hover animation preload
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Hai, boleh kite jadi kawan?
by Hazim Azhar in ,


Saya teringat ketika zaman sekolah dulu, saya tidak banyak kawan perempuan, eh sekejap.. saya tiada kawan perempuan. Yang ada hanyalah kenalan, yang kami hanya berhubung jika perlu; untuk organisasi, kelas, pelajaran, maklumat penting dan persatuan. Tidak lebih dari itu. Dan saya tidak pernah mempercayai bahawa lelaki dan perempuan boleh hanya menjadi kawan, apatah lagi kawan baik.

Pernah sekali saya berkata kepada rakan-rakan kelas, yang saya tidak ada kawan perempuan, mereka mentertawakan saya. Dan mengatakan saya adalah seorang yang berfikiran sempit, syadid, keterlaluan. Saya hanya tersenyum dan diam, melihat mereka terus mempermainkan saya.

Setelah hidup selama 22 tahun dan memahami keadaan dunia remaja, saya katakan mustahil untuk lelaki dan perempuan menjadi hanya 'kawan'. Sama ada mereka menyembunyikan perasaan tertarik atau suka dalam hati, tapi tidak ditunjuk dan dilafaz. Ataupun mereka akan menjadi lebih daripada kawan, mudah fahamnya; sepasang kekasih.

Saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran perempuan, mungkin mereka boleh berkawan dengan siapa sahaja. Tapi bagi lelaki yang lebih mudah tertarik dengan perempuan, menyebabkan ianya menjadi agak mustahil untuk menjalin persahabatan, sebagaimana mereka berkawan dengan kawan-kawan lelaki yang lain. Mesti ada perasaan tertarik kan?

Perasaan fitrah ini membuatkan kita tidak dapat menyamakan antara kawan lelaki dan perempuan. Kalau yang lelaki, mesti menganggap 'kawan perempuan' tersebut sedikit special. Ataupun dia hanya menyembunyikan dan tidak melayan perasaannya. Apapun, kawan lelaki dan perempuan tidak akan sama, tidak pernah akan sama.

Anda masih tidak percaya? Cuba pejam mata dan fikirkan secara sejujurnya... adakah anda tertarik kepada jantina berbeza andai dia cantik/handsome?

Jika ya, mustahil untuk anda HANYA sekadar berkawan dengan mereka, kerana setahu saya 2 orang kawan tidak tertarik kepada satu sama lain, atau dalam istilah english, physically attracted. Itu bukan lagi kawan namanya.

*****

Semalam saya ternampak 2 orang pelajar Malaysia bermotor berjumpa dengan seorang perempuan, tiba-tiba saya terfikir semula, benarkah lelaki dan perempuan boleh hanya menjadi kawan?

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terkenang semula pengalaman dulu, ketika ada perempuan berkata kepada saya; Assalamualaikum, saya _ _ _ _ _ _, boleh kita jadi kawan?" .................................................. (*.*)'

** Selepas membaca entry saya ini mesti kamu dapat agak apa jawapan saya kan?


Comments (6)

Kesihatan dan fitness remaja.
by Hazim Azhar in , , ,

Kalau badan sihat, semua kerja jalan. Terlalu banyak peribahasa dan kata-kata hikmah yang menyebut tentang kesihatan, sengaja saya tidak menyebutnya di sini kerana ia semua telah menjadi terlalu tipikal, sehingga jika ditulis di sini, mungkin akan menjadikan entry ini kelihatan bosan.

Semua orang inginkan tubuh badan yang sihat dan cantik, khususnya remaja kerana zaman inilah zaman kegemilangan dalam hidup seseorang. Remaja adalah kekuatan antara 2 kelemahan; iaitu zaman kanak-kanak dan zaman tua. Saya tahu saja, kalau yang lelaki berada di depan cermin akan dilihatnya muscle biceps dan kegagahan tubuhnya selain muka dan rambut. Perempuan pula tak kurang begitu, betul tak? Saya kira, kalau ada camera yang merakam aksi di depan cermin dan kita lihat semula, nescaya kamu akan tergelak kembali dan berkata; "perasan jugak aku ni".

Mungkin bukan semua begitu, ada yang tak kisah tentang kekemasan dan bentuk tubuh badannya. Tapi majoriti kita begitu, percayalah. Siapa yang tersenyum atau tergelak membaca perenggan di atas, dia adalah orang yang saya sebutkan.

Baiklah, saya taknak buat intro panjang-panjang, so kita terus kepada isi utama ;



Protein sangat penting dalam pembinaan muscle dan memperbaiki sel-sel tubuh


1) Menjaga pemakanan.

