Musim peperiksaan bakal menjelang. Pejam celik pejam celik tiba-tiba sahaja kita semakin menghampiri fatrah imtihan; antara sedar dan tidak. Maka kita akan dapat melihat pelbagai reaksi rakan-rakan sekuliah. Ramai yang nampaknya memecut laju, menghabiskan hafalan dan ulangkaji. Ada juga yang masih rileks(mungkin dah prepare awal-awal). Dan tidak kurang juga yang 'buat-buat rileks'. Namun, masing-masing ada cara tersendiri untuk belajar, tidak mengapalah.. yang penting kita usaha sungguh-sungguh.
Terkenang aku ketika berada di sekolah dahulu. Begini jugalah keadaannya. Yang ambil SPM sanggup tidur lewat malam untuk belajar. Ada pula yang bangun seawal 4 pagi dan ada juga yang langsung tidak tidur! Ada satu cerita, seorang kawan aku ni sedang baca buku ketika 'prep', terlalu khusuk. Rakan-rakan yang lain juga sama, semuanya fokus untuk exam. Maklumlah, SPM 3 minggu je lagi. Semuanya senyap.. Diam.. Tenang. Tiba-tiba, "BAAMM!!" Bunyi kuat tu mengejutkan semua sehingga ada yang melatah. Rupanya-rupanya kawan tadi menghentak meja sebab tension dari tadi baca tapi tak faham-faham. :) Aku hanya tersenyum melihatnya.
Ada juga yang amat menggelikan hati. Ketika di dalam dewan pepriksaan (SPM atau PMR aku tak ingat). Semua tengah senyap, fokus.. sehingga kipas dewan sahaja berbunyi. Jika pelajar yang duduk di depan sana terbatuk, mesti terdengar sehingga ke belakang. Tiba-tiba.. sorang kawan aku (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan) ni 'terlepas angin' dengan kuat. Haha.. aku cuba dengan sedaya upaya menahan ketawa. Memang lawak..Sampai aku tengok kawan yang dok sebelah aku tu sampai merah-merah muka sebab tahan gelak. Hm.. nasib baik pengawas peperiksaan tidak nampak.
Macam-macam...
Itulah serba sedikit memori aku di sekolah menengah dahulu.
Bukan kisah itu yang aku ingin coretkan di sini. Kawan-kawan yang aku hormati, kita semua pasti berusaha keras untuk berjaya dalam peperiksaan. Apatah lagi jika kita yang sedang belajar subjek-seujek yang amat sukar. Namun, di sini ingin aku ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sekalian.. tentang ujian yang lebih besar dari peperiksaan yang akan kita tempuh. Hari di mana hati-hati menjadi kecut, takut, gerun dengan fenomena yang tidak tergambar oleh benak fikiran kita; Hari Qiamat.
Marilah kita sama-sama memuhasabah kembali..
Sejauh mana aku dah bersedia untuk menghadapi hari-hari sukar itu?
Solat aku bagaimana?
Quran aku bagaimana?
Adakah Allah pernah menerima solatku?
Bagaimana keadaan aku ketika menghadapi mati nanti?
Hati kita pasti gerun mengenangkan soalan-soalan itu jika kita meletakkan diri kita pada taraf hamba yang hina. Apalah nilainya kita hamba yang kerdil dan lemah malah kotor ini di sisi Allah yang Agung dan mempunyai segala-galanya. Adakah Dia sudi melihat kita yang langsung tidak berniali di sisinya ini.
Hakikat kehidupan ini adalah peperiksaan, bukan hanya nafas, harta, keluarga dan dan kerjaya semata-mata.Firman Allah dalam surah Al-Mulk;
"Yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu; siapa yang paling baik amalannya"
Oleh kerana kita hidup adalah kerana 'ujian' yang amat besar itu.. seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menghadapinya. Jangan sesekali kita lupa untuk 'study' berkaitan dengan hati kita; kerana itulah kunci kejayaan di dunia dan akhirat.
Kawan2.. dalam sibuk-sibuk kita study, janganlah sehingga menggadaikan masa solat jemaah di masjid. Janganlah sehingga hari-hari yang berlalu dalam fatrah imtihan hati kita kering daripada quran dan zikir kepada Allah. Sungguh, kejayaan yang pernah kita peroleh bukanlah atas usaha kita semata-mata, tetapi ia hanyalah kurniaan dari Allah. Jangan sesekali kita menjadi ibarat manusia ini..
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui." (Az-zumar, 49)
Psst...Satu cadangan untuk exam yang akan datang..
1)Turun ke masjid setiap kali solat fardu (Sekurang2nya kita boleh release tention dalam perjalanan ke masjid)
2)Selepas beberapa jam study, marilah kita buka quran sejenak, baca semuka dua (Moga hati lebih tenang untuk sambung study)
3)Solat hajat bila-bila masa kita free. (cth; Sebelum tidur/lepas isya')
4)Mendoakan kawan-kawan yang lain (akan ada malaikat meng'amin'kan doa tersebut untuk dirimu-berdasarkan hadith)
Semoga peperiksaan ini akan dapat kita tempuh dengan ketenangan dan dipermudahkan. Tiada penolong selain Allah.
Sedikit peringatan dariku..
3 comments:
Salam, hazim..
thnx 4 da tips..
btw, good luck 4 exam..
ak pon nk exam 2 mggu lg nie..
Wassalam....
salam.. sadiq!
sesame..=)
O exam jugak.. wat elok2 ye~
even post nie dh lama..sy ttp nak kata SYUKRAN 4 the tips..;)..membantu..
Post a Comment
Post a Comment