hover animation preload

Kasih manusia atau Cinta Ilahi?
by Hazim Azhar in


Adakalanya kita perlu mengorbankan hati orang tersayang untuk memperoleh reda ilahi. Ya, mereka ialah ibu, bapa, adik beradik dan ahli keluarga. Tatkala masa menjadi sempit, rumah menjadi 'persinggahan' lantaran kesibukan berdakwah, tika itu barulah teruji, di mana kita meletakkan dakwah dalam hidup ini.

Apakah reda ibu yang menginginkan kita tetap di rumah?

Atau reda ilahi yang menyeru agar keluar berdakwah?

Hakikatnya manusia itu berbeza, pemikiran dan mentaliti dibentuk berdasarkan pengalaman hidup dan sejarah lalu. Orang lama berfikir mengikut acuan mereka, dan kita pemuda berfikir berdasarkan tarbiyyah yang kita terima. Oleh itu, terdapat ibu dan bapa yang tidak memahami sebagaimana kita faham. Tidak merasai sebagaimana yang kita rasa. Kita cintakan kesusahan, kesibukan, keletihan dan peluh di jalan dakwah.. Namun mereka cintakan kerehatan di rumah.

Seandainya anda tersepit dalam situasi begini, bagaimana?

Ramai di kalangan rakan seperjuangan dahulu telah 'futur' dan hilang ditelan arus kerehatan di yang melenakan. Dek kerana himpitan masa antara belajar, keluarga, hal-hal peribadi dan dakwah, akhirnya dakwah diketepikan dan diletakkan nombor terakhir. Sekiranya ada masa, barulah pergi usrah. Sekiranya ada waktu barulah pergi program tarbiyyah.

Akhirnya, apabila tiba waktu diuji keikhlasan dalam semangatnya, ternyata mereka menginginkan kerehatan. Berbagai alasan direkanya, agar tidak memilihnya untuk turut sama beraktiviti. Tika itulah kata-kata, "balik kampung", "sudah lewat malam", "Maaf, saya perlu duduk di rumah kerana mak marah" terpacul di bibir. Sedangkan jika difikir-fikirkan semua itu flexibel, terletak pada kita untuk menguruskannya. Jika benar-benar ingin turut sama aktif dalam jemaah, mengapa tidak memujuk ibu bapa mengizinkan? mereka juga manusia, pasti ada jalannya.

Saya cuba membandingkan tarbiyyah di Mesir dan Malaysia, di sinilah perbezaan paling ketara. Kongkongan ibu bapa dan keluarga. Bagi saya itu bukanlah masalah utama andai ikhwah dan akhwat pandai mengambil hati mereka, dan memujuknya. Kita bukan budak kecil lagi. Kita bukan kanak-kanak yang tidak pandai menjaga diri lagi. Oleh itu, mengapa tidak kita tunjukkan kematangan kita dalam mengurus kehidupan kepada ibu bapa sehingga mereka yakin dengan kita, dan tidak akan risau walaupun balik lewat malam.


Saya lihat ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah ini;

1) Memperkenalkan mas'ul, naqib, murabbi kepada keluarga - supaya mereka tahu bahawa kita sentiasa keluar bersama orang yang baik-baik.

2) Mengembirakan hati ibu bapa - ketika pulang dari program, bawalah buah tangan untuk mereka supaya mereka tahu bahawa kita masih menghargai mak dan ayah.

3) Tunjukkan kematangan dalam berkomunikasi, berfikir dan bertindak - Buktikan kita sudah pandai menjaga diri, tidak perlu kongkong lagi.

4) Berterus terang - Ceritakan kepada mereka yang kita telah menyertai jemaah tertentu dan menjadi aktivis dakwah.


Moga sedikit catatan ini dapat dimanfaatkan bersama. Percayalah, sekiranya ibu kita marah kerana terlalu sibuk dengan aktiviti dakwah, sehingga tidak ingin menerima salam untuk keluar rumah. Atau tidak memalingkan langsung muka kepada kita ketika meminta izin untuk keluar, bertenanglah, teruskanlah melangkah dan katakanlah dalam hati, "mak, anakmu akan memberikanmu syurga di akhirat kelak".

Kita sayangkan ibu bapa, dan kita akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kekal berbanding apa yang mereka fikirkan sebagai 'bersama di rumah'. Kita akan hidup bersama di syurga nanti, insyaallah.