Ramai orang yang nak cuba menjaga fitness tapi soal makan diabaikan. Pertamanya, cara pemakanan yang betul adalah dengan makan sedikit tapi kerap, bukan makan banyak-banyak dalam satu masa. Kita pergi kepada point basicnya; "Never skip your meal" dan "make sure your diet is balanced". Point pertama, jangan sesekali tinggalkan sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar oversea ramai yang skip meal, khususnya sarapan. Budaya sebegini sangat tidak baik untuk fitness.

Baiklah, sarapan adalah sangat penting dalam memastikan hari-hari kita bertenaga. Kita perlu mendapatkan supply protein dan carbohydrate yang 'ringan'. cadangan saya ialah; susu secawan sebagai minuman, quacker oat atau roti sandwich untuk makanan. Nasi goreng, nasi lemak dan menu-menu typical lain juga boleh diamalkan tapi jangan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak banyak.


Telur ayam adalah antara sumber protein terbaik

Itu tentang sarapan, baiklah.. generally, diet kita perlu balanced antara protein, carbohydrate, dan minerals/vitamin khususnya (saya ringkaskan). Jadi, pastikan dalam setiap hari kita ada sumber protein yang kita ambil (ikan, ayam, daging, telur, kacang-kacang dan sebagainya). Protein sangat penting untuk muscle development dan menggantika sel-sel tubuh yang rosak. Jadi buat mereka yang sedang maintain fitness, anda perlu mendapatkan protein yang terbaik seperti telur ayam. Carbohydrate seperti nasi, makarona, oat, gandum, roti juga sangat penting untuk tenaga.


Antara sumber Carbohydrate

Mudahnya, pastikan dalam setiap kali nak makan, kita tanyakan kepada diri sendiri, "cukup tak balance nutrient makanan aku ni?" Pastikan setiap hari, ianya cukup.


2) Sukan atau bersenam.

Cara mendapatkan kesihatan dan tubuh badan yang cantik adalah dengan mengamalkan senaman dan sukan. Sesi senaman yang terbaik adalah sekurang-kurangnya 20 minit dengan kekerapan 2 kali seminggu. Ini adalah tahap minimum yang perlu diamalkan untuk menjaga kecergasan fizikal. Namun bagi mereka yang sedang dalam sesi muscle building, latihan perlu ditambah dan cara senaman perlu betul. Saya akan cuba kongsikan basic yang saya tahu ya.

Baiklah, physical training terbahagi kepada 2 komponen; muscle strength (kekuatan otot) dan cardio (kekuatan jantung / stamina). Seseorang perlu melakukan kedua-dua aspek ini, bagi mendapatkan tubuh badan yang fit dan kuat. Katakanlah, kita hanya fokus kepada satu aspek; muscle building sahaja tanpa stamina, kita akan menjadi seorang yang nampak gagah tapi lembik dan lemah. Buat sikit kerja sudah letih. Dan kalau kita hanya fokus stamina tanpa muscle building, kita akan menjadi orang yang cergas tapi agak kurus.

Jadi ia perlu seimbang. Contohnya, sesi muscle building kita pergi gymnasium atau buat gym sendiri di rumah (saya akan membuat satu entry tentang ini nanti). Waktu lain pula kita perlu jogging dan skipping. Jadi ia memastikan, otot kita akan terbina cantik serta jantung kita berfungsi dengan baik, secara tidak langsung stamina kita akan bertambah.


Jogging perlu diamalkan untuk stamina dan jantung yang sihat

Saya ada cadangan bagi lelaki, kepada siapa yang betul-betul ingin mendapatkan tubuh yang cergas, anda boleh mencuba boxing di rumah; hanya dengan menumbuk punch bag dengan cara dan kaedah yang betul, bukan berlawan. Saya telah dapati ia adalah sebahagian kaedah fitness yang berkesan, kerana ia amat menguji kekuatan otot dan kemantapan stamina. Ia nampak mudah, tapi percayalah, ia sangat meletihkan dan berisiko jika dilakukan tanpa cara menumbuk dan menyepak yang betul.

Aksesori basic boxing; punch bag dan hand-wrap


Perlu dilakukan dengan teknik yang betul utk mengelakkan kecederaan sendi


Sukan dan senaman membakar lemak dan membina otot yang cantik. Terdapat perbezaan antara orang yang berat dengan lemak dan berat dengan otot, saya yakin kamu juga tahu perbezaannya.



Penutup.

Semua sesi latihan fizikal ini perlu dilakukan secara sistematik, terancang dan berterusan jika ingin mendapatkan manfaat. Jika anda hanya semangat tahi-tahi ayam, ia takkan memberi manfaat. Ingatlah, masa sebahagian daripada rawatan. Semuanya memerlukan masa untuk membuahkan hasil.

