hover animation preload

Hantu oh hantu~
by Hazim Azhar in

Ini ialah minggu yang ke-3 saya berada di malaysia. Pengalaman bercuti selepas 2 tahun berada di negara orang, memberikan satu "feel" baru kepada saya. Ya, memang di Mesir dan Malaysia berbeza dari pelbagai aspek... dan yang paling menarik untuk saya kongsi bersama dalam post kali ini, tentang "Hantu"..

EeeeEee.. Awak takut ke?

Suatu malam saya menekan remote TV untuk sekadar melihat(bukan menonton) cerita-cerita yang ada di sini. Tiba-tiba terpancar cerita hantu. Tajuknya, "Dayang Senandung". Entah menarik atau tidak saya pun tidak pasti, tapi yang jelasnya saya memang tidak minat menonton televisyen. Cerita bersiri itu membuatkan saya terfikir, "Apa tujuan cerita hantu diadakan?"

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya, dan mungkin selamanya. Haish~ Boleh tak tolong bagi saya jawapan??

Ketika sedang berfikir, saya terkenangkan 10 tahun yang lalu, ketika saya masih bergelar seorang kanak-kanak. Seringkali saya dimomokkan dengan hantu pocong yang melompat-lompat, agar saya tidak berani keluar malam. Bila dah lewat malam, ada sekali mak saudara saya berkata dengan nada menakutkan, "Tidur Zim, kang pontianak panggil kau dari pokok besar tu kang.." Serta merta saya jadi gelabah dan terus buat-buat tidur. Huh, siape tak takut.. pontianak nak panggil aku, baik aku tidur cepat~

Pocong nak makan nasi


Ketika di Asrama juga cerita-cerita hantu menjadi santapan sebelum tidur kami. Saya dan rakan-rakan galak bercerita momok, seorang demi seorang sambil didengari oleh telinga2 lain. Masih saya ingat cerita hantu seorang nenek tua yang duduk di atas kerusi yang sering meronda ruangan asrama pada malam hari. Juga cerita 'budak kecik' berwarna hijau ala-ala toyol yang selalu menggegarkan 'locker'. Akhirnya, dahi berpeluh, bulu roma tegak ketakutan dan last-last, rapatkan katil dan tidur ramai-ramai. Haha, tu la yang ade kene sebat dengan warden asrama.

Akhirnya dapat saya membuat satu kesimpulan terhadap budaya "hantu" Malaysia;

1) Melemahkan Iman dan kebergantungan kepada Allah. Manusia(khususnya kanak-kanak) akan menjadi takut dan lebih takut kepada kegelapan berbanding Allah. Apabila anak-anak sering dimomokkan dengan cerita-cerita dongeng tahyul yang entah betul entah tidak, akhirnya melahirkan insan yang lemah imannya dan hilang keyakinan kepada Allah. Yang melindunginya adalah tangkal, bomoh dll.

2) Menjadi Penakut. Sehingga tidak berani tinggal di rumah seorang diri kerana takut pontianak terkam, juga takut bergerak ke mana-mana di malam hari kerana nanti jumpa hantu pocong di tengah jalan. Ini akan memberi kesan jika masjid@surau jauh sedikit dari rumahnya. (Ketakutan menjadi alasan untuk tidak ke masjid).

3) Melalaikan diri dari tugas yang sebenar. Apabila terlalu takut kepada hantu, mulalah dia mempelajari dengan mendalam ilmu-ilmu pendinding dan berbincang untuk melawan jin. Akhirnya dia terlalu disibukkan dengan perkara itu, dan peranannya untuk mendalami agama dan berdakwah diketepikan.

4) Perkara-perkara khurafat berleluasa dalam masyarakat. Guna tangkal itu, tangkal ini, bace macam-macam mantera, dan lain-lain. Jika semua itu benar-benar mengikut syariat islam, tidak ada salahnya. Namun jika terpesong, ia satu dosa.

Generasi demi genarasi terus berlalu, cerita-cerita tahyul tetap bersarang dalam sanubari masyarakat ini. Sungguh, apabila kita letakkan diri kita sebagai pejuang agama islam atau tentera ilahi, adakah perlu kita dimomokkan lagi dengan cerita 'budak-budak' ini? Sehingga jiwa lemah, penakut dan bacul, hanya mendiamkan diri di rumah sedangkan jalan dakwah memerlukan tentera yang siap sedia bertindak pada waktu siang dan malam.

Pontianak Harum sundal malam..

Saka...

Waris...

Dayang Senandung...

Jangan Pandang Belakang...


Takutnya!

(Haish~ tak sudah-sudah lagi..)

5 comments:

Puteri said...

ada yang takut nak bagun tahajud sorang2 malam2 sbb 'ada hantu'

chekZu said...

malaysia dan hantu mmg sinonim..
jgn org malaysia ni jd 'hantu' sudah la..

Hazim Azhar said...

to Puteri;
Tu la pasal.. hm, cam ade pengalaman je??

to chekZu;
betul2, tapi realitinya memang ade pun kan. x gitu?

huda said...

dayang senandung bukan crita hantu la..

Hazim Azhar said...

Ala.. tapi agak mistik2 gak.

Ana x ikut cerite tu, yapi starter cerite tu kan agak mistik.. ade jugak sumpah yg buatkan anak die jadi itam.

Bukan cerite antu, tapi ade gak elemen mistik tu, sepupu sepapat dengan cerite hantu jugak la~

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com