbeza, lalu mereka marah dan aku mengalah..
"Ijazah adalah jalan untuk menyempaikan dakwah"
Kerana aku yakin kita adalah pembangkit ummah
jadi tugas utama kita adalah menyempaikan risalah.


Itulah mereka, mencari kehidupan duniawi
Inilah aku, pengembara mencari kebahagiaan hakiki

Mereka kata begitu...
Aku kata begini...

Bagaimana pula kata engkau?

2 comments:

[amiza malik] said...

aku kata mereka tak paham
maka takley la nak hukum
tugas org y paham ialah menjelaskan apa erti kehidupan dan ape sebenarnya hakikat penciptaan pada org2 kebanyakan.

all d best in ur writings~

Hazim Azhar said...

hm.. betul2.
thanks.

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com