Comments (6)
Comments (6)
*Entry kali ini hanya coretan pengalaman saya bersama sahabat-sahabat Arab di kuliah.
Ketika 'international day' di Cairo University (Rakan sekuliah)
Ketika awal-awal saya dimasukkan ke kuliah Arab, saya berasa ‘inferior’ yang begitu dasyat. Hampir-hampir saya ingin menyalahkan takdir. Pernah sekali seorang kawan Syiria bertanya kepada saya, “Wein enta?” Saya bertanya kembali apakah yang disoalnya kerana tidak faham. Lalu dia mengulanganya berkali-kali dengan harapan saya memahami soalannya. Malangnya tidak. Kemudian dia pun berkata, “ tak mengapalah..”
Wein enta = Wa Aina Enta = Kamu ke/di mana?
Soalan simple sebegitu pun tidak saya fahami dulu. Maklumlah, saya hanya didedahkan dengan lahjah mesir sebelum ‘flight’ ke sini. Kalau mesir, mereka akan katakan “Ha turoh fen?”(kamu akan ke mana?). Setelah beberapa lama, barulah saya tahu perbezaan lahjah antara arab dari pelbagai Negara. Contohnya, (apa kabar?)
Mesir : Izzayyak? Akhbarak eh?
Saudi : Keif halak? Eish launak?
Sudan : Keif?
Dan pelbagai lagi contoh dari berbagai-bagai Negara Arab. Setelah hampir tiga tahun saya bersama dengan mereka, saya semakin dapat membiasakan diri untuk bergaul, berbual dan berurusan dengan Arab. Secara jujur saya katakan, sangat seronok bersahabat dengan Arab. Beberapa minggu lalu saya menziarahi seorang sahabat dari Ghaza, Palestin. Namanya Anas Muhammad. Ketika berada di rumahnya, kami berbual-bual tentang palestin, masalah-masalah yang berlaku di palestin dan macam-macam lagi. Satu pengalaman yang sangat berharga.
Mentaliti masyarakat arab dan melayu amat berbeza. Juga terdapat perbezaan antara isu perbualan dan perwatakan Melayu dan Arab. Kebanyakan Arab (saya tak katakan mesir sahaja) lebih matang dari sudut perwatakan dan pemikiran. Mereka lebih berani, gentlemen dan kemas. Saya ulangi sekali lagi, saya tak katakan mesir. Kerana secara jujur saya katakan, saya lebih selesa berkawan dengan kawan-kawan dari Saudi, Yaman, Saudi Arabia, Palestin dan Syiria berbanding Mesir. Kenapa? Kamu akan tahu jawapannya jika pernah bergaul dengan kawan2 mesir.
Oleh kerana perbezaan ini, saya sentiasa mengharapkan sahabat-sahabat Melayu sekalian agar berubah dari menjadi kebudak-budakan. Jadilah matang wahai sahabat sekalian. Mentaliti, isu perbualan, cara berpakaian, dan cara bergurau akan menunjukkan siapa kita. Ada beberapa perkara positif yang terdapat dalam masyarakat pelajar Arab. Pertama, kemas. Meraka sentiasa menjaga penampilan diri dari sudut berpakaian. Jadi, janganlah pakai selipar jepun saje ke kuliah. =)
Kedua, berdikari dan matang. Saya suka bergaul dengan arab kerana mereka matang dalam banyak aspek. Juga mereka berdikari, tidak hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan dalam mencari maklumat. Apa yang diperlukan, mereka akan cari.
Ketiga, berani. Melayu terkenal dengan sifat segan dan malu-malu sehingga mereka tidak dapat mengasah bakat terpendam. Bukan semua, tapi majoriti. Ini tidak dapat dinafikan, kerana pengalaman saya sendiri di sekolah, PLKN dan di Kolej Matrikulasi menunjukkan bahawa ‘segan’ adalah punca utama Melayu tidak berani bersuara. Sehingga apabila kita berani, ada pula yang menuduh kita mencari publisiti dan tunjuk hebat. Aduh.. kecewa sungguh dengan sikap sebegini.
Keempat, berterus terang dan memberi nasihat. “Sorohah Rohah” (Berterus terang akan membuatkan tenang). Kadang-kadang saya dapati Melayu tidak berani mengatakan “tidak” biarpun perkara tersebut amat dibencinya. Selalunya disimpan…disimpan… dan akhirnya cakap belakang. Ini sikap negatif yang amat saya tak suka. Sekiranya tidak setuju, suarakan pada tempatnya, bukan bercakap belakang atau mengumpat.