"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampunkan (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." (At-taghabun,14)

(Secebis catatan luahan hati seorang insan yang cuba menongkah dugaan keluarganya)

13 comments:

ayuamiza said...

apa pun kene ingat dakwah tak pernah ajar kita untuk ketepikan ibu bapa. masa ada kat rumah tu kene spend quality time. bukan duduk meemrap sahaja. buat perangai elok2 bila ada kat rumah, minimumkan keluar rumah (hny untuk urusan D&T) dan korbankan lah masa keluar suka2 bersama kawan-kawan atau g soping.

i believe, if there's a will there's a way.yg penting niat kita jelas, kemahuan kita menggunung, insya allah allah akan bg kemudahan.

beritahu ibubapa yg kita buat semua ini kerana mereka juga.jgn terlampau berahsia dgn siapa kita keluar kemana buat apa. mereka perlukan maklumat yg jelas unt hilangkan kebimbangan

tak sangka ini pun jadi isu ikhwah.

http://anak-anak-nil.blogspot.com/2009/06/tips-penting-buat-akhawat.html

Hazim Azhar said...

Ini bukanalah jadi satu isu sebenarnya, tapi ia adalah faktor majoriti ikhwah n akhawat malaysia menjadi agak 'lambat'. X pecaye??

Terpulangla..

Yep, we need to spend quality time with parents, tapi kadangkala ada sesetengah ibu bapa yang sukar nak faham(maybe not mine).. tidak membenarkan anak2nya keluar atas alasan 'dakwah'.

Sy dah bertemu dengan kes2 sebegini.

Bukanlah isu, tapi masalah. masalah ini tidak boleh dipandang enteng, biarpun tidak semua menghadapinya. namun bayangkan jika ibu bapa kita memang tidak suka langsung kita terlibat dengan D&T.. kan susah camtu? nak keluar kang seolah2 'menderhaka', x keluar kang kita pulak miss banyak prog.

isu ikhwah eh?? kalo semua ni x pernah berlaku d kalangan akhawat, sy yakin dan pasti.. akhawat dah jauh lebih kehadapan berbanding apa yang sy lihat sekarang.

-Adakalanya kita perlu melihat sesuatu dari kaca mata pengalaman orang lain dan cuba merasainya, berbanding kita sentiasa merasa diri ini sempurna-

Hazim Azhar said...

Cop.. sebelum yang lain bagi komen, saya nak jelaskan dulu bahawa bukanlah saya maksudkan dalam entry ini kita mengetepikan ibu bapa dalam kehidupan ini.

bahkan saya benar2 tidak bersetuju.

Tapi apa yang saya maksudkan jika ibu bapa memang tidak suka kita keluar atas apa jua alasan, lebih2 lagi program dakwah(mak-what's that?).

Mungkin kita akan tersepit, tapi jangan sesekali kita berhenti. Mungkin kita terkongkong, jangan sesekali kita mengasingkan diri.

sebulan tak datang usrah.. tak naye camtu??

danialarief said...

mmg.isu yg terkena batang hidung sendiri dan sahabat2 yg lain.

Puteri said...

setuju dgn ayu. doa dan solat hajat antara jaln penyelesaian. timing pun kena pandai manipulate. timing nk minta izin, timing nk luahkan pendapat dan fikrah. hurm, penting juga utk xbercakap nada berlagak pandai heheh.. memang rezeki besar kalau D&T mendapat sokongan ibu bapa walau mereka tak terlibat. wut u said bou menampakkan kematangan diri, sgt membantu. Biasanya kalau manusia tu mcm tu, tak akan begitu terkongkong utk buat keputusan sendiri. Apa2 pun, slalunya kesusahan lebih mmbntu menguatkan diri drp kesenangan. terkongkong tak bererti tak bebas... moga Allah saja yg bantu!

ahmad ibrahim yahaya said...

Assalamualaikum.
slamat Ramadhan, slamat hari raya.
Lama x layan blog, teringin nak komen.

"Namun mereka cintakan kerehatan di rumah."
perlu dijelaskan betul-betul bahawa tiada perhubungan antara duduk rumah & keluar rumah dengan rehat & dakwah.
duduk rumah tidak bermakna rehat semata-mata. Sila tidak mengecilkan skop dakwah dan ibadah.

"Orang lama berfikir mengikut acuan mereka, dan kita pemuda berfikir berdasarkan tarbiyyah yang kita terima."
ya betul, sokong, x nafikan. Cuma nak tambah, acuan orang lama itulah yang membawa kita sampai dapat 'tarbiyyah' yang 'sibuk kita war-warkan' dan 'canang sana sini' tu. Ya, pemikiran lama, tetapi Nabi tidak pernah mengajar kita memperkecilkan sesiapa pun, lagi-lagi ibu bapa, biar sejahil mana pun mereka.

