hover animation preload

Arus Liberal semakin kuat, mampukah kita bertahan?
by Hazim Azhar in ,

Cuba bayangkan..

Seorang perempuan memegang tangan kekasihnya yang perempuan di taman bunga.
Seorang lelaki berzina dengan haiwan dan bangga menyebutnya kepada rakan-rakan.
Gereja dan kuil lebih banyak dibina dengan pesat melebihi bilangan masjid.
Seorang pelajar perempuan sekolah agama memakai rantai salib di bawah tudung labuhnya.
Kanak-kanak melayu membuat tanda salib (T) sebelum makan malam

Apa perasaan anda jika fenomena ini berlaku di hadapan mata anda? ataupun dilakukan oleh sahabat yang dikenali? Ataupun berlaku dalam keluarga sendiri?

Saya pasti, manusia yang beragama islam pasti memandang situasi ini sebagai suatu bencana dan penyakit yang parah. Ia bukan sekadar persoalan nilai dan adab yang semakin terhakis dari hari ke hari, tapi ia merupakan serangan akidah islam dan ciri kemanusiaan yang dicipta oleh tuhan yang Maha Esa.

Liberalisasi adalah satu idealogi kesamarataan hak dan kebebasan yang mutlak sehingga menafikan pegangan agama dan norma kehidupan yang normal. Ia tidak terpandu oleh agama, bahkan meraikan keinginan hawa nafsu terhadap semua perkara. Dan ini jelas tersimpang jauh dari peranan agama Islam yang bertujuan memandu manusia dengan peraturan-peraturan Allah yang diturunkan melalui Kitab Al-Quran dan sunnah nabiNya.

Tanpa sedar atau tidak, arus liberalisasi semakin hari semakin menyerang masyarakat Malaysia dari pelbagai aspek; politik, adab, cara pemikiran, bangsa, agama, jantina dan naluri kita. Jika kita amati, kita akan nampak senario yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah tiupan racun liberalisasi yang diserapkan secara halus. Seolah-olah perancangan mereka begitu terperinci, satu demi satu tuntutan diminta, slogan dilaungkan sehingga muslim yang telah tumpul jiwanya terpedaya dan menyokong secara tidak langsung.

Slogan kebebasan hidup dan kesamarataan hak sering dilaungkan oleh mereka yang berfahaman Liberal. Mereka berjuang bermati-matian menyebarkan ideologi di Malaysia. Bermula dengan tuntutan kesamarataan hak bangsa secara total mereka menyerang. Kemudian daripada liberalisasi bangsa akan menuju kepada liberalisasi agama. (saya akan menulis tantang bangsa pada masa akan datang)

Baiklah, saya ingin mengajak rakan-rakan kepada satu idea; "Jika tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya, jangan tinggalkan semuanya". Memang benar, Malaysia adalah negara islam yang tidak sempurna kedaulatannya. Ia masih tidak mampu menjadi contoh negara islam yang sepatutnya.

Tapi apakah dengan alasan ini, lalu kita setuju dengan penghakisan semua perlembagaan dan undang-undang yang memihak kepada islam? Jika kita tak mampu menjadi negara islam seperti di zaman khalifah, kita laksanakanlah apa yang termampu. Dan dalam konteks Malaysia, kita pertahankanlah perlembagaan yang memihak kepada islam. Contohnya tuntutan IFC yang agak melampau. Apakah kita akan reda, jika satu demi satu berjaya dituntut? Ya, agenda kristianisasi amat rapat dengan Liberalisasi kerana definisi Kristianisasi bukan hanya memasukkan orang ke dalam agama Kristian, tapi mengeluarkan orang islam dari agama islam itu sendiri. Dan mereka menggunakan tiket yang sama; "kebebasan mutlak" atau dikenali dengan Liberalisasi.


Dari aspek nilai kemanusiaan, liberalisasi meratah dan mencarik-carikkan budaya manusia yang normal. Meraikan gay (seks lelaki-lelaki), lesbian (seks perempuan-perempuan), biseksual dan transgender (seks dengan haiwan dan mayat) sangat menjijikkan. Dan inilah yang diperjuangkan oleh program Seksualiti Merdeka yang dinaungi oleh Ambiga Sreenevasan. Ini adalah kali pertama ianya cuba dipromosikan secara umum dan meluas di Malaysia. Dan cuba bayangkan budaya ini meresap masuk ke dalam masyarakat kita, pasti akan kucar kacir dan hancur lebur.

Dalam buku Munthalaq karangan Abu Ammar, dalam bab "Golongan Baik yang Dibinasakan" disebut tentang عقاب جماعي (Iqob jama'ie) dan قانون تمثل (qonun tamassul). Iqob jama'ie bermaksud hukuman/bala sekiranya diturunkan kepada satu tempat, ia akan menimpa semua orang tak kira alim soleh atau kafir. Manakala Qonun Tamassul pula bermaksud hukum akan dikenakan kepada orang zaman kini menyamai hukuman yang telah menimpa orang zaman dahulu.

Contohnya, dalam kisah umat nabi Luth yang telah dibinasakan oleh Allah setelah budaya Gay berleluasa. Maksiat adalah penyebab turunnya bala, dan tidak mustahil azab yang telah dikenakan kepada kaum nabi Luth diturunkan kepada Malaysia jika kita berdiam diri dan tidak cuba membanterasnya. Dan ketahuilah jika azab Allah turun, semua akan binasa tidak kira baik atau jahat, muslim atau kafir, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Semuanya hancur.

Arus liberalisasi semakin kuat menghentam mentaliti kita sehingga kita tidak sedar bahawa kita telah tewas, lalu bersetuju dengan ideologi mereka. Saya ingin mengajak rakan-rakan untuk memperdalamkan kefahaman islam, memperkasakan iman dan menajamkan sensitiviti kita. Kita sebarkan kefahaman yang sahih kepada rakan-rakan, kita ambil tahu tentang isu ini dan bergerak menentangnya. Kerana jika tidak, azab Allah menanti di saat itu. Arus liberal semakin kuat mengasak mentaliti kita sehingga mengubah cara fikiran kita, berpasaklah pada tiang yang teguh; agama islam. Sungguh, kita perlu menjadi kuat utk terus bertahan padanya. Maka jadilah kuat dan tentanglah arus Liberalisasi ini, jika kita ingin menjadi muslim yang sebenarnya.

" الاسلام عظيم لا يحمله الا العظماء "

- Islam adalah agama yang agung, tiada siapa yang dapat memegangnya kecuali orang-orang yang hebat -


1 comments:

azim razak said...

kemelut pepecahan melayu kite lihat ari ni menyukarkn lagi hasrat utk menyelamatkan akidah dn martabat islam

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com