Juga dalam budaya memberi nasihat, Arab lebih kehadapan dari Melayu. Suatu petang saya sedang berehat bersama sahabat palestin. Kami saling bertukar pandangan. Sehinggalah saya berkata kepadanya; “Anas, ana I’ndi musykilah fi dirasati, ahyanan ana musy fahim, wa lau ana fahim bisur’ah nasiit” (Anas, aku ada masalah dalam pelajaran. Kadang2 aku tak faham, dan kalau aku faham pun cepat lupa). Kemudian dia menyebut beberapa hadith nabi, dan mengingatkan saya supaya banyak beristighfar dan berdoa moga Allah permudahkan. Dia tak malu-malu menyebut hadith nabi dan memberi nasihat kepada saya.
Perbandingan yang saya tuliskan di sini bukan bermakna Melayu itu lemah dan tidak bernilai. Bahkan ada beberapa aspek yang kurang dalam masyarakat saya sendiri. Jadi, saya harap kamu semua mengambil pengajaran. Juga pengalaman yang dikurniakan oleh Allah ini iaitu peluang bersahabat dengan berbagai2 Arab dari pelbagai negara, membuatkan saya ingin berkongsi sesuatu dengan kamu. Biarpun dalam bersahabat, saya lebih cenderung bersama Arab, tapi secara peribadi saya katakan Melayu ialah masyarakat yang terbaik. Betapa beruntung dilahirkan sebagai Melayu di Malaysia…
Comments (3)
Ketika aku menulis surat ini, aku terkenangkan kamu semua. Biarpun aku sentiasa berjauhan dengan kalian, hati ini tidak dapat menafikan perasaan kasih sesama muslim yang masih subur kepada kamu semua. Oleh itu, petang ini aku menggerakkan jari-jemariku menaip bait-bait nasihat buat kalian yang sudi membaca tulisan ini.
Teringat aku tentang kenangan kita selama 5 tahun di sekolah yang sama. Bermula dengan tingkatan satu sehingga menjadi senior tingkatan 5. Terlalu banyak detik-detik indah yang telah terukir di lembaran kehidupan kita, sehingga membuatkan kita menjadi siapa kita. Kini telah 3 tahun kita berpisah dan masing-masing membawa diri, kehidupan yang tersendiri.
Mendengar kisah tentangmu membuatkan aku berasa sedih. Tentang keindahan hidup remaja yang semakin memalapkan semangat juang yang pernah kita bersama nyalakan dulu. Kata-kata tegasmu masih terngiang-ngiang di telinga. Kita pernah bersama berjanji menegakkan kalimah ilahi. Melangkah dalam satu barisan, tangan dipegang erat.
Namun kini..
Aku tidak mengerti apa yang telah berlaku. Adakah aku yang ketinggalan zaman, hidup dalam dunia jumud. Ataupun aku masih seorang budak yang tidak mengerti apa ertinya keseronokan. Aku tak mengerti. Apakah dakwah itu hanya dijalankan ketika ditaklifkan pihak sekolah. Sungguh aku tidak mengetahui apa yang telah berlaku.
Kisah-kisah cintamu terdengar di telingaku, dan dibuktikan dengan gambar-gambar yang megah ditayang. Gambar bersama kekasih tercinta. Melihat sahaja semua ini, air mata terus menitis. Duhai sahabat, apakah semua ini yang dikatakan keseronokan hidup remaja?
Masih teringat aku tentang pakaianmu yang sempurna, peribadimu yang baik dan akhlakmu yang indah. Namun kini semua itu menjadi ilusiku semata-mata. Puas aku berfikir tentang semua ini. Adakah aku yang terlalu mudah membuat kesimpulan tanpa bertanya tentang keadaan imanmu terlebih dahulu. Sekiranya benar ini yang berlaku, maafkan aku.
Jangan rasakan aku mengatakan mereka yang lain, tetapi engkau. Ya, engkau yang sedang membaca tulisan ini. Kamu yang mengenaliku bertahun-tahun di sekolah dulu. Kita pernah mengerti apa maknanya dakwah dan tarbiyah. Juga pernah mendengar tentang islam yang sempurna. Siang dan malam. Hidup dan mati. Islam itu adalah segalanya.
Aku tidak mengharapkan engkau memakai memakai kopiah, tudung labuh, niqab dan sebagainya. Tapi cukuplah dengan engkau menutup auratmu dengan sempurna. Mengamalkan islam dengan sepenuhnya. Cukuplah itu bagiku, harapan seorang sahabat. Juga aku tidak melarang kamu bercinta sekiranya ia tidak salah dalam islam. Aku juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Sama sahaja seperti kalian. Aku benar-benar harapkan janganlah kita calari cinta yang suci dengan maksiat yang kotor. Bukanlah dengan menayangkan gambar-gambar kekasih di dalam blog, facebook itu menggambarkan cinta sejati. Bukan begitu sahabat.