"ia adalah faktor majoriti ikhwah n akhawat malaysia menjadi agak 'lambat'. X pecaye??"
percayalah sifat terlalu gopoh dan inginkan semuanya instant inilah yang menyebabkan dakwah bukan sahaja lambat, malah terus terkubur. Sesuatu yang cepat naiknya, cepat juga turunnya. Baka kata pepatah arab, fi at-ta`anni as-salamah, fi as-sur'ah an-nadamah.
Ana kongsikan 2 kata-kata tasawuf..
1) "Akan ku permudahkan yang susah sehingga aku mencapai cita-citaku, dan tidak akan tercapai cita-cita kecuali bagi mereka yang sabar". sabar yang dimaksudkan adalah sabar menempuh cabaran dan sabar untuk mengikut turutan alam untuk tidak tergopoh
2) "Tanamlah jiwamu di tanah yang tersembunyi(sedalam-dalamnya), maka tidak akan tumbuh hasil yang baik dari benih yang tidak sempurna penanamannya". tanah yang tersembunyi(sedalam-dalamnya) adalah taqwa dan sabar sehingga menjadikan kita matang dan tidak tergoph-gapah.

"Sekiranya ada masa, barulah pergi usrah. Sekiranya ada waktu barulah pergi program tarbiyyah."
Di sini, jangan sekali-kali kita memperkecilkan skop dakwah atau lebih teruk lagi, 'menyalahertikan' dakwah sebenar. Siapa kata usrah dan program tarbiyyah sama dengan dakwah?ya, 'mungkin'(kalau betul caranya, x sesat, x ta`asub) ia salah satu dari wasilah dakwah, namun bak kata Hasan al Banna, hadaf satu, wasilah pelbagai.
Taat kepada ibu bapa selagi x bercanggah syara' adalah lebih tinggi dan utama dari pergi usrah dan program tarbiyyah. Ya, memang kita perlu pujuk, namun ada yang terlalu ekstrim(x melibatkan hazim atau sesiapa pun, umum..) sehingga ibu bapa menjadi sakit hati anaknya yang baru balik dari oversea, terus keluar rumah pergi program sedangkan maknya ajak makan luar dia menolak(ana pernah jumpa orang cmni)
Secara logik akal, ibu bapa akan merasa tersinggung jika merasa kebersamaan anak-anak lebih dengan kawan atau 'ikhwah' daripada kebersamaan dengan ibu bapa. Mana tidaknya, mereka melahirkan, membesarkan, memberi pendidikan, sampai kita dapat 'tarbiyyah' yang kita 'canag-canangkan' itu.
Dan percayalah juga, ibu bapa sebegini, bukan tidak memahami Islam dan dakwah, bukan tidak kuat beribadah, tetapi mereka mempunyai akal yang sihat, cuma anak-anak yang ekstrim ini yang tidak memahami. Jadi, cuba fikir, ibu bapa yang tidak memahami dakwah kita atau kita sendiri yang tidak memahami 'dakwah kita sendiri'.

"tidak perlu kongkong lagi."
Manusia mana yang bebas? Setiap perkara ada sempadannya. Janganlah kita melangkauinya. Sedarlah bahawa 'kongkongan' mereka itulah yang mematangkan dan menjaga kita dari anasir jahat kafirin.
memang benar, kekadang mereka terlalu mengongkong, tetapi kongkongan itu perlu ada walau sedikit, tidak boleh dihapuskan sama sekali.
Janganlah kita terlalu ingin keluar dari kongkongan mereka sehingga tercalar kelongsong hati mereka.

Ana akhiri dengan ayat al Quran, sila cek sendiri, surah at Tahrim, surah 66, ayat 6.
kajilah komen ini dengan adil, jangan terus ambil dan jangan terus buang.
wassalam.

Hazim Azhar said...

Menjawab persoalan saudara Ibrahim..

1)Allah telah berfirman dalam surah Attaubah ayat 24;

"Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

Sekiranya 'ekstrim' yang anda katakan dalam komen di atas adalah kerana saya melebihkan cinta Allah dan rasulnya serta keluar berjihad di jalan allah.. maka saya rela digelar ekstrimis yang anda maksudkan.