Saya telah mengamalkan semua ini selama setahun secara serius, dan akhirnya dapat juga menaikkan berat badan 10 kg berbanding tahun lepas. Ia adalah satu jangka masa yang agak panjang, tapi percayalah, kesihatan yang kita perolehi dengan usaha lebih baik daripada kesihatan semulajadi yang sedia ada. Cergas dan bertenaga, fitness yang berkesan ; akan menjadikan anda siapa diri anda yang sebenarnya.


Selamat beramal buat para pembaca
Comments (0)

Perlu.Konsisten.
by Hazim Azhar in , ,



Konsisten atau dalam bahasa arabnya 'istiqamah' adalah resepi terbaik dalam kita berjaya. Biarpun adakalanya kita tidak sehebat orang lain, namun berterusan dalam sesuatu perkara akan membawa kita ke puncak kejayaan. Ibaratnya, pejalan kaki yang berterusan akan tiba jua di destinasi berbanding dengan pelari pecut yang akan keletihan separuh jalan lantas berpatah balik, ataupun singgah di kedai Pak Yop untuk minum cendol.

Konsisten amat berkait rapat dengan kefahaman dan keazaman. Kerana kefahaman "mengapa perlu aku melakukan perkara ini" adalah asas untuk istiqamah. Ada orang, yang sangat bersemangat pada mulanya untuk melakukan sesuatu. "Israel, jahanam kau!! aku akan boikot kau habis-habisan!". Namun tiba-tiba cuaca panas, nampak air pepsi di kedai, dibeli juga setin. Dan lebih lagi kalau dia sendiri ajak kawan-kawan yang lain makan Mc Donald dan sepupu-sepapatnya, dengan alasan : Aku lapar.



Tanpa kefahaman, kita tak mampu untuk istiqamah. Dan selepas kefahaman dibentuk, ia perlu diadunkan dengan keazaman yang tinggi untuk melakukannya. Inilah antara punca ada antara aktivis-aktivis dakwah tidak berterusan dalam amal. Kerana, tidak faham mengapa perlu ia beramal dan tidak ada keinginan untuk terus berkorban. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita perlu faham.. kita buat semua ini untuk apa? Allah? nama? harta? kedudukan dan kemasyhuran?

Dan satu lagi...

Jangan hanya ikut-ikut, nanti tersangkut. Ada juga orang yang melakukan sesuatu hanya kerana 'member' pun buat. Ini tidak ada pendirian namanya. Dan tanpa mengetahui dengan jelas matlamat ia melakukan sesuatu perkara membuatkan ia tak mampu konsisten. Apatah lagi, jika ia hanya ikut-ikut kawan. Kawan beli camera, dia pun nak beli camera. Kawan beli iphone, dia pun nak sebijik. Akhirnya, camera mahal-mahal tersimpan dalam almari kerana tak tahu guna.

"Hangat-hangat tahi ayam"

Mungkin ayam itu tidak menyedari bagaimana dan sehingga bila hangat tahinya. Tapi kita manusia seharusnya lebih peka dengan semangat dan iman kita yang adakalanya pasang surut, naik turun.

Kita perlu konsisten, Jangan jadi ayam.




Comments (1)

Sikap Positif Arab
by Hazim Azhar in ,

*Entry kali ini hanya coretan pengalaman saya bersama sahabat-sahabat Arab di kuliah.


Petang tadi setelah tamat peperiksaan, saya berbual dengan kawan-kawan arab di luar Department Pathology. Lama juga saya bersama mereka. Hampir setengah jam. Ketika sedang berbual-bual, saya terkenang kehidupan saya ketika tahun satu yang begitu menyeksakan. Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman, pasti mengetahui bagaimana susahnya untuk hidup sendirian dalam komuniti asing. Ketika lidah kelu bercakap bahasa Arab dan akal tidak dapat mentafsir perkataan dari telinga. Ketika itu terasa berat kaki untuk hadir ke kuliah.


Ketika 'international day' di Cairo University (Rakan sekuliah)


Ketika awal-awal saya dimasukkan ke kuliah Arab, saya berasa ‘inferior’ yang begitu dasyat. Hampir-hampir saya ingin menyalahkan takdir. Pernah sekali seorang kawan Syiria bertanya kepada saya, “Wein enta?” Saya bertanya kembali apakah yang disoalnya kerana tidak faham. Lalu dia mengulanganya berkali-kali dengan harapan saya memahami soalannya. Malangnya tidak. Kemudian dia pun berkata, “ tak mengapalah..”


Wein enta = Wa Aina Enta = Kamu ke/di mana?


Soalan simple sebegitu pun tidak saya fahami dulu. Maklumlah, saya hanya didedahkan dengan lahjah mesir sebelum ‘flight’ ke sini. Kalau mesir, mereka akan katakan “Ha turoh fen?”(kamu akan ke mana?). Setelah beberapa lama, barulah saya tahu perbezaan lahjah antara arab dari pelbagai Negara. Contohnya, (apa kabar?)