Jangan salahkan dia, jika bukan kita yang melakukannya. Bahkan kamu bersalah kerana tidak menegurnya dan merelakan gambarmu ditayangkan sesuka hati. Bukan begitu untuk membuktikan cinta. Bahkan buktikanlah cinta dengan kembali kepada Allah, mempersiapkan diri untuk berumahtangga, setia dan memelihara diri. Tidak perlu kita berhubung, keluar bersama kekasih hati kerana itu adalah maksiat. Sekiranya benar-benar cinta, setialah kepada dia, peliharalah diri, jadilah matang dan lamarlah dia sebagai pasangan hidup yang melengkapkan kehidupan kita. Agama kita.
Sahabatku, maaf seandainya kata-kataku menghiris hatimu. Atau ayat-ayatku terlalu 'skema' untuk diterima oleh akalmu. Aku tahu siapa diriku, dan aku tetap akan menjadi siapa aku yang dahulu. Tulisan ini adalah untukmu, hanya sebagai peringatan bersama. Sekiranya aku terlupa, maka ingatkanlah. Sungguh, aku masih menganggap engkau sahabatku. Dan aku sayang sahabatku.
Sahabatmu,
-Hazim Azhar-
Kaherah.
Comments (15)
Comments (9)
(Entry kali ini hanya sekadar perkongsian pengalaman, tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak. Jadi, ana memohon kemaafan sekiranya menyentuh sensitiviti individu tertentu)Sekiranya blog ini mempunyai pembaca setia, saya ucapkan berbanyak kemaafan kerana telah lama tidak menulis. Mungkin kerana kesibukan belajar, program dan tugasan-tugasan lain membuatkan masa menjadi suntuk untuk menaip sesuatu. Meskipun terlalu banyak perkara yang saya ingin kongsiakan dengan para pembaca.
Biar apapun yang berlaku, "Aku tetap Aku!"

Comments (16)
Comments (5)

Comments (14)
15 Ogos 09
22 Ogos 09
Adakalanya kita sering merasakan sempit dengan aktiviti orang lain, kewujudannya memberi persaingan kepada kita. Lalu, ada sesetengah pihak menghentam dan menentang pihak lain walaupun kedua-duanya memegang bendera dakwah. Alangkah sempit dunia ini, apabila kita menganggap hanya kita sahaj yang layak memperjuangkan agama ini. Dan juga merasakan kewujudan orang lain sebagai pemecah belah umat.
Sedangkan hakikat manusia ini sentiasa berbeza. Jika sesetengah faham begini, maka segelintir faham begitu. Ini fitrah yang tidak boleh dihalang. Persatuan bukanlah bermaksud menghimpun seluruh manusia dalam satu jemaah, tetapi kita bersatu dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada atas perkara yang berbeza.
Ada manusia yang sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, untuk dihebohkan kepada semua telinga-telinga yang ingin mendengar. Tidak kira mereka memakai 'name tag' agama atau persatuan umat. Sedangkan apa yang saya lihat, medan di Malaysia ini terlalu luas dan lebar sehingga tidak terdaya oleh mereka sahaja untuk menguruskannya.
Dan di sinilah kepelbagaian jemaah menjadi rahmat. Saya melihat sendiri, bagaimana begitu banyak jiwa-jiwa suci yang mencari-cari jalan dakwah yang sebenar, tapi mereka tidak menemui orang memimpin mereka. Lalu ini semua kerja siapa? jika bukan kita yang memahami islam dan dakwah khususnya.
Maafkan saya kerana mungkin kata-kata ini hanya difahami oleh mereka yang tertentu, khususnya mahasiswa-mahasiswi mesir. Cukuplah saya berkata melalui amal perbuatan, tidak perlu berbalah-balah melawan kata tajam menusuk kalbu. Hakikatnya, yang suci itu jelas kelihtan suci biarpun ada yang mati-mati mengatakannya kotor. Biarlah realiti yang membuktikan segalanya.
Bersabarlah wahai sahabat seperjuanganku~
Comments (4)











Comments (3)


Comments (9)
Summer camp selama 4 hari 3 malam yang bermula pada 4 Julai-7 Julai yang lalu benar-benar memberi pengalaman baru kepada saya. Saya tidak ingin bercerita dengan lebih lanjut, biarlah gambar-gambar ini menerangkan sendiri perasaan saya.
Inilah Matruh..
Mereka mengadakan camping dan kami juga, tetapi apa yang lainnya ialah kami..
Dan akhirnya, kumpulan GEMBIRA...
Moga kita terus berhubung hingga bila-bila.
GEMBIRA.... UM!!
GEMBIRA.... UM!!
GEMBIRAA.......JUARA!!!
"sorakan kumpulan yang hebat =P"
Semoga bertemu lagi dalam PMPI '10 insyaallah..
PMPI '09
Marsa Matruh, Mesir
Comments (14)