Perlu difahami di sini, bahawa saya tidak katakan untuk mengetepikan ibu bapa. Bahkan 'birrul walidaini'(berbuat baik kepada ibu bapa) termasuk dalam silibus usrah. Seharusnya mereka yang ditarbiyyah adalah orang pertama yang taat kepada ibu bapa, menghormati mereka, dan membahagiakan mereka. Ini apa yang saya fahami dalam dakwah.

Tetapi kasih kita kepada ibu bapa tidak membawa kita menombor duakan kasih Allah, serta berjihad di jalan Allah.

Anda berpandangan ibu bapa lebih utama daripada usrah dan tarbiyyah. Jika usrah itu adalah jihad di jalan Allah, maka melalui ayat quran ini(attaubah,24) saya berpandangan Jihad itu lebih utama dari segalanya.

2)Adakah dengan menyeru keluar berdakwah serta mengorbankan masa di jalan allah itu bermaksud mengecilkan skop dakwah?

Duduk di rumah adalah sebahagian daripada dakwah,tidak dinafikan. Namun kita ada tugasan yang lebih utama dan lebih besar berbanding elemen kecil tersebut.

3)Kongkongan keluarga adalah faktor yang melambatkan ikhwah malaysia-ini pendapat saya. Adakah dengan cuba menyelesaikan masalah ini bermaksud kita tergopoh-gapah dalam dakwah? sedangkan ini adalah antara masalah yang menyumbang kepada kelambatan dakwah.

Baiklah, anda mungkin berpandangan bahawa apa yang saya lakukan ini gopoh. Ibrahim, dakwah ini mengajar saya untuk tidak tergopoh-gapah dalam bertindak, bahkan sentiasa bersabar melayan mad'u.

Cuba untuk laju tidak bermaksud kita tergopoh gapah, bahkan ia adalah hasil daripada semangat yang didasari kefahaman bahawa islam itu yang terutama.

4)Manusia perlukan 'kongkongan' untuk memandunya agar tidak terbabas.

Namun kongkongan yang mengikat para pendakwah pada ikatan yang menghalangnya bergerak adalah satu masalah. Dan tugasan kita untuk meleraikan ikatan tersebut, agar mereka dapat berjalan sambil memagang tali panduan yang membawanya kepada matlamat reda ilahi.

*Manusia mentafsir sesuatu mengikut neraca pertimbangan akalnya yang dibentuk oleh ilmu, penghayatan dan pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Cubalah menimba seberapa banyak pengalaman, nescaya suatu masa anda akan melihat sesuatu yang tidak pernah anda nampak sebelum ini.

Anonymous said...

Menarik membaca coretan akhi..

Perkara ini disentuh, diri ini juga ada cerita disebaliknya..

Antara 2 generasi, manakan sama kita dengan generasi mereka, dunia tarbawi kita berbeza, perspektif media juga tak sama..

Ketika itu saya mula memahami sesuatu, mak abah meragui apa yang saya buat di luar sana..

Saya tak boleh marah akan ketidakfahaman mereka akan situasi kita, tentu sekali mereka inginkan yang terbaik buat kita tanpa memahami inilah yang terbaik buat kita..

Maka saya memandang satu solusi, saya tak boleh buat macam ni.

Saya ceritakan segala-galanya aktiviti dakwah pada mak abah!

Ya, segala-galanya!

Kita ada harapan, ada cita-cita. Kemudian saya tunjukkan result, kemahiran, kawan-kawan, semuanya positif..

Mak abah menjadi yakin, bahkan semakin menyokong!

Subhanallah, mak abah secara tak langsung ada juga sedikit terkesan dengan apa yang saya lakukan, action speak louder than words :)

Salam rindu, tak jumpa lagi!! Bila??

Hazim Azhar said...

Terima kasih akhi akmal hakim.

Yes, action speak louder than words. Bila nak jumpa?? ana x nampak2 nta lagi dalam prog2 yang ana pegi?

Insyaallah.. lepas raye nanti kalo boleh kt rancang 1 prog khas utk pelajar2 SMKAP insyaallah.

Setakat ni ana dah selalu turun sekolah, tp belum buat 1 prog lagi la, cadangnye nak sesame dengan nta nanti k, biiznillah.

ahmad ibrahim yahaya said...

terima kasih semua

hehe hazim, bes gak ade blog,bleh tulis pendapat kite...

