hover animation preload

Melayu atau Arab?
by Hazim Azhar in


"Ok, pelajar sekalian.. siapa yang boleh sebutkan satu per satu label gambar rajah ini?". Kata seorang pensyarah Histology kepada anak-anak muridnya dalam bahasa Arab.

"Saya nak cuba.." seorang pelajar perempuan Arab mengangkat tangan rendah.

Satu demi satu pelajar tesebut menyebut label gambar rajah 'Cervical level of spinal cord' tanpa salah. Lancar dan yakin. "Mumtaz jiddan!" Puji doktor kepada pelajar perempuan arab tersebut diiringi tepukan tangan oleh seluruh dewan kuliah.

Kemudian Doktor beralih kepada gambar rajah yang lain. Kali ini seorang pelajar lelaki Arab pula ingin mencuba.
Ternyata semua poin-poin dihafalnya dengan sempurna. Saya cuba menyemak dalam buku, ternyata seolah-olah ayat buku teks.

"Subhanallah.." hatiku memuji kebesaran ilahi.
Doktor memuji kedua-dua pelajar tersebut dan menghadiahkan sebungkus cokelat kepada mereka sambil pelajar-pelajar lain bertepuk tangan. Suasana dewan kuliah sangat meriah.

*****

Suatu hari sedang dalam perjalanan ke kuliah, seorang lelaki Arab menegur saya.. "Ya Hazim! Eh akhbaruk? Tazakkarni?" (Hazim apa khabar? ingat saya lagi tak?)

Saya jadi termangu-mangu keseganan kerana langsung tidak mengingati siapa namanya. Mungkin sebelum ini saya pernah berjumpanya hanya sekali, dan ia terus mengingati nama saya sehingga kini.


*****

Pagi itu sekali lagi aku terkesima dengan seorang doktor Physiology dalam kuliahnya. Penyampaian pengajarannya amat jelas dan mantap. Kata-katanya sama seperti yang saya baca dalam buku teks. Mungkin dia menghafalnya seluruh buku tersebut. Tanpa memegang sebarang nota dan bahan catatan, doktor tersebut mengajar muridnya dengan lancar.

*****

Inilah serba sedikit pengalaman saya belajar bersama-sama dengan pelajar Arab.

Memang mereka amat hebat dalam menghafal sesuatu, sekali dengar terus ingat. Sekali baca terus hafal. Bangsa Arab dikurniakan kelebihan tertentu dan kemampuan daya ingatan yang amat kuat. Tidak hairanlah jika ulama'-ulama' mereka menghafal kitab-kitab tebal yang dirasakan mustahil oleh orang Melayu.

Mengenangkan diri ini pula. Baca buku sekali, tidak dapat. Dua kali, tidak hafal lagi. Tiga kali masih belum sempurna hafalan. Empat kali mungkin hafal.. tetapi selepas seminggu, lupa semula. Inilah Melayu.. saya akui kelemahan ini.


Rakan-rakan yang saya hormati,

Bangsa Arab dikurniakan kelebihan seperti daya ingatan, jasmani yang kuat dan kecantikan paras rupa. Kadang-kadang, kita merasakan mereka begitu bertuah mendapat kelebihan itu. Dan apabila muhasabah diri sendiri... kita merasakan rendah diri. "Apa ada pada aku.."

Namun, setelah saya berfikir-fikir dan mengamatinya kembali. Kita amat beruntung dilahirkan sebagai seorang Melayu yang berasal dari Malaysia. Dalam konteks yang lain, kita mempunyai banyak kelebihan berbanding bangsa Arab.

Pemalu, sopan-santun, lemah lembut, bersederhana, tidak menunjuk-nunjuk, dan pandai menjaga hati dan lain2. Inilah sebenarnya kekuatan bangsa kita, Melayu. Mengenangkan semua ini, betapa indahnya melihat rakan-rakan Melayu yang pemalu dan apabila bercakap, bernada sederhana.

Perempuan Melayu pula pemalu, sopan dan memelihara akhlak. Saya cuba membandingkannya dengan perempuan Arab.. Ternyata Melayu tetap menjadi pilihan. Apabila bertembung dengan lelaki, selalunya mereka menjauhkan diri, atau menundukkan pandangan. Namun, ketika di kuliah saya pula yang perlu 'lari' dari perempuan Arab. Apabila berkata-kata, perempuan Melayu bernada lemah lembut. Tapi bila terkenang perempuan arab sekuliah yang bergelak ketawa di tepi jalan, hati ini berbisik "Alangkah indah menjadi orang Melayu". Dalam berpakaian, gadis Melayu, sopan dan menutup aurat dengan sempurna. Tapi saya dapati perempuan Arab, buka sana buka sini. Cuba bersangka baik.."Mungkin dia pakai baju adik dia.."

Lelaki Melayu juga demikian. Apabila berborak dengan mereka, selalunya bernada sederhana. Dalam berpakaian tidaklah keterlaluan perhiasannya. Dan apabila bergurau, lelaki Melayu masih lagi sopan dan tidak terlalu kasar seperti Arab.

Bukan niat di hati ingin membanding-bandingkan. Bukan pula untuk mengata-ngata.

Arab.. kelebihannya dari aspek lain. Melayu... Kelebihannya pula dari skop yang berbeza. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.



Namun, petang ini saya terfikir..

"Adakah Melayu masih lagi sopan-santu, pemalu, berakhlak, lemah lembut dan menutup aurat dengan sempurna??"

Hadis riwayat Aisyah ra. istri Nabi saw.:
Rasulullah saw. bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya[Sahih Muslim, hadith 4697]



0 comments:

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com