Mesir : Izzayyak? Akhbarak eh?


Saudi : Keif halak? Eish launak?


Sudan : Keif?


Dan pelbagai lagi contoh dari berbagai-bagai Negara Arab. Setelah hampir tiga tahun saya bersama dengan mereka, saya semakin dapat membiasakan diri untuk bergaul, berbual dan berurusan dengan Arab. Secara jujur saya katakan, sangat seronok bersahabat dengan Arab. Beberapa minggu lalu saya menziarahi seorang sahabat dari Ghaza, Palestin. Namanya Anas Muhammad. Ketika berada di rumahnya, kami berbual-bual tentang palestin, masalah-masalah yang berlaku di palestin dan macam-macam lagi. Satu pengalaman yang sangat berharga.


Mentaliti masyarakat arab dan melayu amat berbeza. Juga terdapat perbezaan antara isu perbualan dan perwatakan Melayu dan Arab. Kebanyakan Arab (saya tak katakan mesir sahaja) lebih matang dari sudut perwatakan dan pemikiran. Mereka lebih berani, gentlemen dan kemas. Saya ulangi sekali lagi, saya tak katakan mesir. Kerana secara jujur saya katakan, saya lebih selesa berkawan dengan kawan-kawan dari Saudi, Yaman, Saudi Arabia, Palestin dan Syiria berbanding Mesir. Kenapa? Kamu akan tahu jawapannya jika pernah bergaul dengan kawan2 mesir.


Oleh kerana perbezaan ini, saya sentiasa mengharapkan sahabat-sahabat Melayu sekalian agar berubah dari menjadi kebudak-budakan. Jadilah matang wahai sahabat sekalian. Mentaliti, isu perbualan, cara berpakaian, dan cara bergurau akan menunjukkan siapa kita. Ada beberapa perkara positif yang terdapat dalam masyarakat pelajar Arab. Pertama, kemas. Meraka sentiasa menjaga penampilan diri dari sudut berpakaian. Jadi, janganlah pakai selipar jepun saje ke kuliah. =)


Kedua, berdikari dan matang. Saya suka bergaul dengan arab kerana mereka matang dalam banyak aspek. Juga mereka berdikari, tidak hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan dalam mencari maklumat. Apa yang diperlukan, mereka akan cari.


Ketiga, berani. Melayu terkenal dengan sifat segan dan malu-malu sehingga mereka tidak dapat mengasah bakat terpendam. Bukan semua, tapi majoriti. Ini tidak dapat dinafikan, kerana pengalaman saya sendiri di sekolah, PLKN dan di Kolej Matrikulasi menunjukkan bahawa ‘segan’ adalah punca utama Melayu tidak berani bersuara. Sehingga apabila kita berani, ada pula yang menuduh kita mencari publisiti dan tunjuk hebat. Aduh.. kecewa sungguh dengan sikap sebegini.


Keempat, berterus terang dan memberi nasihat. “Sorohah Rohah” (Berterus terang akan membuatkan tenang). Kadang-kadang saya dapati Melayu tidak berani mengatakan “tidak” biarpun perkara tersebut amat dibencinya. Selalunya disimpan…disimpan… dan akhirnya cakap belakang. Ini sikap negatif yang amat saya tak suka. Sekiranya tidak setuju, suarakan pada tempatnya, bukan bercakap belakang atau mengumpat.



Sahabat yang paling baik dengan saya (Farouq - Sudan)

Juga dalam budaya memberi nasihat, Arab lebih kehadapan dari Melayu. Suatu petang saya sedang berehat bersama sahabat palestin. Kami saling bertukar pandangan. Sehinggalah saya berkata kepadanya; “Anas, ana I’ndi musykilah fi dirasati, ahyanan ana musy fahim, wa lau ana fahim bisur’ah nasiit” (Anas, aku ada masalah dalam pelajaran. Kadang2 aku tak faham, dan kalau aku faham pun cepat lupa). Kemudian dia menyebut beberapa hadith nabi, dan mengingatkan saya supaya banyak beristighfar dan berdoa moga Allah permudahkan. Dia tak malu-malu menyebut hadith nabi dan memberi nasihat kepada saya.


Perbandingan yang saya tuliskan di sini bukan bermakna Melayu itu lemah dan tidak bernilai. Bahkan ada beberapa aspek yang kurang dalam masyarakat saya sendiri. Jadi, saya harap kamu semua mengambil pengajaran. Juga pengalaman yang dikurniakan oleh Allah ini iaitu peluang bersahabat dengan berbagai2 Arab dari pelbagai negara, membuatkan saya ingin berkongsi sesuatu dengan kamu. Biarpun dalam bersahabat, saya lebih cenderung bersama Arab, tapi secara peribadi saya katakan Melayu ialah masyarakat yang terbaik. Betapa beruntung dilahirkan sebagai Melayu di Malaysia…

Comments (3)

Akhirnya Kutemui (short movie)
by Hazim Azhar in , , ,




Part 1








Part 2




Ini adalah short movie pertama saya. Segala komen yang membina amat dialu-alukan. Moga produk-produk selepas ini lebih berkualiti.

