hover animation preload

Sambutan Maulud Nabi ; Antara cinta dan kontrovesi.
by Hazim Azhar in


Sambutan Maulidurrasul di Malaysia menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan suatu masa dahulu. Sebut saja sambutan maulud nabi, pasti akan ada sesetengah pihak menentang dan tidak bersetuju dengannya. Tidak kurang pula yang begitu mempertahankannya sehingga mengatakan ianya wajib. Ada juga sebilangan masyarakat Melayu Islam kita yang mengambil jalan pertengahan. Tidak mengatakan haram dan tidak pula mengatakan wajib.



Senario Malaysia

Budaya meraikan maulidurrasul telah lama bertapak dalam masyarakat Islam di Malaysia, sehingga menjadi adat yang amat sukar dikikis oleh apa jua tentangan. Perarakan di jalan2 raya sambil memegang sepanduk khas yang memuji rasulullah selalu bermain di kaca mata kita. Tidak kurang juga ada yang mengadakan satu program khas sambutan maulidurrasul, khususnya di sekolah2 dan agensi2 kerajaan. Ketika itu, semua pelajar dan pekerja berarak dari satu tempat ke satu tempat sambil berselawat dan akhirnya masuk ke dewan mendengar ceramah atau forum. Kaum Adam memakai Baju Melayu lengkap bersongket dan kaum Hawa pula memakai Baju kurung atau Jubah menyerikan lagi keadaan. Hampir2 boleh dikatakan masyarakat kita sedang menyambut perayaan besar dalam islam.

Dalam keriangan sambutan Maulud Nabi, ada sesetengah pihak yang amat berang dan menentang amalan ini. Mereka mengatakan bahawa amalan itu bukanlah sunnah Rasul dan merupakan satu Bid’ah Dolalah(sesat). Sambil melafazkan dalil hadith nabi yang mengatakan bahawa setiap Bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat di dalam neraka. Maka mereka amat menentang keras pengamalan sambutan maulud nabi, dengan alasan juga ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sendiri. Mengapa kita perlu mengadakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh nabi?.. ia bukan sunnah nabi.


Satu penerangan

Sesungguhnya menyambut maulud nabi bukanlah satu yang ditentang dalam islam, apatah lagi mengharamkannya. Tiada dalil yang qat’i menjelaskan tentang pengharaman amalan itu di dalam Al-quran mahupun Hadith nabi.

Tentang hadith bid’ah yang penulis sebutkan di atas, Bid’ah terbahagi kepada dua; Bid’ah Hasanah(Bid’ah yang baik) dan juga Bid’ah Dolalah(Bid’ah yang sesat). Bid’ah hasanah ialah segala perkara tambahan dalam agama, namun ia tidaklah bertentangan dengan syariat islam dan membawa kebaikan jika diamalkan. Manakala Bid’ah Dolalah merupakan Bid;ah yang sesat, ditambah2 dalam agama sehingga memburukkan agama islam malah amat bertentangan dengan agama Islam itu sendiri.

Contohnya kita lihat di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar assiddiq, Al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf. Sedangkan perkara tersebut tidak pernah sekalipun dilakukan ketika zaman Rasulullah SAW, melainkan hanya memerintah sebahagian para sahabat menyalin ayat2 quran di pelepah2 tamar, dan kulit2 haiwan. Kemudian ketika Zaman Khalifah Uthman Quran itu disalin dalam beberapa naskah lain, dan diedarkan ke kawasan2 lain bersama pembaca quran yang sahih. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman rasulullah. Namun dilakukan ketika zaman para sahabat.

Perlu diingatkan juga, bahawa bukan semua yang rasulullah tidak pernah lakukan; bermaksud kita juga tidak boleh melakukannya. Contohnya di zaman Rasulullah tidak ada kapal terbang, tapi zaman ini ada. Adakah berdosa menaiki kapal terbang? Sudah tentu tidak. Tidak pernah ditulis dalam mana2 kitab kuning, biru, hijau ataupun coklat tentang pegharamannya. Logik akal juga mampu memikirkanya, Tidak mungkin agama islam yang diturunkan oleh Allah (yang mengetahui segala2nya) sebegitu jumud.