1) pasal ekstrim, tu adalah maksud tathorruf dalam bahase melayu, dri segi istilah mcm2 ulamak bg makna, tp nak senang, die adik beradik ta'asub,..
& of course lah klau kita mengutamakan Allah dan Rasul dan Jihad lebih dari mak ayah, bukan bermaksud ekstrim...bahkan itulah yang betul.

ekstrim yang ana maksudkan adalah mereka yang gagal mengikut prioriti...

2) skop dakwah..yang ana maksudkan, usrah tu subset kepada dakwah..program tarbiyyah tu subset kepada dakwah..rehlah dengan famili itu juga subset kepad dakwah..solat Subuh berjemaah dengan famili yang tak pernah solat subuh berjemaah itu juga subset kepada dakwah..menjaga ibu bapa yang dah tua itu juga subset kepada dakwah...itu je maksud ana sbenanye...(sebab terkesan dengan keadaan famili sendiri..)

skali lg ana ckp, mngkin nta x terlibat dlm hal ni, tp ana bg contoh...
ikhwah ni dtg dr famili yg xberapa faham dakwah sangat, cuma amal Islam ibadat biase2 je..then, sekali die balek oversea, tuu dia..pergi program sana, qiam sini, dll, tp famili dia kt rumah masih x solat berjemaah, malah adik beradik dia masih ade yg x solat..so, die blek oversea juz brape bulan je, tp ngan famili pon die x bwk rehlah jln2 ke, ajak g masjid ke skali sekala, kosong...
mmg contoh ni x terkena kt nta, tu sbbnye nta bukan ekstrim...

3) pasal jihad plak, mmg jihad paling utama, n azab Allah lah bg siapa yg lebihkan keluarga, harta, dll lebih dr jihad ke jalan Allah...
teknik yg same, usrah tu subset, belajar agama tu subset, belajar medik tu subset, kerja kt ofis pun subset,(ana x masokkan tarbiyyah dlm subset sbb tarbiyyah tu wajib n tanggungjawab ibu bapa pd asanya)...
x pecaya, sila kaji buku yg bru sgt, bru bbrape bulan terbit, buku Fiqhul Jihad oleh Dr Yusuf al Qaradhawi, dua jilid, dia tulis buku ni bukan main2, makan 6 tahun...dlm bku ni, smua salah faham dlm isu jihad ke jalan Allah akan diselesaikan insyaAllah(jika anda berfikiran adil dan mengikut acuan Islam yg sebenar n tak ta'asub)

4) ana x ckp nta trgopoh gapah, ana cakap umum, tp sbb ana ckp cmtu adlh dari nta punye perkataan "ikhwah n akhawat malaysia agal lambat"..x ckp pon nta gopoh, cuma nk ingatkan balek kpd SESIAPA yg berfikiran semuanya nk instant, supaya islah kan konsep dakwah n jihad kita...

nta tau kot sejarah ni, ade srg doktor ni bg tau ana, ade ikhwah ni merungut, die kata, "sbb ape dakwah kita ni lmbat, mana salahuddin al ayyubi zaman ni??"
so, doktor tu kate, Salahuddin al Ayyubi zaman tu dilahirkan oleh 3 peringkat, it all started dr Imam al Ghazali, time tu beliau yg mule2 ade kesedaran bhw org kristian tentera salibiyyah dah mengorak langkah sedikit demi sedikit hancurkan Islam..so, start dr tu, die tumpukan sume kehidupannya, belajar, menulis, n mengajar ilmu n kefahaman Islam smpai dpt mmbentuk satu barisan pelapis yg faham Islam sbenar2nya...then, pelapis niteruskan usaha Imam al Ghazali sampai lahir satu peringkat lagi pelapis..n pelapis peringkat inilah yg menghasilkan golongan yg diantaranya adalah Salahuddin al Ayyubi, dan mengalahkan tertera Salibiyah...
juz nk kongsi, x menujukan kepada individu, kongsi utk semua...

sekian, yg penting, ape2 pun yg kita cakap, Allah dan Rasul itu tetap yg utama..
wassalam
selamat hari raye semua, maaf zahir batin....(cewah, mcm ana punye blog lak)

Hazim Azhar said...

specially for Ibrahim..

Nice comment, i like it. X pe, nta kan tetamu dalam blog ini, jadi wat cam umah sendiri je. X pe.

Betul.. ana sokong pendapat nta.

Selamat hari raye!

Maaf zahir n batin~

musafirtibbi said...

fuh,ulasan yang baik,terkena atas batang hidung sendiri..huhu

Hazim Azhar said...

yep akhi Farid, terkena batang idung ana jugak da~

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com