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian. Saya sedang merancang untuk menubuhkan sebuah team media yang akan menghasilkan video2, walpaper2, gambar2 islamik dan bermesej. Bukanlah team yang terlalu besar, hanya 4 atau 5 orang sahaja. Insyaallah, team ini akan menjalankan projek2 media yang bermesej dan bermanfaat. Moga kami akan dapat menghasilkan produk2 yang kreatif, berkualiti dan mantap.

Sebarang cadangan boleh diberitahu kepada saya melalui emel, facebook, ym dan apa2 cara sekalipun.

Sebarkanlah Kebaikan
Comments (12)

Apabila Diri Terasa 'Down'
by Hazim Azhar in ,

Terasa lama benar saya tidak meng'update ' blog. Sekiranya sebulan yang lalu sibuk kerana peperiksaan, cuti musim sejuk selama 2 minggu ini pula kerana banyaknya komitmen dalam program-program. Apabila masa semakin sempit, barulah terasa begitu sukar untuk komitmen dalam sesuatu amal. "Ya, Allah, bantulah hambaMu ini agar sentiasa istiqomah..



Kadang-kadang dalam kesibukan kita dalam kehidupan seharian membuatkan kita semakin cepat dalam solat berjemaah, semakin kurang quran dibuka, semakin sedikit masjid dijejaki. Oleh itu, semakin lama, kesibukan kita membuatkan kita terasa 'kering'. Dalam pencapaian kita menjadi orang-orang penting dalam sesuatu program, namun jauh di sudut hati, kita merasa ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu yang menggusarkan hati, yang menghilangkan ketenangan abadi.

Kadang-kadang apabila kita dalam keadaan 'down' menjadikan kita sering mudah melenting, sikit punya hal pun nak marah. Muka masam selalu. Situasi ini adalah normal bagi kita seorang manusia yang tidak pernah sempurna. Saya dan kamu; sama sahaja, pernah mengalami situasi sebegini. Oleh kerana keadaan ini tidak dapat dielakkan, lari daripada segala amanah bukanlah satu penyelesaiaan terbaik.

Persoalan utamanya ialah; bagaimana kita mengahadapinya.

Pertamanya, saya ingin mengingatkan diri sendiri yang terlalu lemah dan kemudian ingin menasihatkan para pembaca sekalian. Bahawa apabila diri terasa 'down', apabila mood semakin tak baik, itulah petandanya kita semakin mengabaikan amal ibadat seharian kita. Mungkin ketika peperiksaan, solat 5 waktu sehari semalam di masjid, quran seringkali dibaca, solat sunat tak pernah tinggal, qiamullail semakin kerap.. Tapi bila cuti, masa rileks-rileks, semua itu semakin berkurangan.

Marilah kita tanyakan kepada diri masing-masing, adakah hubungan kita dengan Allah semakin baik ketika musim cuti jika dibandingkan ketika musim peperiksaan? Sekiranya semakin baik, tahniah. Sekiranya semakin buruk, marilah kita sama-sama beristighfar dan kembali kepada Allah. Sesunggunnya fitrah manusia yang lemah pasti kembali kepada penciptanya, ketika mana mereka berada dalam keadaan tersempit. Dan apabila keadaan semakin baik, mereka melupakan penciptanya.

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah..." (Az-Zumar, 8)

Apabila diri terasa 'down', bukalah quran, bacalah ia dengan penuh penghayatan, satu per satu perkataan dengan memahami setiap maknanya. Pasti akan ketemui jalan keluar, hati yang tenang, jiwa yang lapang dan pemikiran yang matang. Bacalah ia ketika kamu bersendirian mahupun ketika bersama kawan.



Apabila diri terasa 'down', berwuduklah dengan air segar, kemudian solat sunat bersujud menghadap pencipta yang Esa. Mohonlah kepadaNya yang mencipta segalanya, yang lebih memahami setiap masalah kita. Lamakanlah sujud itu, air mata itu biarkan ia mengalir perlahan. Tanda kita masih setia kepada tuhan.

Apabila diri terasa 'down', keluarlah berjalan di kawasan-kawasan yang tenang, di tepi-tepi sungai, tasik-tasik. Ataupun keluar makan bersama kawan, sembang-sembang, gelak ketawa sebentar. Ambillah masa sendirian untuk muhasabah kembali, dapatkan mood yang baik agar kita tidak lupa siapa diri kita. Bertenanglah, jangan paksa diri dengan sentiasa berkerja dan bertugas, kerana hakikatnya kita bukan robot. Tetapi hanya manusia yang ada 'limit'nya.