Memang benar bahawa Sambutan Maulidurrasul tidak menjadi sunnah nabi. Namun, jika diperhatikan, bahawa itulah medan untuk kita mengukir perasaan cinta kepada rasulullah dan mengingatkan kita dengan sejarah Nabi. Di samping itu juga, sambutannya dapat mengingatkan kita tentang Hari Lahir Rasul tercinta. Bukankah semua ini adalah baik? Maka sambutan Maulud Nabi adalah dibenarkan dalam islam. Namun mestilah dititikberatkan aspek2 yang lain juga; cara sambutan, keadaan, masa dan semua perkara yang berkaitan.

(Ini adalah berdasarkan kefahaman saya yang cetek, sekiranya ada kesilapan amat diharap agar pembaca menegur dan membetulkan saya.)


Cinta yang mendalam?

Cinta. Apabila ditanya mengapa menyambut Maulud Nabi, itulah jawapan yang amat lazim kita dengar. “Aku cinta akan Rasulullah”. Sesungguhnya memang kita sebagai muslim perlu cintakan Nabi Muhammad dan apa yang dibawanya; Islam. Tanpanya, kita bukanlah umat Nabi Muhammad. Mana mungkin kita tidak mencintai Nabi sedangkan di hari qiamat kelak kita amat mengharapkan syafa’at daripadanya. Hatta, kalimah terakhir yang meniti di bibir suci rasulullah sebelum kewafatannya adalah, ”Ummati…ummati…ummati”. Jika kita tidak mencintai rasul maka kita bukan ummat Rasulullah.


Sahabat yang saya hormati,

Perlu diingatkan bahawa cinta bukan sekadar kata2, tetapi perlukan pembuktian. Pembuktian akan membawa kepada amal. Apa buktinya kita mencintai Rasul? Adakah cukup dengan hanya mengatakan ; aku cinta nabi? Adakah cukup dengan menulis di blog2, di atas meja tulis dan menampal pelekat2 di dinding2? Adakah cukup sekadar kita menjerit2 berselawat sambil berarak di jalan raya? Adakah cukup sekadar kita memakai kopiah, serban, dan jubah?

Tidak…

Tidak cukup sekadar itu sahabat. Cinta kita perlu dibuktikan dengan mengamalkan sunnah Rasul yang sahih dan memahami islam lalu beramal dengannya dan mengajak orang lain kepada islam. Marilah kita menyelak siri2 perjuangan rasulullah mempertahankan dan menyebarkan agamanya. Marilah menyambut maulidurrasul dengan membaca dan menghayati Sirah Rasulullah. Lalu dengan itu kita akan melihat betapa besarnya dan pentingnya dakwah islamiyyah.

Sekiranya kita melihat bagaimana Rasulullah ketika berhijrah ke Taif, lalu dibaling batu dan dihalau oleh penduduknya. Sehingga keadaannya diceritakan mengalir darahnya dan bertakung di kasut Rasulullah. Namun setelah ditawarkan oleh malaikat penjaga gunung untuk membinasakan Taif, maka Rasulullah menolaknya dengan sifat kasih sayangnya. Alangkah indah akhlak Rasulullah.

Dan jika kita teringat betapa peritnya perjuangan para sahabat sekeliling Rasul sehingga menggadaikan segala-galanya untuk islam. Membuatkan kita terfikir.. “Di manakah aku pada sisi mereka?” Abu Bakar membelanjakan seluruh hartanya untuk islam. Apabila ditanya Rasulullah apa yang dia tinggalkan untuk keluarganya.. Dengan tenang Abu Bakar menjawab;”Aku tinggalkan Allah dan Rasulnya”. Alangkah hebat iman mereka. Kita pula, yang menganuti agama yang sama dengan para sahabat, yang bersujud ada qiblat yang sama dan membaca Al-quran yang sama… mengapa kita terlalu jauh untuk melakukan apa yang telah mereka lakukan?

