Catatan ringkas tentang tuntutan kafir terhadap islam di Malaysia.
Apa itu IFC??
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) – adalah sebuah
suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang
mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca:
agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.
Apakah tuntutan mereka?
1) Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi
orang Islam.
2) Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan
tindakan undang-undang.
3) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4) Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama
Islam.
5) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin
dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad)
sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa
tindakan undang-undang.
6) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam
tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7) Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang
yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas
kematiannya.
8) Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9) Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada
menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10) Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk
diedarkan kepada umum secara terbuka.
11) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah
12) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah
ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk
disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada
membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk
keperluan orang-orang bukan Islam.
14) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti
dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah
Sumber : http://madrasatuna.wordpress.com/2011/04/06/suara-kita-makin-lemah/
***************************************************************
Mereka telah dapat merealisasikan tuntutan yang ke-10; bible dalam Bahasa Melayu. Itu sebagai permulaan, sebagai satu kejayaan bagi mereka. Namun sensitiviti umat islam dan sikap toleransi kita membuatkan kita terlalu mudah bersetuju dengan mereka; menganggap tuntutan itu adalah hak mereka. Kita lupa agama islam itu tertinggi dan tiada apa yang lebih tinggi darinya. Mungkin selepas ini kita bersetuju dengan semua tuntutan-tuntutan ini sehingga status quo agama islam di Malaysia terancam.
Mungkin... kerana sehingga kini mereka menuntut, dan kita hanya mengagguk.
0 comments:
Post a Comment
Post a Comment