Apabila diri terasa 'down', come on bro.. rilekslah~ hehe
Comments (6)

Good Luck!
by Hazim Azhar in , ,


Salam kawan2.. ape kabar??

Petang semalam, tgh tension2 study pharmacology.. aku buat video ni. Lebih kurang sejam la nak siapkan.

Khusus untuk kawan2 medic yg mengenali aku atau tak. So, harap korang enjoy k!

Good Luck Exam nanti

Doakan aku skali tau!

=)

PERHATIAN : Aksi-aksi dalam video ini hanya lakonan semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang mati, yang hidup, yang tengah tidur, yang sedang main game atau yang sedang makan chipsy. Harap maklum. <--- yg konfemnya bukan aku yg main game. (hehe)

Comments (9)

Harapan setinggi langit, tapi tiada sayap~
by Hazim Azhar in ,

Pernahkah anda kecewa dalam kehidupan? Atau mendapat sesuatu yang tidak anda harapkan? Mari sama-sama kita baca entry kali ini.

Setelah bertemu dengan pelbagai ragam manusia, kadang-kadang saya terjumpa dengan orang yang harapannya sentiasa tinggi melangit. Nun jauh ke sana. Tinggi betul.


Harapan yang terlalu tinggi membuatkannya sentiasa menginginkan yang terbaik untuk dirinya. Ia meletakkan kriteria-kriteria yang tertentu untuk keselesaannya, demi menjalani kehidupan yang sempurna. Baginya itu sangat penting, sebagai satu fokus dan target agar kita hidup terpandu dan mempunyai matlamat yang khusus. Contohnya, seorang pelajar yang akan menyambung pelajaran ke sebuah negara asing. Ia terlalu mengharapkan kehidupan yang baik-baik belaka. Rumah sewa 'air-cond', makan steak tiap hari, ada kereta dan sebagainya...

Ataupun contoh yang lebih dekat, terlalu mengimpikan teman hidup yang sempurna. Harapan tinggi itu adakalanya bukan sekadar keinginan, tetapi satu kemestian baginya. Satu keperluan. Lalu ia pun mulalah berangan-angan mengimpikan sesuatu yang belum pasti. Tersenyum seorang diri, kadangkala ketawa kecil. Isk, seram betul tengok orang macam ni!

Lalu masa terus berjalan membuktikan semua impian itu satu ilusi, mimpi di siang hari. Permata yang diharapkan, batu kotor pula dimiliki. Kemudian orang sebegini pun mula kecewa dengan diri sendiri. Kekecewaan yang membawanya satu aura hitam dalam siri-siri kehidupan yang akan datang. Harinya penuh dengan kebencian, salah-menyalahkan serta tidak keruan. Kasihan...kasihan..

Teori kehidupan ini mengajar saya tentang sesuatu -yang ingin saya kongsikan hari ini- iaitu tentang sikap kita terlalu memilih dan meninggikan kriteria-kriteria tertentu dalam semua aspek. Ia akan menjadi satu halangan untuk mendapatkan satu kehidupan yang luas dan bebas merdeka serta bahagia.

Saya ingin mengambil contoh mudah, agar cepat difahami, -seorang lelaki yang terlalu meninggikan kriteria calon isterinya. Ia mengharapkan seorang perempuan cantik yang solehah, hidung mancung, mata biru, betis macam buting padi, leher jinjang, pinggang macam kerengga (haha). Cop, belum habis... bijak, pandai, cermat, mempunyai Phd, muda dan berbagai lagi.(tak reti nak tulis apa lagi).

Lalu ia telah menyusahkan dirinya untuk mendapat teman sesempurna itu. Bujanglah ia sehingga umur menjangkau 40an. Saya teringat satu kata-kata, jangan impikan teman sebaik Khadijah andai diri tidak sesempurna Muhammad. Tapi kawan kita seorang ini, mengimpikan teman lebih sempurna daripada Khadijah sedangkan dirinya jauh daripada peribadi Muhammad. Akhirnya, ia pun menghadapi kesukaran mendapatkan isteri terbaik, kerana hakikatnya.. tiada manusia sesempurna itu!

Hamster ni tengah gembira


Sekiranya kita lihat dari aspek kehidupan yang lebih luas, maka kita akan nampak solusi untuk segala kekecewaan. Jalanilah kehidupan ini seadanya, bergembiralah dengan apa yang menjadi milikmu. Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila kita bergembira dengan apa yang telah ada di genggaman kita, biarpun ia tidaklah secantik kepunyaan orang. Berhentilah daripada merungut dan membanding-banding sesuatu kerana ia hanya kunci kepada kemurungan.

