Apabila seseorang merasakan dirinya yang paling layak dalam melakukan sesuatu perkara, bermaksud ia telah tertipu dengan kejayaannya yang lalu. Kelebihan diri boleh menjadi kabus yang hitam, menggelapkan pandangan hati daripada sifat tawaddu' dan merendah diri. Jika semalam kita berjaya, belum tentu esok lusa hari kita.
Kadangkala kita berasa hebat kerana kita hidup dalam kelompok yang tiada kelebihan. Contohnya, seorang yang pandai bermain bola apabila tinggal bersama rakan-rakannya yang kaki bangku; sudah tentu dia akan hebat dalam bermain bola. Tetapi apabila dia pergi ke luar dan hidup bersama pemain-pemain bola professional, barulah ia tahu betapa tinggi langit dari bumi. Barulah ia tersentak betapa lemahnya dia dalam bermain bola.
Keluarlah dari duniamu, kamu akan mendapati bahawa kita tidaklah sehebat mana
Inilah antara sebab, mengapa kita berasa hebat. Kerana kita tinggal bersama mereka yang tidak hebat. Apabila kita
Belajarlah merendah diri, kita semua tidak hebat. Hanyalah hamba tuhan yang lemah. Berusahalah untuk menerima kekurangan diri walaupun ia amat pahit untuk ditelan. Ilmu yang kita dalami, kecantikan yang kita miliki, kejayaan yang kita alami, bukan milik kita. Bukan milik kita sama sekali. Janganlah tertipu dengan kelebihan diri yang akhirnya menjadikan kita seorang yang sombong dan bongkak, walaupun tidak terzahir pada riak wajah. Namun, kesombongan itu akan bercambah apabila kita sukar menerima kejayaan dan kehebatan orang lain. Yang kita fikirkan hanyalah.. "Aku yang paling layak".
Belajarlah merendah diri dengan menuai sifat taqwa di dasar hati. Usah mencari-cari peluang untuk menonjol dan menjadi popolar. Kemasyhuran adalah kehancuran seandainya ia dihadapi dengan sifat takabbur dan membesar diri. Belajarlah merendah diri, itulah sebenarnya kehebatan yang sering disalah erti.
3 comments:
teringat pada dr hani yang sering memuji dan meng "up2" kan budak malaysia.
then , dia bagi hadith,
"tiada akan masuk syurga sesiapa yg ada sedikit pun ria' di hatinya"
..........
nice entry,mnyedarkan diri yang sntiasa lupa n lalai..
manusia mudah lupa..dtg kejyaan,disgka hadiah atas kehebtn sndri..dtg kesusahn,dislh2kannya tkdir..nauzubilillah...
semoga kite semua dpt ambil manfaat dan peringtn bersama...
Syukran atas komen anda.
Ya, kemegahan yang wujud sering dikaburkan dengan ego diri yang sering mengatakan kitalah yang paling benar.
Letakkanlah diri kita pada taraf hamba, nescaya akan nampak segala kekurangan diri dan mencambah kerendahan hari.
Post a Comment
Post a Comment