hover animation preload

Fajar keampunan
by Hazim Azhar in


Siang malam silih berganti. Hari demi hari terus berlalu. Saban hari kita menjalani kehidupan sebagai seorang insan, pernahkah terfikir oleh akal akan kebesaran dan keagungan cinta yang Esa?

Ya, manusia itu selalu lalai dan leka dengan kehidupan duniawi yang mencengkam kuat hatinya. Parah, lalu menjadi semakin tegar kerosakan tersebut sehingga membuatkan dia tidak lagi merasakan kewujudan penciptanya. Apa yang dipunyai, itulah hak milik mutlaknya. Siangnya dihiasi dengan hiburan yang bejat. Malamnya pula dihampari dengan segala jenis maksiat. Aduhai, alangkah ruginya manusia seperti ini!. Hakikatnya, mereka yang hidup dimudiki oleh nafsunya sentiasa gusar dan bimbang. Hatinya tidak pernah tenang biarpun segalanya2 berada di keliling pinggang.

Sinar mentari pagi yang cerah masih belum mengalirkan ketenangan dalam dirinya. Mukanya berkerut kedut, meluat melihat hari yang datang. Seandainya mampu, biarlah dia hidup hanya dalam dunianya. Kemewahan adalah pengubat hatinya, katanya. Hakikatnya, hati itu tidak pernah sembuh dengan sakit yang terlalu tenat.

Kemanalah kamu hendak pergi (setelah berpaling dari petunjuk kami)” (At-Takwir,26)


Jangan berputus Asa!

Ketika insan itu hanyut dalam sungai kehidupannya yang busuk, tatkala dia melayari bahtera amalannya yang hanyir… Allah masih lagi memberikan peluang untuknya kembali. Ya, pintu taubat masih terbuka. Selagi nafas menghembus, selagi nadi berdenyut, selagi jantung berdegup. Sinar itu masih di sana. Terpulang kepada insan itu hendak pergi ke sana atau sebaliknya.

“Katakanlah kepada hamba2ku yang melampau terhadap dirinya sendiri(dengan dosa), Jangan berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah akan mengampunkan seluruh dosanya..” (Quran)

Alangkah indah ayat ini. Bayangkan hati yang pedih ini, setelah dicalari dan dikotori oleh segala jenis maksiat.. sehingga berasa putus asa terhadap Allah..Hinggakan terlafaz kalimah gusar : ”Allah tidak akan mengampuni dosa2ku yang terlalu banyak..” Ketika kita sedang merintih pilu, lantaran merasakan bersalah setelah berpaling dari petunjuknya..Allah berkata..

“Jangan bersedih, jangan risau… aku akan ampunkan seluruh dosa2mu..”

Aduh… hebatnya kasih saying Allah. Rasakanlah cintanya yang menaungi kita seluruh masa, setiap ketika. Walau bagaimana banyaknya dosa dan kefasadan yang telah dilakukan oleh tangan. Namun rahmat Allah itu amat luas sempadannya. Seandainya kita lihat, perhati, tadabbur ayat2nya maka akan tersurat segala kasih sayangnya terlalu indah.


Ya, masanya telah tiba..

Firman Allah swt..

“Belumkah tiba waktunya bagi orang –orang yang beriman untuk tunduk hati mereka guna mengingat Allah serta tunduk kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang –orang yang sebelumnya telah turun Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (Al Hadid: 16)

..Ya telah tiba waktunya wahai tuhanku. Telah tiba masanya untuk hati-hati kami khusyuk mengingatimu. Sinar kasihmu telah kami rasai lantas kami hamba2mu yang hina, kotor bersalut lumpur dosa silam ini kembali bernaung di bawah pohon kasihmu ya Rabb.

Telah tiba masanya untuk kami bersungkur di hadapan hamparan rahmatmu


Percayalah, fajar masih bersinar

Sabda rasulullah :

“Setiap bani Adam adalah orang2 yang bersalah, dan sebaik2 orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat”

Manusia tidak pernah sempurna, itulah hakikat kita. Tidak dapat lari daripada melakukan dosa2. Adakalanya walaupun kita pernah bertaubat, namun masih dihantui bayangan dosa2 silam. Oleh kerana itu, mestilah ia berpaut pada dahan kasih Allah. Taubat adalah rawatan bagi jiwa2 insan yang lemah.

Seandainya engkau pernah bergelumang dengan maksiat. Melupakan tuhan, nafsu dipertuhankan. Jangan berputus asa untuk kembali bertaubat. Angin keampunan masih lagi bertiup untukmu. Bahtera rombongan masih menunggumu. Cinta Allah masih lagi menaungimu.

Bersenyumlah..

Bergembiralah..

“Jangan berputus asa… jangan berputus asa kerana ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kelmarin. Dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin. Meskipun ditutupi oleh berbagai fenomena kerosakan.. Yang lemah tidak selamanya lemah. Yang kuat tidak selamanya menjadi kuat” -Hassan albanna-

-

0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com