Berbahagialah wahai sahabatku, walau kita hanya mempunyai kehidupan yang sederhana. Tanamlah sifat qana'ah(berasa cukup) dalam hati, nescaya ia akan menumbuhkan pohon-pohon bahagia yang akan menjadi taman syurga. Berhentilah daripada mengharapkan awanan indah di atas sana kerana hakikatnya kita hanya manusia yang tidak mempunyai sayap.


Jangan tiru aksi ini

Ingat tau, jangan cuba untuk terbang... kita tak ada sayap.
Comments (8)

Hantu oh hantu~
by Hazim Azhar in

Ini ialah minggu yang ke-3 saya berada di malaysia. Pengalaman bercuti selepas 2 tahun berada di negara orang, memberikan satu "feel" baru kepada saya. Ya, memang di Mesir dan Malaysia berbeza dari pelbagai aspek... dan yang paling menarik untuk saya kongsi bersama dalam post kali ini, tentang "Hantu"..

EeeeEee.. Awak takut ke?

Suatu malam saya menekan remote TV untuk sekadar melihat(bukan menonton) cerita-cerita yang ada di sini. Tiba-tiba terpancar cerita hantu. Tajuknya, "Dayang Senandung". Entah menarik atau tidak saya pun tidak pasti, tapi yang jelasnya saya memang tidak minat menonton televisyen. Cerita bersiri itu membuatkan saya terfikir, "Apa tujuan cerita hantu diadakan?"

Sehingga kini saya masih tertanya-tanya, dan mungkin selamanya. Haish~ Boleh tak tolong bagi saya jawapan??

Ketika sedang berfikir, saya terkenangkan 10 tahun yang lalu, ketika saya masih bergelar seorang kanak-kanak. Seringkali saya dimomokkan dengan hantu pocong yang melompat-lompat, agar saya tidak berani keluar malam. Bila dah lewat malam, ada sekali mak saudara saya berkata dengan nada menakutkan, "Tidur Zim, kang pontianak panggil kau dari pokok besar tu kang.." Serta merta saya jadi gelabah dan terus buat-buat tidur. Huh, siape tak takut.. pontianak nak panggil aku, baik aku tidur cepat~

Pocong nak makan nasi


Ketika di Asrama juga cerita-cerita hantu menjadi santapan sebelum tidur kami. Saya dan rakan-rakan galak bercerita momok, seorang demi seorang sambil didengari oleh telinga2 lain. Masih saya ingat cerita hantu seorang nenek tua yang duduk di atas kerusi yang sering meronda ruangan asrama pada malam hari. Juga cerita 'budak kecik' berwarna hijau ala-ala toyol yang selalu menggegarkan 'locker'. Akhirnya, dahi berpeluh, bulu roma tegak ketakutan dan last-last, rapatkan katil dan tidur ramai-ramai. Haha, tu la yang ade kene sebat dengan warden asrama.

Akhirnya dapat saya membuat satu kesimpulan terhadap budaya "hantu" Malaysia;

1) Melemahkan Iman dan kebergantungan kepada Allah. Manusia(khususnya kanak-kanak) akan menjadi takut dan lebih takut kepada kegelapan berbanding Allah. Apabila anak-anak sering dimomokkan dengan cerita-cerita dongeng tahyul yang entah betul entah tidak, akhirnya melahirkan insan yang lemah imannya dan hilang keyakinan kepada Allah. Yang melindunginya adalah tangkal, bomoh dll.

2) Menjadi Penakut. Sehingga tidak berani tinggal di rumah seorang diri kerana takut pontianak terkam, juga takut bergerak ke mana-mana di malam hari kerana nanti jumpa hantu pocong di tengah jalan. Ini akan memberi kesan jika masjid@surau jauh sedikit dari rumahnya. (Ketakutan menjadi alasan untuk tidak ke masjid).

3) Melalaikan diri dari tugas yang sebenar. Apabila terlalu takut kepada hantu, mulalah dia mempelajari dengan mendalam ilmu-ilmu pendinding dan berbincang untuk melawan jin. Akhirnya dia terlalu disibukkan dengan perkara itu, dan peranannya untuk mendalami agama dan berdakwah diketepikan.

4) Perkara-perkara khurafat berleluasa dalam masyarakat. Guna tangkal itu, tangkal ini, bace macam-macam mantera, dan lain-lain. Jika semua itu benar-benar mengikut syariat islam, tidak ada salahnya. Namun jika terpesong, ia satu dosa.

Generasi demi genarasi terus berlalu, cerita-cerita tahyul tetap bersarang dalam sanubari masyarakat ini. Sungguh, apabila kita letakkan diri kita sebagai pejuang agama islam atau tentera ilahi, adakah perlu kita dimomokkan lagi dengan cerita 'budak-budak' ini? Sehingga jiwa lemah, penakut dan bacul, hanya mendiamkan diri di rumah sedangkan jalan dakwah memerlukan tentera yang siap sedia bertindak pada waktu siang dan malam.