Bacalah kembali sirah Nabi sejak kelahirannya, sejarah hidupnya, kisah suka dan dukanya. Pasti kita akan merasakan bahawa betapa kita jauh dari nabi dari segala sudut. Apatah lagi tidak ada keinginan dalam hati untuk melakukan amal Dakwah dan intima’ dalam gerakan dakwah. Nabi Muhammad sebaik2 teladan, hidupnya adalah untuk ‘rahmatal lil a’lamin’(Rahmat utuk sekalian alam). Hidupnya dalam jalan dakwah. Dan hidup kita pula dalam jalan…?
“Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh”(Fussilat;33)

“Dan serulah(berdakwah) kepada tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk
dalam kalangan orang2 musyrikin”(Al-qasas;87)

“Hendaklah ada di kalangan kamu sebahagian yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan ma’ruf dan melarang kemungkaran; dan merekalah orang2yang Berjaya”(Ali Imran;104)

Sirah adalah kunci kebangkitan ummat. Seorang ahli sejarah menyebut, “Sesiapa yang melupai sejarah, pasti ia akan mengulang kembali kesilapan yang sama pada masa akan datang”. Sirah adalah sejarah yang menerangkan kaedah kebangkitan islam. Bukan sekadar ceramah di masjid2, bukan juga sekadar mengadakan program besar-besaran. Tapi, adalah pembinaan rijal2 islam yang suci hatinya. Lalu dengan terang benderanglah jiwa terpancar2 pada riak wajah dan akhlak mereka. Dakwah akan hidup subur pada tangan2 rijal tersebut. Tarbiyyah islamiyyah melahrkan kader2 dakwah yang sejati.


Peranan Musuh Islam

Musuh Allah berjaga siang dan malam untuk menjauhkan kita daripada Intipati islam sendiri. Mereka berkerja sedaya upaya tanpa mengenal erti penah lelah mencari2 kelemahan dan cuba menimbulkan ragu2 pada jiwa muslimin.

“Tidak akan sesekali reda orang2 Yahudi dan Nasrani kepadamu selagi mana kamu tidak mengikuti ‘millah’ mereka”(Al-Quran)


Al-Quran menggunakan perkataan ‘millah’ yang bermaksud cara hidup, perlakuan, akhlak. Bukan menggunakan kalimah ‘din’ atau agama mereka. Kaum kuffar tidak kisah kita menganut agama islam. Tetapi akan bimbanglah mereka jika kita beramal dengan islam. Gerunlah hati mereka.

Lalu mereka mengatakan menyambut Maulid nabi patut ditinggalkan dan dilupakan. Dengan itu ummat akan melupakan tarikh lahir Nabi Muhammad. Semakin lama semakin pudar dari hati kaum muslimin, lantas melupakan sirah rasulullah dan perjuangannya. Maka singa yang garang itu menjadi kijang yang pengecut.Umat Islam melupakan sirah dan dakwah rasulullah, jadi akan hanyutkah ia dalam kehidupan dunia. Islam hanya pada nama, dan akhirnya digenggam dan dikuasai oleh musuh2 Allah.

Inilah agenda mereka. Cuba membawa kita jauh dari mengingati rasulullah. Dan peranan kita untuk bangkit dan menyedarkan orang lain.


Kesimpulan

Sambutlah Maulidurrasul dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Fahami dan hayati sirah Rasulullah, atau dengan aktiviti-aktiviti yang menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Bukan sekadar perarakan dan sepanduk atau ceramah dan forum semata2, tetapi membawa kita kepada pengamalan sunnah rasulullah yang sahih dan beramal untuk islam. Islam adalah cara kehidupan.

2 comments:

Anonymous said...

salam..

jom sambut maulid Rasul..
buktikan kecintaan kita bersama..

(^_^)

Mukmin bin Mohd Khairi said...

bukan sekadar sambut sahaja.. tapi praktis sunnah tu pentig.. sunnah utama 'amal maaruf nahi munkar'

Post a Comment

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com