Pontianak Harum sundal malam..

Saka...

Waris...

Dayang Senandung...

Jangan Pandang Belakang...


Takutnya!

(Haish~ tak sudah-sudah lagi..)
Comments (5)

PMPI '09 memancarkan ukhuwwah sejati
by Hazim Azhar in ,

Sekiranya ditanya tentang pengalaman manis di Mesir, pasti saya tidak akan lupa untuk bercerita tentang Perkhemahan Musim Panas Isma 2009 (PMPI 09').

Summer camp selama 4 hari 3 malam yang bermula pada 4 Julai-7 Julai yang lalu benar-benar memberi pengalaman baru kepada saya. Saya tidak ingin bercerita dengan lebih lanjut, biarlah gambar-gambar ini menerangkan sendiri perasaan saya.


Inilah Matruh..
Pantai Agiba


Bersih dan indah


Pemandangan selepas subuh


PD tahun 50 'an


Rileks..


Teguh dan kekar


Bersabarlah sahabatku, senja pasti menjelang..


Tinggi


Gelombang laut Hamam Cleopatra


Pasir, batu, buih dan air


Hamam Cleopatra


Tapak kaki saudaraku


Ketenangan pantai


Kakiku tidak kelihatan :)


Kenangan yang akan bersemadi bersama ikatan ukhuwwah sejati antara kami...

Kumpulan GEMBIRA the best!


KAMI


Semangat terpasak di jiwa


Lihat sana, cantikkan..


Ketika sedang bergambar di tepi pantai, tiba2 batu besar terjatuh, kami pun menahan dengan tenang.. ;)


Men In Black, Black is GEMBIRA


Ok Kumpulan GEMBIRA, kita mesti buat yang terbaik!


Mukmin kegembiraan


Satu... Dua... Tiga... Lompat!!


Meh sini bola!


Beberapa makhluk air yang tiba-tiba muncul ketika kami beraktiviti ;)


Bola sepak pantai yang memenatkan..


Jom rileks skejap..


Ustaz Os-tuan pengarah yang sentiasa happy =)


Boleh sampai Malaysia ke ni?? =P


Nyaman..


Pemandangan di Hamam Cleopatra


GEMBIRA is gembira!


Azri x habis2 wat lawak..


Ni la kump saya, hepi x??


Sedap wo....


Birthday ustz Qamarul..time PMPI.


Sebenarnya nak amek gambar awan tu.. tiba2 3 mamat ni muncul. =)


Buat bulatan.. n baling bola! (bola beracun air)


Nak buat bentuk macam mane ni?


Menjalar di tepi pantai.. (kahkah)


My team is the best ever!


BBQ.. ayam, ikan, jagung



Mereka mengadakan camping dan kami juga, tetapi apa yang lainnya ialah kami..

Sentiasa mendoakan sahabat agar tsabat atas jalan ini


Ikhlas menjalankan tanggungjawab demi ukhuwwah sejati


Hati kami terpaut oleh ikatan keimanan


Biarlah semua merasai, makan bersama


Amal fardi agenda utama, sentiasa terpelihara


Sentiasa bersama


Sentiasa muhasabah bersama


Ukhuwwah kami bukan sekadar di Mesir, namun hingga ke UK (Perkongsian ikhwah UK)


Tidak lupa menyambut hari jadi sahabat kami, kami saling mencintai kerana Allah.


Dan akhirnya, kumpulan GEMBIRA...

Tempat ke-2 keseluruhan!


Antara hadiah yang dimenangi kumpulan GEMBIRA


Namun yang paling berharga.. piala ukhuwwah antara kami.

Buat ahli-ahli kumpulan GEMBIRA, saya sekali lagi memohon maaf sepanjang menjadi ketua kumpulan jika melakukan kesilapan sepanjang PMPI ini. Walaupun kita bukan yang pertama, namun antum telah membuktikan bahawa kita mampu bersama dalam setiap aktiviti, sehingga kini, ana merasakan sesuatu antara kita, mungkin inilah yang disebut ukhuwwah sejati.

Moga kita terus berhubung hingga bila-bila.

GEMBIRA.... UM!!

GEMBIRA.... UM!!

GEMBIRAA.......JUARA!!!

"sorakan kumpulan yang hebat =P"



Semoga bertemu lagi dalam PMPI '10 insyaallah..

"Ya Allah, engkau mengatahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu. Bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu untuk memikul beban dakwahmu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu.. maka eratkanlah ya Allah ikatannya.."



"Warnai hidupmu dengan ikatan persaudaraan"
PMPI '09
Marsa Matruh, Mesir

Comments (14)

Search anything

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
www.SearchTruth.com